Ber-Western di Pekan

Tuesday, March 15, 2016


Assalamualaikum wbt..

Ni cerita hujung minggu aku yang lepas... Kakak aku ada balik Kuantan hari sabtu baru ni.. Kalau dah dia balik mesti ada aje aktiviti yang akan dilakukan.. Paling busuk pown aktiviti kami bila dia balik ialah pergi jelajah butik Aidijuma... Tapi kali ni dia balik kami tak buat aktiviti tu sebabnya dia tak tidur rumah mak aku.. Dia tidur umah akak aku kat Pekan.. So, aktiviti kami kali ni berlaku disekitar Pekan, Pahang.. Haha..!!

Awal-awal lagi kakak aku cakap nak lepak pantai.. Jadi lokasi kami kali ni adalah Pantai Kuala Pahang, Pekan.. Lepak-lepak santai aje.. Tak bawak makanan pown.. semata-mata lepak sahaja hokek... Sebab ape kami tak bawak makanan.. hehe.. Kami simpan perut untuk makan western food dekat Bandar Pekan.. Jom aku belanja gambar sikit semasa kat pantai.. Ambil gambar pown sikit aje.. Bateri hp ala-ala hado0o0ooo ajeee...



hakak aku bersama my little hero + abg adam

Dah santai-santai kat tepi pantai siap berjemuran ala-ala minah saleh gitu.. Perut pown memainkan lagu-lagu irama malaysia... Masing-masing dah kelaparan... Terus gulung tikar.. siap-siap untuk menuju ke kedai makan lak... Plan memang nak makan western.. Ada orang nak belanja katanya.. Siapakah??? Haha.. tentu-tentu lah kakak aku... Sekali sekala balik kene belanja adik dia ni.. cia cia cia...

Tapikan aku tak amek lak gambar untuk lokasi kedai makan tu... Aku google aje la gambar,... Alhamdulillah ada upenye.. Jadinya aku amek gambar dari google aje la untuk lokasi luarannya... Hakhak..

Lokasi
Kedai No. 3 - Hot Plate & Western
Triple A Town Food Court
Anjung Warisan, 
Jalan Sultan Abdullah,
26600 Pekan, Pahang

** Tingkat atas Nasi Kukus My Mama

Sumber : Google

Sumber : Google


Ni gambar sendiri yek!!


Kedainya No. 3 - Hot Plate & Western.. Dengar cerita western kat sini sedap.. Sampaikan orang jauh pown berulang datang makan kat kedai ni... Kalau lambat memang habis la dengar khabarnya... Memandangkan selera kitorang telah berjangkit antara satu sama lain, maka-nya kami order Chicken Chop aje la semata-mata... So, tak dapat lah nak review menu lain... Lain kali mungkin... Jom belanja gambar Chicken Chop lak...


Hah tu dia.. Sedap oh.. Ternyatalah sedap.. Ayam dia bapaknya besauuu.... Kenyang setaman... Haha.. Tak rugi makan sini.. dah la sedap.. besar lak tu ayam dia... harga amat berpatutan... Oleh kerana kami makan menu yang sama tak dapat la aku nak up gambar menu-menu lain.. Aku up senarai menu aje la yek kat sini...

Gambar pown suam-suam kuku aje..

Ni jelas skit..


Dah siap-siap makan.. Perut pown dah kenyang... Barulah kami beredar untuk pulang... Sebelum balik, kitorang lepak rumah kakak pekan aku dulu... Lepas maghrib baru bertolak pulang ke rumah masing-masing...




5 comments:

  1. Besar betul ayam tu. Kenyang betul la tu kalau makan sorang.

    ReplyDelete
  2. tengok harga pun ok..dan kuantitinya memuaskan hati la lea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah PC.. kalau PC p pekan mesti cuba ni.. hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete