Petua Hidup Tenang

Sunday, March 14, 2021


Assalamualaikum wbt..



Selamat pagi olls... Dah sarapan belum?? Sebelum kerja pergi sarapan dulu yekk.. Baru best buat kerja.. Tenang aje.. Ye dak..?? Okeh.. Pagi ni aku nak kongsi tips atau petua untuk mendapatkan hidup yang tenang... Bagaimana?? haaa.. ni la yang aku nak habaq kat korang ni... Ada 12 petua yang aku nak kongsikan disini... Sama-sama kita amalkan dan mencari ketenangan dalam hidup ni.. Moga dapat membantu korang-korang semua dan aku juga.. hikss... Jommm followwww 12 tips hidup tenang...!!

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..


Dah abeh baca ke?? Kalau dah abeh baca pasni boleh la amal-amalkan yek.... Tanam dalam hati "Aku boleh..!!!" Bila hidup tenang baru lah hari-hari yang dilalui indah dan lebih bermakna kan... 


7 comments:

  1. terima kasih share semua petua ni, memang sangat bermanfaat dalam menempuhi kehidupan seharian dengan tenang dan gembira :)

    ReplyDelete
  2. Aah dah habis baca..hehe...in sya Allah kita sama2 amalkan ya Lea..terima kasih untuk perkongsian ini...semua orang perlu ambil tahu..

    ReplyDelete
  3. Thank you untuk petua nie . Boleh amalkan :h

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome eyqa.. sama2 la kite yek eyqa amalkan.. :)

      Delete
  4. terima kasih untuk perkongsian ini. I will try! :3

    ReplyDelete