Assalamualaikum wbt..
Ankel Jonni Pinjam Komik ni ye.. Halalkan ye.. Hikss..
Macam mana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita?? Susah jugak ni kan... Silap tegur boleh kene terajang kita nanti.. haha..!! Macam komik kat atas nuuu... Jadinya, aku nak kasi tips camne nak tegur orang lebih tua dari kita supaya tak jadi salah faham atau terasa hati... Sekali lagik aku amek sumber rujukan dari team Tarbiah Sentap untuk kita sama-sama hayati dan praktikkan.. hehe.. TQ Team Tarbiah Sentap kerana memberi teguran yang sentiasa menyentap hati nurani.. hikss..
Jom tengok tips yang diberi...
Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri?
---
1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..
Kena cakap face to face..
Kena bagi "ceramah" pada mereka..
Kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..
Tak semestinya..
Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..
Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..
Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..
Dakwah ni seni..
Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !
Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia.. Tu bengong namanya..
---
1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..
Kena cakap face to face..
Kena bagi "ceramah" pada mereka..
Kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..
Tak semestinya..
Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..
Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..
Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..
Dakwah ni seni..
Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !
Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia.. Tu bengong namanya..
2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL.. Saya ulang balik, kena ada SKILL..
ELAKKAN untuk tegur DIRECT..
Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "Mak, pakai tudung la.. aurat tu.."
Sebab apa?
Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,
"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."
3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?
(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni..
Contohnya :-
Korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?
Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru),
"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."
Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri...
Saya bagi panduan umum je..
(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI..
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..
Contohnya :-
"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."
Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang
(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH...
Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...
Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la,
"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."
Ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang.. dan korang SELITKAN NOTA kata situ, contohnya korang tulis,
"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."
Atau apa-apa jua lah yang korang rasa sesuai..
(4) Tegur dalam bentuk SURAT...
Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan.... Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..
Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. Dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang dengan harapan mereka baca..
(5) Tegur guna ORANG KETIGA..
Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka.. Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..
4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang praktikkan..atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..
DAN PALING PENTING SEKALI..
Korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..
Doa SUNGGUH-SUNGGUH.. Nangis-nangis....
Seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai nangis-nangis, khusyuk, sampai termimpi-mimpi..
Kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis-nangis, khusyuk dan termimpi-mimpi mak ayah korang dapat hidayah?
Wallahu'alam
part merokok tu..macam ada payah sikit kalau nak tegur. sebab kebiasaan nya, peratusan orang untuk berhenti rokok tu tersangatlah rendah. tapi, alhamdulilah, saya tak merokok. hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah sebab tak merokok.. :)
Delete