Cabaran 7 Hari Blogging #2 - Impian Saya

Wednesday, December 28, 2016

Assalamualaikum wbt..



Cabaran 7 Hari Blogging #2 - Impian Saya  |  Tercabar pulak aku dengan cabaran 7 hari ni.. Haha... Terkejar-kerja untuk selesaikannya.. Masakan tidak terkejar, banyak perkara dalam satu masa yang perlu aku bereskan.. Dah macam pak menteri aje gayanya asek membizi aje hari-hari..

Tamo bebel panjang lebar.. Kali ni nak bereskan task yang ke-2 pula untuk cabaran 7 hari ni.. Untuk tugasan #2 ni, aku akan ceritakan tentang IMPIAN AKU... Cewahh.. Ada impian ke aku ni.. Haha.. Sebagai manusia, haruslah ada impiankan.. Kalau tak de impian, cam tak bermakna aje hidup. Ye dak?? Ok, jom tengok apa impian aku.. Huk!!


Ingin menjadi muslimah sejati yang sentiasa istiqamah

Huwaaaa.. Impian aku yang ini sangatlah susah untuk dilaksanakan.. Almaklumlah, aku ni tergolong dalam golongan manusia yang selalu cuai dan lalai.. Sungguhpun cenggitu, aku tetap mahu mencuba untuk istiqamah walaupown kengkadang aku tewas... Aku seorang pendosa.. Banyak yang perlu diperbaiki supaya diri dapat terus istiqamah.. Terlalu sukar, namun aku akan tetap terus mencuba yang terbaik untuk diri aku.. Insyaallah.. Doakan aku yek.. Hehe..


Nak jadi seorang ibu yang terbaik dalam dunia.. Boleh?? haha..

Impian ko, kemain lagik ye lea.. Haha.. Nama lagik impiankan, mesti berangan tu kena lebih baru leh atur stategi dan capai apa yang diimpikan.. Ahakz.. Aku nak jadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak aku.. Supaya anak-anak aku menjadi seorang yang berguna, soleh/solehah dan juga seorang anak yang terbaik dalam dunia.. Cewahh.. Gituuu!!


Nak lalui hidup ini dengan tenang, aman dan bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat

Yang ni aku sangat-sangat perlukan.. Lalui hidup dengan tenang, aman dan bahagia.. Susah sangat nak dapat semua ni.. Biasalah, manusia takkan lepas dari masalah kan... Paling penting, aku nak berjaya di dunia dan juga di akhirat..


Haisss banyak lagilah impian aku sebenannya.. Kalau taip semua sekali kat sini mau 7hari 7malam belum siap.. Haha.. So, aku decide nak tarok 3 aje dulu kat sini.. Kengkalau ada cabaran lagik dengan task yang sama, aku akan abdikan impian yang lain pula nanti ye.. Hiks..

Korang lak, apa impian korang?? Mesti lagik Ohsemnesssss dari aku kan.. Huhuhu.. 





4 comments:

  1. insyallah smoga impian mjadi satu pcapaian.. amin =D

    ReplyDelete
  2. Semoga impian Lea Insha Allah akan menjadi kenyataan dan Insha Allah akan dimakbulkan... =) Best of luck in your life herenow and future... =)

    ReplyDelete
  3. Semoga tercapai semua impian2 yg murni itu insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Semoga semua impian Lea akan tercapai dan dipermudahkan segala urusan mencapainya..

    ReplyDelete