Review | Nivea Stress Protect Spray

Thursday, May 5, 2016


Assalamualaikum wbt..

Semalam ada urusan rasmi di luar.. Selepas setel semua kerja-kerja rasmi tersebut, sempat la pergi makan dekat Giant.. Hajatnya lepas setel urusan nak terus balik ofiz dan lunch di kantin aje.. Disebabkan mendapat info yang lauk pauk di kantin telah kehabisan, makanya terpaksa la lunch dekat luar.. huhu.. Dah alang-alang sampai Giant tu singgah la sekejap dekat Guardian dalam Giant tu... Saje tinjau-tinjau barang keperluan... Cuci-cuci mata yang dah berlumut ni.. Hehe..

Pergi bahagian deodorant.. Sekali nampak pulak ada sale untuk produk NIVEA.. ehhh.. kejap bukan produk nivea aje tetapi memang Guardian tengah mengadakan sale.. ekeke.. 


Kalau pergi bahagian Nivea, barang yang aku akan tengok adalah Nivea Stress Protect Spray... Kenapa?? Sebab Nivea Stress Protect Spray ni agak susah untuk didapati.. huhu.. Cenggitu sekali yek.. Tapi serius la aku cakap.. Bukan semua pasaraya yang ada jual Nivea Stress Protect Spray ni.. Kalau Nivea jenis-jenis lain banyak la.. Yang Stress ni nan hado0o0oo.. Sampaikan aku buat stok takut kehabisan.. 


Dekat rumah memang dah ada 1 botol aku buat spare.. Semalam disebabkan sale yang melatop kat Guardian untuk Nivea Stress Protect Spray ni, aku beli la 1 botol lagi... Yey!! dah ada 2 botol spare.. Haha.. Korang nak tahu tak kenapa aku fanatik sangat dengan Nivea Stress Protect Spray ni?? Sebabnya hanya yang jenis ini sahaja yang serasi dengan diri aku ini.. Haha.. Fahamkan..!! Yang brand lain-lain habisss hancussss bau badan... 


Pernah satu ketika, aku dah buntu nak guna brand ape.. Sebabnya badan aku dah tak dapat terima brand yang selalu aku gunakan tuuu.. Rasanya tak perlu la kowt aku kasitau brand ape yek....!!  hehe.. Sehingga la, aku diperkenalkan dengan Nivea Stress Protect Spray oleh kawan baik aku.. Dia cakap, dia pown bermasalah macam aku.. Lepas guna Nivea stress ni, masalah bau badan tiada lagi.. Cewaahhh..

Kalau korang ada masalah macam kami, boleh la cuba Nivea Stress Protect Spray ni... Terbaiikk baq hang...!! Jom tengok ape yang best tentang Nivea Stress Protect Spray ni...


Nivea Stress Protect Spray

Nivea Stress Protect Spray membantu anda untuk terus dilindungi dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan stress...

OVERVIEW
  • 48 hours reliable antiperspirant protection
  • Reduces heat and stress related sweating
  • Effective for extra heavy sweating
  • Antiperspirant
  • Dermatologically tested

HOW TO APPLY
  • Shake well before use
  • Hold 15cm form the underarm and spray
  • Do not apply to broken or irritated skin
  • Allow product to dry completely




Selain tu, dengan menggunakan Nivea Stress Protect Spray korang akan alami 3 effect darinya iaitu Brighter, Smooter dan Dry... Nampak tak lam gamboo tu... Ni botol baru tau.. Dulu botol dia ada penutup.. Sekarang dah tak de dan makin canggih.. kasi pusing aje untuk buka dan tutup botol ni.. Cam gambar di bawah ye.. canggih bak hang...!! 



Oke la.. abeh dah review aku untuk produk ni.. Kesimpulannya, aku sangat suka dengan Nivea Stress Protect Spray ni.. Sangat berkesan untuk aku.. Dan terasa diri dilindungi sepanjang hari...


Harga after diskaun 50% - RM 8.45 sahaja..!!
Berbaloi-baloi..



2 comments:

  1. cik nor guna yg roll on jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea tak boleh pakai roll on.. Masalah akan timbul nnti.. hik hik..

      Delete