Suka Mencarut dan Berbicara Lucah

Monday, March 28, 2016


Assalamualaikum wbt..





Pernahkah kita berkawan dengan orang yang suka mencarut ataupun suka berbicara lucah?? Pernah tak?? 

Tajuk kali ni agak berat.... Tapi aku nak jugak up entry ni sebabnya aku rasa manusia zaman sekarang ni makin menipis rasa malu dalam diri... Mencarut dan berbicara lucah dah jadi perkara biasa bagi dorang.. Kadang-kadang kita yang mendengar ni pown rasa tak sanggup nak tadah telinga dengar... Geli... Geleman... Jijik... dan yang sama waktu dengan nya... 

Yang dah kawin dengan bicara yang setaraf dengan nya.. Yang bujang pown advance kadang-kadang lebih dari yang dah kawin... Rasa pelik dengan orang yang macam ni.. Kat mane dorang simpan rasa malu dorang tu ekk?? Dalam POKET?? huh... Bila dah keterlaluan, timbul rasa benci dan meluat.. Moga orang seperti ini diberi hidayah olehNYA untuk berubah...

Aku terbaca sebuah buku berkenaan perkara ini.. Buku tulisan Hilal Asyraf iaitu "Untuk Kita Pendosa"... Moga tulisan saudara Hilal Asyraf ni dapat menyedarkan dan dijadikan panduan kepada kita-kita yang PENDOSA ni... 




Penulis ada menyentuh akan hal ini... Katanya di dalam buku ni....

--------

Apabila Terbiasa, Fikiran Menjadi Kotor

Sekiranya hati menjadi gelap, fikiran juga menjadi kotor. Pernahkah kita berkawan dengan orang yang suka mencarut ataupun suka berbicara perkara lucah?

Semuanya kerana fikirannya sudah diracuni oleh dosa. Ia menjadi sebahagian daripada darah dagingnya. Ini kerana apabila ditimpa musibah seperti tersepak batu atau dikasari, ia terlebih dahulu melafazkan carutan.

Ini disebabkan fikiran di bawah paras sedarnya sudah dikotori.


Tiga serangkai, Tidak Terpisah

Mental yang sihat datang daripada rohani dan jasad yang sihat. Sekiranya rohani dan jasad dikotori dengan dosa, mental juga pasti terkena kesan yang sama.

Mental yang tidak sihat, minda mereka kurang memikirkan perkara positif dan sering memikirkan yang negatif sahaja. Jauh daripada memikirkan kebesaran Allah S.W.T.., kekuatanNya, keindahanNya, dan keluasan keampuananNya.

Orang yang dilumuri dosa sukar memikirkan kebaikan.

-------

Galeri






-------

Moga aku, keluargaku dan keturunanku dijauhkan dengan perkara-perkara seperti ini... Amin..

No comments

Post a Comment