2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.
16. Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.
18. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
19. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.
20. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
No comments
Post a Comment