Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah penghujung tahun kan.. dah sampai bulan oktober pun kite.. dan pada 15 oktober 2013 yang lepas... "yang lepas" tu.. padahal baru je semalam... tp betul la kan, kire dah lepas la tu... he he he... ape yang aku merepek ni... hahaha.. sambung balik...
Pada 15 oktober 2013, iaitu semalam kite umah Islam telah meraikan Aidiladha atau juga disebut raya korban.. Kenapa ye agaknya tajuk entri aku kali ni ada tanda soal?? haaa ni chek nak cita ni... hurmm... Sebenarnya sehari sebelum raya korban, aku dimaklumkan oleh adik aku yang mak aku demam teruk... aku dah mula cuak dapat berita tu... hati aku mula la memberontak nak balik tengok mak aku.. tapi keadaan memaksa aku tak berbuat demikian.. sampai la malam kakak aku maklumkan mak aku dah mula cakap bende2 pelik.. aku dah tak dapat bertahan dengan keadaan yang memaksa tu.. dalam keadaan aku menangis teresak2 aku mula berkemas untuk balik jenguk mak aku... sampai aje kat umah mak aku, terus aku dapatkan mak aku dalam bilik.. sedih aku tengok keadaan dia.. lemah sangat2.. ajak pergi klinik dia tak mahu.. muka dia pucat dan lain sangat2.. sedih yang amat ati aku ni tengok keadaan mak aku cenggitu.. selalu dia ceria dan bertenaga.,.. lain benar hari itu... yang lagi aku sedih.. dia dah siapkan semua juadah hari raya sebelum anak2 dia balik.. padahal dia tahu ramai yang tak balik beraya pada tahun tu sebab raya puasa semua dah balik beraya dengan dia.. dalam sakit2 dan demam dia tu, dia gagahkan diri jugak untuk masak juadah untuk anak2.. dia berharap sangat dapat beraya dengan anak2 dia.. Alhamdulillah ada jugak anak yang balik walaupun tak semua balik kerana beraya di kampung halaman belah suami..
Malam raya tu dia tak larat nak bangun.. dengan hidung tersumbat.. dah 2 hari dia tak dapat tidur.. keadaan dia sangat2 lemah.. lepas kami beri dia makan ubat selesema dan isi ubat angin dekat hidung dia, baru la dia boleh bernafas dengan selesa.. Alhamdulillah, malam tu dia dapat tidur.. mungkin kesan ubat selesama yang menyebabkan mengantuk.. Malam tu aku tak dapat tidur dengan lena kerana memikirkan keadaan emak aku.. Aku takut nak menghadapi hari esok.. Pukul 6 pagi aku sedar untuk menunaikan solat subuh.. terus aku bangun untuk mengetahui keadaan mak aku... Aku terus ke dapur, aku tengok emak aku senang memasak dengan kakak ipar aku... syukur kehadrat ilahi kerana mak aku semakin pulih dan ceria kembali.. walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi sekurang2nye dia dah bertenaga kembali untuk bangun dan berjalan.. Mak aku nak pastikan semua juadah yang ingin dimakan oleh anak dan menantu dia disedikan pada raya kali ni... Dia cakap takut nanti dia dah tak boleh nak masak dah... sedihnya dengar ayat dia.. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anak dia.. aku harap agar aku juga akan segagah dan sehebat ibuku dan aku berharap aku juga akan menjadi seorang anak yang boleh membahagiakan ibuku sehingga akhir hayatnya... In sha ALLAH..
Jadi kawan2, hargailah ibubapa kite selagi mereka ada.. jangan abaikan mereka.. terlalu banyak perngorbanan mereka buat kite.. pengorbanan ibubapa tiada tolok bandingnye dalam dunia.. sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kite... sentiasa la berdoa untuk mereka supaya mereka dilindungi sepertimana mereka melindungi kite sejak dari kite dalam kandungan sehingga kite dewasa.. Jadilah anak yang dibanggakan oleh ibubapa kite..
Mak... Ayah... kami sayang kamu... :)
Ayah & Ibu - Sudirman
No comments
Post a Comment