Golongan-Golongan Di Akhirat..

Monday, February 3, 2014


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku terus bernafas pada hari ini dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya... Alhamdulillah, aku dah selesai membaca buku 'Semai Benih-Benih Syurga'... Syukur yang tak terhingga kepada tuhan kerana menemukan aku dengan buku tersebut.. Sangat berguna dan banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada aku.. Ya ALLAh terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan didunia ni.. Moga segala dosa aku diampunkan olehNYA.. Betapa takutnya mengenangkan azab siksa di alam kubur dan di alam akhirat... Di akhirat kelak, manusia akan dibahagikan kepada 12 golongan..

Firman Allah SWT di dalam surah an-Naba' ~ 18,

" Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiupkan sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, "Ya, Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?". Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab,

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,"

11 Golongan Yang Celaka

1.  Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.  Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.  Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat

4.  Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.  Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.  Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan  maksiat atau perbuatan jahat.

7.  Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.  Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas.. Ini balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.  Mereka yang berwajah hitan, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan meraka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.  Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibubapanya.

11.  Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.


1 Golongan Yang Selamat

Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke syurga, iaitu :-

"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustakim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".


Itulah golongan yang akan dibahagi-bahagikan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.. Berada di golongan yang manakah kita? Sama-samalah kita perbaiki diri kita menjadi umat yang dicintai olehNYA.. Muhasabah diri dan istiqamah... Moga aku diberikan hidayah dan keteguhan iman... Amin...

Renung-Renungkan dan selamat beramal..


4 comments:

  1. Ya Allah.. kerdilnya diri .. moga kita dijauhi golongan2 mcm tu

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar..nauzubillahi min zalik..

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah moga Allah jauhkan kita tergolong dalam golongan yang mengaibkan itu..amin..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik.. mohon share ya..

    ReplyDelete