Putera Multazam

Thursday, January 16, 2014


Assalamualaikum..

Berdebar-debar rasa hari ni... Baru kejap tadi aku terpijak kucing dengan kereta aku... Huwaaaa tak disangka-sangka bende ni terjadi.. Kesiannya dia... 


Ehsan Google


Kebiasaannya aku akan tengok bawah kereta sebelum bergerak...  Tapi arini camne entah lain sikit, masuk je kereta terus gerak... Hurmm... Dah sampai ajal dia la kot kan.. Tapi aku rasa bersalah sangat...
Adoiiii bersalah laaaa... ( mood sedeh sangat-sangat )

Ok lah.. Lupakan hal tu dulu.. Aku nak kasi tenang sikit ati aku.. Yang sebetulnya aku nak kongsi berkenaan sebuah buku ni hasil penulisan Ibnurijal... Kan hari tu aku dah janji nak kongsi berkenaan buku-buku hasil penulisan beliau.. So hari ni aku dah selesai baca sebuah buku beliau yang berjudul "PUTERA MULTAZAM"...




Buku ni sangat bagus... Sangat memberi kesan bila membacanya.. Banyak pengajaran didalam cerita buku ini.. Buku ini mengisahkan seorang putera daripada seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kampung halaman suatu ketika dahulu dengan membawa sinar islam kepada  penduduk kampung tersebut... Ayahnya seorang yang disegani dan dihormati oleh orang kampung kerana pegangan agama beliau.. Setelah kematian beliau, puteranya pula memikul amanah beliau untuk teruskan perjuangan beliau.. Beliau adalah Putera bongsu kepada Haji Idris. Beliau adalah Multazam...

Dipendekkan cerita, buku ni memang banyak memberi kesedaran dan pengajaran buat kita.. Sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur... Banyak kisah suka duka didalam buku ini yang dilalui oleh Multazam dalam memperjuangkan agama islam di kampung halamannya sendiri.... Ada sedih ada juga kegembiraan...  Tahniah buat saudara Muhammad Nazri bin Rijal ( Ibnurijal ) atas kejayaan buku ini... 

So korang boleh la serang kedai buku untuk dapatkan buku ni.. Rugi tak baca tau...



Jangan lupa tau dapatkan buku ni.. Malam karang aku nak start baca buku lain pulak.. Juga penulisan oleh Ibnurijal... hikhik.. Obses buku kan.. haaa..

Wokeh la... Aku nak uruskan kursus-kursus untuk staff sini pulak.. Tak urgent mana tapi tak nak tangguh-tangguh nanti boleh pusing kepala... 

Ok korang.. babai...

See u again.. SMILE... :)




4 comments: