Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim

Friday, May 19, 2017

Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim  |  Seperti yang dijanjikan.. Bila dah habis aje aku baca buku Revenge by Muhammad Fatrim ni aku akan review.. Dan sampailah masa untuk aku mereview buku hasil karya Ayim ni... 


Ok, buku Revenge ni aku start baca pada 14.05.2017 dan habis baca juga pada hari yang sama.. Hebat tak aku?? Haha.. Gile tak hebat ko!! Biasa aku amek masa berminggu-minggu untuk habiskan sesebuah buku.. Malahan kengkadang memakan masa berbulan-bulan lamanya.. Haha.. Untuk buku Revenge ni, aku dapat habiskan dalam masa satu hari sebab aku rasa cam tak nak lepas bila dah baca buku ni.. Best!! Jalan cerita menarik hokeh!!


Review Aku
Watak paling mencabar dalam Revenge ni adalah watak Ariana Citra atau Dewi Uqasha.. Dah kenapa ada 2 nama? Haa ada la cerita disebalik nama-nama tersebut.. Watak paling kejam adalah watak Zahara.. Haisss aku rasa nak siat-siat aje kulit si Zahara ni bila ingat balik setiap perbuatan dia terhadap keluarga Ariana Citra.. Watak paling sweet adalah watak Megat Huzair.. Buku ni adalah sebuah buku Thriller.. Semuanya kerana sebuah dendam... Biasalah bila ada dendam dalam diri, akan musnahlah hidup jika jalan salah diambil untuk sebuah penyelesaian.. 

Ok, aku cerita sikit ekk tentang watak dan cerita dalam buku ni..

Ariana Citra dan Dewi Uqasha adalah orang yang sama.. Ariana ni adalah anak kepada Dato' Zakaria.. Ayahnya telah menghalau dia dan ibu dia dari rumah sehelai sepinggang kerana dia nak hidup di dalam rumah agam tu bersama isteri keduanya iaitu Zahara.. Padahal semua harta adalah milik keluarga Ariana yang telah diwasiatkan kepadanya sebelum kematian kedua ibubapa Ariana.. HUhuhu sungguh kejam dan tak kenang budikan.. Aku sekeh jugak si Zakaria ni.. 

Masa tu Ariana baru 7 tahun.. Bermula umur 7 tahun tu la dia simpan dendam terhadap ayah dia dan ibu tirinya... Dah kena halau memang hidup merempatlah sekejap.. Sehingga dia menjadi anak angkat kepada keluarga Tan Sri kenalan Ibunya.. 17 tahun berlalu dia kembali ke Malaysia untuk tuntut bela dan balas dendam.. Dia nak rampas balik semua harta ibunya.. Ibu dia dah mental dah sebab si Zahara senduk tu punye kerja... Haisss geram pulak aku.. Haha..

Dipendekkan cerita, Ariana dah tukar namanya kepada Dewi Uqasha supaya identitinya tidak dikenali.. Dia bekerja di syarikat ayahnya sebagai penasihat undang-undang.. Dia bekerja di bawah Megat Huzair.. Abang tirinya.. Novel ni ada jugak kisah cinta tau.. Kisah antara Dewi Uqasha dan Megat Huzair... Ehh abang tiri kot?? Mane boleh bercinta.. 

Sapa kata Megat Huzair tu abang tiri Ariana?? Bukan laa.. Dia anak pungut sebenarnya.. Kasarnya bahasa kan.. Tapi dalam buku ni cakap camtu, aku taip la balik kat sini camtu.. Haha.. Anak yang dibeli oleh Zahara untuk capai hasrat dia berkahwin dengan Zakaria.. Huh!! Adalah jugak jalan cerita yang sweet-sweet diselitkan.. Hehe.. 

Disebalik setiap perancangan yang diatur Ariana, ada orang yang membantu dan melindunginya tanpa sedar.. Siapakah orang itu?? 

Haaa kalau korang nak tahu, kena beli dan baca sendiri la ye.. Kalau dah semua aku cerita kat sini dari A to Z, tak best la pulak kan.. Silap-silap korang dah tak berminat pulak nak beli sebab dah tahu jalan cerita dia.. Jadinya, untuk tahu jalan cerita seterusnya, silalah beli sendiri buku ni.. Jalan cerita dia memang best..


Ni aku up sinopsis novel ni.. Korang boleh baca sinopsis ni dulu sebelum korang beli.. Baca sinopsis pun dah gempak kot.. Haha!!


Kekurangan Revenge
Jalan cerita semuanya ok.. Cuma ada part-part yang tersilap nama watak.. Mungkin penulis tersilap taip.. Kena baca dua kali part-part tersebut sebab keliru.. Bila dah dikenalpasti, oh! mungkin penulis tersalah taip.. Typing Error lettewww.. Mungkin akan datang penulis kena lebih berhati-hati dengan typing error ni agar hasil karyanya lebih sempurna... hehe..

Cam juri pulak aku.. Tapi ni teguran yang ikhas dari aku.. Hiks..


Orite, ni adalah penulis yang bertanggungjawab menghasilkan novel Revenge yang ohsemnesss ni.. Silalah kenal-kenal dengan beliau ye.. Kalau korang nak beli dengan beliau terus pun boleh.. Terus aje PM kat facebook beliau.. Mesra orangnya tak sombong.. Novel terbaru beliau akan keluar tak lama lagi.,.. "PELARIS".. So, cepat-cepat pre-order.. Terjah facebook beliau ye sekarang.. Hehe..


Ni tinta penulis buat aku yang bernama Lea Azleeya.. Jangan jeles yee.. Siap ada tapak kaki kucem agik kat situ.. Mesti pencinta kucem ni.. Hiks..

Ok, bai!!

7 comments:

  1. Yeah!! Lea dah baca.. Nanti jangan lupa baca Pemangsa lak.. Ada kuar watak Ariana Citra..

    ReplyDelete
  2. Wahhh buku dari penulis lelaki memang gempak la kan..baca review kak lea pun best.

    ReplyDelete
  3. Mama suka plot cite ni. Dulu mama hantu novel tapi skrg x sempat baca walau dah melambak beli huhuh

    ReplyDelete
  4. Lea, cerita ni mgkn ikut idea drama REVENGE lakonan Emily VanCamp (Emily Throne / Amanda Clarke) sbg heroin, pembantu dia sepanjang balas dendam Nolan (Gabriel Mann).. Akak suka sangat cerita ni..

    ReplyDelete
  5. kak leaa. dia punya cover tu style tp seramm. hehe

    ReplyDelete
  6. bagus juga minat membaca ni

    ReplyDelete