Frequently Asked Question (FAQ) - MYLARA Skin Care

Sunday, October 9, 2016

Assalamualaikum wbt..




FAQ MYLARA


1.   Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan MYLARA Skin Care?

Ia sesuai digunakan bermula dari umur 14 hingga 60 tahun bagi lelaki dan perempuan memandangkan MyLara Skin Care ialah produk yang kaya vitamin dan anti oksida yang terhasil dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

2.  Adakah perlu untuk menggunakan kesemua produk untuk menampakkan kesan yang boleh dilihat?

MYLARA Skin Care boleh digunakan secara berasingan sebagai sebahagian dari rejim kecantikan anda. Walaubagaimanapun, produk ini telah direka untuk berfungsi sebagai satu system, jadi, amatlah digalakkan untuk digunakan secara keseluruhan bagi mendapatkan kesan yang optimum.

3.  Adakah rangkaian produk MYLARA Skin Care bersifat “non-comedogenic”?

Ya, MYLARA Skin Care adalah bersifat “non-comedogenic” iaitu. Tidak menutup pori.

4.  Bolehkah saya menggunakan MYLARA Skin Care jika kulit saya jenis berminyak dan mudah mendapat jerawat?

MYLARA Skin Care adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Jika kulit anda jenis yang berminyak dan mudah mendapat jerawat, ianya kemungkinan berpunca dari dehidrasi. Kulit yang terhidrasi atau tidak cukup lembap menyebabkan kelenjar sebum (kelenjar yang berfungsi menyimpan minyak di atas permukaan kulit) bertindak menyimpan lebih banyak minyak untuk untuk keseimbangan bagi melindungi kulit.

5.  Bolehkah MYLARA Skin Care digunakan di atas kulit sensitive dan eczema?

MYLARA Skin Care adalah product yang bebas dari pewarna dan bahan kimia berbahaya serta seimbang secara pH dengan kerengsaan yang sangatlah rendah. Walaupun ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan produk kecantikan yang lain , adalah dinasihatkan untuk anda menentukan sendiri tahap toleransi kulit anda dengan mencuba MYLARA produk di bahagian kecil kulit anda sebelum menggunakan produk ini secara menyeluruh. Jika terdapat sebarang masalah, tiada masalah untuk anda terus berhenti dari menggunakan produk kami jika didapati tidak serasi dengan anda.

6.  Bagaimanakah untuk memastikan yang produk ini adalah berkesan?

MYLARA Skin Care dimulakan dengan kajian yang menyeluruh lagi terperinci bagi setiap bahan-bahan yang berpotensi. Setiap produk kami dirumus dengan penuh cermat bersama-sama bahan aktif yang disenaraikan. Bahan-bahan ini kemudiannya diadun halus dengan elemen pembawa supaya semua khasiatnya dapat dirasai terus pada kulit anda. Bahan-bahan yang terumus di dalam produk kami juga telah diuji kestabilan dan keselamatannya.

7.  Bilakah kesan positif boleh dilihat?

Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada kita mempunyai toleransi dan keserasian yang berbeza terhadap produk kami, maka, kesan yang boleh dilihat juga adalah berbeza bagi setiap individu. Kesan-kesan tipikal atau biasa bergantung kepada produk, keadaan dan jenis kulit. Cara yang terbaik untuk melihat kesan yang positif dan cepat adalah dengan penggunaan produk yang konsisten.

8.  Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya sedang mengandung dan menyusukan anak?

MYLARA Skin Care adalah selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan telah terbukti untuk mencegah penghasilan melanin tanpa toksik. Selain itu, adalah penting bagi wanita-wanita mengandung dan menyusukan anak untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari serta menggunakan perlindungan UV dan SPF kerana penghasilan hormone ketika mengandung dan menyusukan anak akan meningkatkan pigmentasi seterusnya akan menyebabkan melasama (bintik hitam).

9.  Adakah bahan-bahan yang digunakan serta produk anda diuji ke atas haiwan?

Kesemua bahan dan produk kami tidak pernah dan tidak akan sekali-kali diuji ke atas haiwan.



2 comments: