Penangguhan Urus Niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Amanah Saham Nasional (ASN)

Tuesday, December 13, 2016

Assalamualaikum wbt..


Penangguhan Urus Niaga ASB Dan  ASN  |   Tahun 2016 hampir ke penghujung.. Bila dah akhir tahun, di sektor awam, bahagian kewanganlah yang paling sibuk sebelum penutupan akaun.. Masing-masing berhempas pulas menyiapkan kerja terakhir mereka.. Sampai satu tahap, mereka bekerja lebih masa untuk siapkan tugasan.. Bukan sektor awam sahaja macam tu. Di sektor swasta pown sama terutamanya bank.. 
Bila sebut sahaja akhir tahun ni, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan membuat penangguhan urus niaga.. Bila penangguhan tersebut ye?? Jom tengok notis dibawah :-


Penangguhan urus niaga akan bermula pada 22 Disember 2016 sehinggalah 02 Januari 2017 bagi pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Pembukaan semula semua urus niaga adalah pada 03 Januari 2017..

Haa kalau korang rasa nak pakai duit ke nak simpan duit ke, kena lakukan urus niaga tersebut sebelum 22 Disember 2016 ye.. Kalau selepas pada tarikh tersebut, jawabnya korang melopong aje lah.. Dah tak boleh buat urus niaga.. Kena tunggu 03 Januari 2017 la pula untuk berurus niaga..

Berapalah agaknya ye dividen dan bonus untuk tahun 2016 ni.. Kena tunggu dan lihat lah nanti.. 



10 comments:

  1. thank for the info kak lea.. saya br je pergi asb td.. hehe

    ReplyDelete
  2. Ada jugak ditunggu nak masuk dividen kan..harap tahun ni naik dikit dr tahun lepas..

    ReplyDelete
  3. Sempat lagi nie.. TQ Lea for info..

    ReplyDelete
  4. Bagus info dari Sis Lea Azleeya ni

    Nak pakai duit dari ASB elok keluarkan siap siap sebelum penangguhan

    ReplyDelete
  5. wah..ada yang tak sabar nak keluarkan duit tahun depan tu..

    ReplyDelete
  6. Rasa cam dah komen.. Tapi komen kita tak ada.. huhuhu.. sedihnya..

    ReplyDelete
  7. ramai yang suka ni, tanda2 duit nak masuk

    ReplyDelete