Assalamualaikum wbt..
Pica bulan Mei 2015
Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang Ibu a.k.a Ummi yang sebenar-benarnya setelah pulang dari Hospital.. Jaundis anak aku masih tinggi masa tu... Banyak jugak petua yang kami amalkan untuk turunkan jaundis ni.. Tapi semua tak menjadi... Setelah dirisik-risik, kami dapat tahu yang sebuah klinik di Permatang badak, Kuantan yang mengamalkan perubatan as-syifa menjual ubat jaundis.. Ubat Jaundis yang dijual adalah ubat Homopati.. Ubatnya berbentuk cecair (air) yang perlu dititiskan kedalam mulut baby..
Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT... Anak aku serasi dengan ubat tersebut.. Nurse pown terkejut bila dapati jaundis anak aku turun dengan cepat... Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Syukur tak terkata...
Hari-hari yang berikutnya seperti biasa lah, nurse akan datang rumah untuk buat pemeriksaan ibu dan anak.. hehe.. Tensen gak kadang-kadang kene check kerap sangat.. haha... Tapi itu lah rutin yang harus dilalui setiap ibu yang baru bersalin..
Dalam tempoh 7 hari segala urusan pendaftaran siap dilakukan.. Semuanya berjalan lancar.. Anak aku diberi nama Muhammad Qhaliff Amsyar... Qhaliff bermaksud Khalifah dan Amsyar membawa maksud yang cergas.. Huwaa memang sangat cergas ye sekarang.. Haha... Qhaliff tak banyak ragam sangat masa baru lahir,... Cuma ada la kadang-kadang menangis.. Susah nak tido.. Meragam sikit-sikit... Tu adat la kan... Orang cakap anak lelaki ni kuat menyusu.. Tapi si Qhaliff ni tak de la kuat mane menyusu.. Biasa-biasa aje..
Pica Jun 2015
Hampir sebulan jugak aku berpantang rumah mak aku... Syukur masih mempunyai emak time aku bersalin.. Terima kasih ALLAH.. Terima kasih Emak.. Bersusah payah emak aku menjaga aku dalam pantang.. Sampaikan dia pitam dan jatuh... Allahuakbar.. Bersalahnya aku rasa masa tu.. Bersalah sebab aku rasa aku dah menyusahkan dia.. Lepas dia jatuh, aku dah tak benarkan dia jaga aku.. Semua aku uruskan sendiri... Alhamdulillah tuhan beri aku kekuatan walaupun aku dalam pantang... Syukur.. Kesian mak.. Lepas emak aku dah sihat sikit, aku buat keputusan untuk pulang rumah sendiri sebab tak mahu susahkan dia lagi...
Setelah pulang ke rumah sendiri, aku uruskan diri aku sendiri... Uruskan anak... Seronok sebenarnya menjadi seorang ibu ni.. Hehe.. Cumanya bila anak meragam aku dah cuak sendiri.. haha..!! Tapi semua tu memang kene hadap la.. Takan nak yang best-best aje kan..
Qhaliff membesar dengan baik.. Sekali dua ada jugak dia demam.. Firstime dia demam.. Allahurabbi.. Risau bukan kepalang.. Badan sangat-sangat panas... macam-macam petua aku buat.. Tuam badan.. bawak ke klinik sudah.. semua tak menjadi.. Last sekali dah tak de pilihan aku terus pergi pakar kanak-kanak.. Masa tu suhu dia 40 darjah... Doktor cakap tinggi sangat dia punya suhu.. aku dah risau.. Anak aku pulak menangis tak berhenti.. mungkin badan tak selesa kan.. panas sangat.. Terus doktor masukkan ubat dekat 'montot' dia.. Tak berapa lama dia dah mula berpeluh-peluh.. Syukur sangat.. Esoknya demam dia dah kebah.. Alhamdulillah..
Pica Julai 2015
Itulah firstime dia demam teruk... Dannn tiba lah masa untuk Qhaliff di hantar ke rumah pengasuh... Masalah yang aku hadapi adalah nak ajar dia minum susu menggunakan botol susu.. Haha.. Cuak mak nakkkkk...!! Mane taknye.. semua botol yang diberi dia tak nakk... Pacifier memang dia tak nak dari kecik lagi.. Berusahalah aku mencarik botol yang dia boleh terima... Google sana.. Google sini.. Dok baca pengalaman ibu-ibu lain dalam blog.. Dah macam-macam jenis botol di beli dan diberi.. semua dia reject ye..!! Last sekali beli botol pigeon... Ramai yang berjaya dengan botol pigeon ni.. So, aku buat keputusan untuk cuba botol pigeon ni..
Pigeon Peristaltic Plus
Botol ni aje yang berjaya memikat hati si kecik aku tu... Setelah masalah botol selesai barulah senang hati aku nak hantar ke pengasuh... Dalam pencarian pengasuh untuk Qhaliff pulak aku mintak jasa baik seorang makcik untuk carikan... Alhamdulillah, Syukur sekali lagi kepada ALLAH kerana menemukan Qhaliff dengan pengasuh yang sangat-sangat baik dan perihatin serta penyayang... Satu family penyayang.. Suka budak-budak.. Yang paling ajaibnye.. Dia jaga Qhaliff sorang aje.. Dia tak nak jaga ramai-ramai.. Baby la.. Kalau yang dah besar tu ada la sorang dua... Tu pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak datang.. Kirenya jarang-jarang je la dia jaga... Jom belanja gambar qhaliff bersama ahli keluarga pengasuh.. haha..
Bersama keluarga pengasuh a.k.a keluarga angkat
Firstime aku nak hantar ke pengasuh, perasaan sedih menyelubungi aku.. Mana taknye, dekat 3 bulan aku dok jaga dia.. Last-last aku bagi dekat orang pulak untuk jaga dia.. Dah berkongsi kasih sayang kat situ.. Haha... Tapi itu lah lumrah bagi seorang ibu yang berkerjaya kan... Terpaksalah lalui jugak semua tu.. Mula-mula rasa risau jugak nak hantar ke pengasuh, almaklumlah sekarang kan banyak kes-kes dera melibatkan pengasuh... Setelah beberapa hari hantar, aku dapat rasakan pengasuh ni lain dari yang lain.. Keluarga dorang penuh dengan kasih sayang... Alhamdullillah..
Pica Ogos 2015
Pica Ogos 2015
Okeh la.. sampai sini dulu untuk part 2 ni.. Dalam entry akan datang aku akan ceritakan tentang kerenah dan pembelajaran Qhaliff sepanjang dia meniti usia 1 tahun... peace...!!
membesar dengan sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah... :a
Delete