Selamat Hari Guru, Cikgu..

Monday, May 16, 2016


Assalamualaikum wbt..



Hari ni masuk opiz, sana sini dok bercerita pasai hari guru.. Anak beli hadiah untuk cikgu la.. Buat sendiri hadiah untuk cikgu... Buat kad la untuk teacher... Hehe... Aku anak baru umur setahun tak merasai lagi situasi-situasi tersebut.. Tapi aku pernah lalui semua tu dulu.. Time aku jadi pelajar dulu.. Macam-macam hadiah nak kasi dekat cikgu kalau boleh.. Kebiasaannya hadiah akan diberi kepada Guru Kelas dan Guru-Guru yang terapat sahaja... Haha... Kebiasaannya macam tu la..




Dulu-dulu time aku sekolah dulu mana ada lagik handphone-handphone ni.. Bukan tak ade langsung, ada.. Tetapi tak de la macam sekarang... Tak kire kecik beso semua ada hp masing-masing.. Budak-budak sekolah pown dah ada hp masing-masing... So, dulu-dulunya tak de la nak anto sms ucap Selamat Hari Guru kat cekgu-cekgu kitorang.. Yang hado0oo kene tulis kad la untuk cikgu... Kalau tak beli pun, pakat-pakat buat sendiri untuk cikgu masing-masing... hehe..

Zaman sekarang dah canggih dan semua hanya dihujung jari aje.. Tekan-tekan, send aje.. Mudah kan... Mesti para-para guru berduyun-duyun dapat sms ucapan hari guru dari student-student mereka.. hikss.. 




Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh cikgu-cikgu... Teacher-teacher.. di Malaysia dan seluruh dunia.. Jasamu terlalu besar untuk kami.. Mendidik kami... Moga semua cikgu-cikgu terutamanya yang pernah mengajar aku, sentiasa dilindungi oleh-NYA... Diberi kebahagiaan.. Diberi keberkatan... Dilimpahkan Rezeki yang halal... Dirahmati... dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat... Teruskan usahamu dalam mendidik wahai cikgu... Jasamu ku kenang hingga hujung nyawa wahai guru-guru ku... 


Thank You Cikgu... :)

2 comments:

  1. Selamat hari guru sedunia..moga perit jerih mereka diterima Allah SWT sebagai ibadah yang berpanjangan..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan kak... Besar sgt pengorbanan seorang guru ni..

      Delete