Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Wednesday, August 6, 2014

10 comments

Assalamualaikum wbt..

Wahh ada lagik satu segmen wajib join... Sebab ape?? haaa sebab syarat-syarat nye mudah dan simple.. ahakzz... 

Klik banner untuk turut serta

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Segmen ni dari Blogger Adinda Baizura Mazlan atau singkatan dari nama beliau ialah ABM... haaaa sweet sweet gitu... Memandangkan syarat penyertaan adalah simple sangat-sangat... Dengan sopan lagik santunnye Lea Azleeya menjoin segmen ini.. hehehe~!!

Segmen ni berakhir 15 Ogos 2014 ( Jumaat ) ye...

Nak tau syarat-syaratnye... Baca kat bawah ni.. 


*************

Caranya senang dan simple je.
1) Follow blog ini. ITU WAJIB!
2) Buat satu entry bertajuk "Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan" dan backlinkkan ke entry ini. Letakkan banner di atas sekali. 
3) Komen link entry anda di entry ini. 

Jika mendapat sambutan : 
1) 10 entry terpilih akan menjadi Bloglist August ABM 
2) 3 entry terbaik akan ABM review

*************


So, ape lagik.. jom la join ramai-ramai..

Ok.. Selamat Bersegmen... 




Read More

Segmen : Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

37 comments

Assalamualaikum wbt..

Blogger Ayu Insyirah ada buat segmen sempena Merdeka... Bila baca syarat-syarat penyertaan terus rasa nak join.. Sebabnya seperti yang semua ketahui, bila syarat sesimple mungkin dan tiada kaitan ngan fb mahupun twitter pasti Lea Azleeya akan join.. Dah kenapa nak join bila syarat simple aje kan??!! Bukan pe, kat tempat aku ni fb dan twitter tak boleh dibuka.. Itu sebab la.. 

So, dengan lafaz Bismillah, maka dengan rasminya Lea Azleeya menjoinkan diri dalam...

Anda.. Anda.. Anda... Anda semua tak mo join gak ke.. Jom la.. Kalau nak join jugak boleh la klik banner yang aku tempek kat bawah ni... 

MERDEKA...!!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!
( dah kenapa dengan aku.. tetiba kene sawan patriotik terlebih awal ni.. hahaha~!! )


Selamat bersegmen... :)




Read More

Mi Gal

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Kulit Album Pure Vibration
sumber : google

Nak belanja satu klip video dari kumpulan reggae kegemaran aku...


Mi Gal - Pure Vibration

give me a one tall of water please,
its been a while me don’t
feel this feelin for so long,
she a took from me boring day,
hold me hand and we dance,
we do the reggae reggae,
the bird is singin singin a long the way…

[chorus]
me gal, lets dancing all the nite,
the trouble left behind now,
lets makin all the dark
nite comes alive..
alrite…
she love me[8x] me gal
she love me[8x] me gal

she looks so fairy,
[solo man]
queen of lion land,
[solo man]
love and light she have,
wish I had a girl that
always hold me tight,
I wish I had a girl that always colour me life,
Love that we share we can
spread it out,
Yea….yea..

[chorus]
What’s that in my head,
what`s shining day,
what’s that in my head,
colour shining…


Ahli Kumpulan..
sumber : google



Read More

Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah

Tuesday, August 5, 2014

27 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama sangat dah rasa nye tak menjuin mane-mane giveaway atau segmen blogwalking ni... Terasa nak turut serta pulak kali ni.. Sebab tengok syarat-syarat penyertaannya sangat-sangat la mudah dan tak membebankan... Tak payah nak follow fb atau twitter.. Cuma perlu follow blog owner sahaja... hikhik.. Almaklumlah.. Kat sini tak boleh nak bukak fb atau twitter... Tu yang rasa sukar sikit tu untuk join GA atau segmen yang memerlukan follow fb dan twitter... 

Oke lah.. Dengan lafaz Bismillah, dengan rasminye Lea Azleeya menjoinkan diri dalam

Nota Kaki  :   Ayat nak gah aje kan... Hehehe~!!

Klik banner untuk join


Read More

Paku Yang Lekat di Hati...

1 comment

Assalamualaikum wbt...

Hubungan Sesama Makhluk. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.

Renung-renungkan..


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat-cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu." 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf dari mereka."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu....?"

"Maksud ibu..?"

"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu." Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku....."

Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? 




Jangan menilai sesuatu yang berlaku secara luaran. 
Cuba analisis maksud yang tersirat. Lapangkan hati, bukakan minda. 
Terimalah nasihat dengan terbuka.


Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Bantu Palestin..??

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sama-samalah kita... 


Pray for GAZA
Pray for Palestin

Save GAZA
Save Palestin

Peace & Love
Read More

Isteri Saya Hilang..!!

Monday, August 4, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber ::  Google


Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!

Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.





Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More