First Giveaway by Anis Khalilah

Monday, June 13, 2016


Assalamualaikum wbt..



First Giveaway by Anis Khalilah |  Hola.... Lea Azleeya join GA lagi... GA kali ni agak berbeza sikit.. Peserta dikehendaki buat karangan atau lebih tepat seperti yang disyaratkan, meminta kita ceritakan serba sedikit tentang ibu kita... Hiks.. Oh lupe.. GA ni dianjurkan oleh Blogger Anis Khalilah.. 

Okeh jom dengar cerita aku tentang Ibu kesayangan aku... Ahakz.. 

Adehh tak de gambar pulak yek.... !! Tak pe la, sebab wajah Ibu aku sentiasa ada dalam hati aku.. cewahhh...!!

Okeh.. Aku mulakan ye.. 

Aku perkenalkan nama Ibu aku dulu.. Nama Ibu aku Mariam.. Aku panggil Ibu aku dengan gelaran Emak.. Ye Emak.. Adik beradik semua panggil Emak.. Bukan adik beradik sahaja yang panggil 'Emak' tetapi ada sebilangan besar cucunya pown panggil dia 'Emak'... Jadinya dia akan sentiasa muda haha...!! 

Emak aku seorang yang kuat bekerja.. Aku ibaratkan emak aku ni sebagai Iron Women.. Dia seorang yang setia kepada ayah aku... Walaupown kadang-kadang berselisih faham.. Biasalahkan suami isteri.. Bak bait-bait lagu P.Ramlee - Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula suami isteri... Haha.. Nyanyi pulak dahh... Okeh aku teruskan lagik.. Apa sahaja kerja yang ayah aku buat pasti dibantu oleh emak aku.. Kerja terdahulunya, Menoreh getah.. Dia turut serta membantu.. Tak kira hujan panas.. Bahaya berhadapan dengan binatang buas.. Nyamuk.. Unggas.. Semua dia harungi bersama-sama ayah untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...

Setelah tinggal di kawasan Felda.. Ayah sebagai Peneroka dan dia juga turut serta membantu ayah di ladang kelapa sawit.. Mengangkat buah kelapa sawit dengan kudrat yang dia ada.. Bayangkan betapa beratnya kelapa sawit untuk diangkat oleh seorang wanita.. Buka setandan tetapi bertandan-tandan didalam kereta sorong ke jalan utama... Dalam pada bekerja tu, macam-macam bende dah jadi pada dia.. Di sengat tebuan.. Nyaris-nyaris dipatuk ular... Terpijak paku... Macam-macam lagi la.. Tapi dia tetap kental untuk terus membantu ayah dalam mencari rezeki untuk kami.. 

Bila sampai musim membaja.. Dialah yang paling kuat membantu... Bila musim menanam anak pokok baru.. Dia juga lah yang berusaha membantu ape yang patut.. Apa sahaja kerja diladang dia akan turut serta membantu seolah-olah dia seorang lelaki... Pendek kata, kudrat dia sama saja dengan kudrat ayah aku... 

Itu baru sahaja kerja di luar.. Tak termasuk kerja di rumah... Segala urusan dia uruskan sendiri.. Memasak.. Mengemas.. Membasuh... Apa sahaja urusan rumah dilakukannya sendiri.. Waktu rehatnya adalah waktu tidurnya.. Tidurnya hanya sekejap... Pukul 10 malam atau 11 malam tidur.. Pukul 3 pagi dah bangun untuk urusan esoknya pula.. 

Itu lah wanita kebanggaan kami sekeluarga... Emak kami yang sangat-sangat kami sayang dan kami kagumi.. Rasanya kami adik beradik tidak dapat menandingi kehebatan dia... Dialah wanita paling anggun dan SASA dihati kami.. haha.. 

Catatan untuk Mak...
Mak kami sayang Mak sangat-sangat.. Tiada ganti dah Mak kat dunia ni.. Mak lah satu-satunya Mak kami... Kami doakan Mak sentiasa dibawah lindunganNYA dan diberi kesihatan yang baik serta mendapat kebahagian didunia dan akhirat... Luv U Mak.. X0X0... 

Fuhhh panjang jugak karangan aku.. Okeh settle.. 

Dengan Lafaz Bismillah aku join GA ni... :)


6 comments:

  1. Assalammualaikum dan terima kasih kerana sudi join giveaway Anis :) Iron women. Yup. Mak sanggup buat apa sahaja untuk keluarga kan. Semoga emak sis sentiasa dirahmati Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. jalan2 sini dari giveaway yg sama (^_^)

    ReplyDelete
  3. good luck :D
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete