Assalamualaikum wbt..
Semusim Di Barzakh | Yeahh!! Sampai masa nak review buku hebat ni... Rasa tak sia-sia dan tak kecewa aku beli buku ni.. Sangat hebat dan sangat memberi pengajaran dan keinsafan kepada pembaca... Starting baca buku ni pown dah teruja nak teruskan pembacaan sehingga habis..
Buku ni menceritakan tentang alam barzakh yang digambarkan oleh penulis.. Walaupown ianya hanya sekadar gambaran tetapi ianya sangat terkesan dihati aku.. Semasa membaca terasa diri berada di tempat watak di dalam buku ni..
Buku ini mengisahkan seorang lelaki dimana penulis meletakkan dirinya sebagai watak tersebut yang mana lelaki tersebut jauh tersesat dari jalan yang lurus dengan melakukan segala macam maksiat di atas muka bumi ini sehingga meninggalkan segala suruhan tuhan.. Dia jauh dari agama..
Dalam masa yang sama, lelaki ini yang bernama fayyadh menyimpan perasaan cinta terhadap seorang gadis yang bernama Umairah yang mana Umairah ni seorang yang berpegang teguh pada ajaran islam dan boleh dikatakan dia adalah seorang wanita solehah.. Dia menolak cinta fayyadh kerana takut mendekati zina.. Allahuakbar..
Bukan kisah cinta tu yang aku nak tekankan di sini tetapi yang aku nak kongsikan dengan korang tentang kehebatan buku ini adalah kisah semusim lelaki itu di barzakh.. Menghadap segala seksaan yang ada di sana setimpal dengan kejahatan dia di atas muka bumi ini.. Setiap detik diceritakan dengan sangat menggerunkan seksaan yang ditanggung.. Korang bayangkan aku yang tengah baca ni boleh menangis... Menangis kerana takutnya azab Allah itu terhadap hambanya yang ingkar terhadap suruhannya.. Allahuakbar... Moga dijauhkan daripada azab kubur dan azab neraka..
Korang patut baca buku ni kerana terdapat banyak pengajaran di dalam nya..
Tahniah kepada penulis buku ini HADI FAYYADH kerana menghasilkan buku yang sangat hebat ini.. Moga beliau diberi kesihatan yang baik untuk menghasilkan lagi buku-buku yang sehebat ini dan boleh memberi pengajaran kepada pembaca,.. TQ penulis.. :)
dah lama tak tambah koleksi buku...macam menarik isi buku ini
ReplyDeleteKena cari nanti bila ada duit T_T
ReplyDeletenanti nak carilah!
ReplyDeletekarya Hadi fayyadh.. semua buku dia best2 dan membimbing.. Buku ni kazen da belikan kat karnival buku tak smpai lgi kat Unni.. tp bnyk baca feedback!! menyentuh jiwa..
ReplyDeleteakan ku jadikan buku ini sebagai hadiah untuk diriku ini..
ReplyDeleteThanks for the good review Lea..
saya dah baca and repeat again and again. sekarang tengah tunggu buku Ketika Azazil Berputus Asa.
ReplyDeleteNice review sis 👍
ReplyDeleteJom tempah novel yang memberi pengajaran untuk akhirat kita :
1) Semusim Di Barzakh
2) Ketika Azazil Berputus Asa
3) Semusim Di Mahsyar 4) Mengintai Aku Di Neraka
Boleh hubungi saya di talian :
012-5643905
Atau whatsapp terus :
http://www.wasap.my/+60125643905
P/S : Promosi free postage + free e-book sehingga 31 Disember ini untuk pembelian 2 novel ke atas sama ada Semusim Di Barzakh, Semusim Di Mahsyar dan Ketika Azazil Berputus Asa.
Dan akan mendapat percuma buku MenatapMu Dalam Dukaku sekiranya menjadi 1000 orang terawal yang pre-order + free e-book untuk novel Mengintai Aku Di Neraka.
-Agen sah-