Assalamualaikum wbt..
Kewajipan Membayar Zakat Fitrah | Bila dah masuk bulan Ramadhan aje terus teringat tentang kewajipan kita menunaikan zakat fitrah kan... Korang dah settle belom bayar zakat fitrah ni? hehe.. Aku belom agik.. Itu kewajipan encik somi untuk membayarnye.. hiks..
Zakat Fitrah ni merupakan kewajipan fardhu ain tau ke atas setiap umat Islam.. Tujuan kita melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah ni adalah dapat membersih dan menyucikan jiwa kita yang berpuasa ni daripada perkara-perkara yang sia-sia dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.. Sebab itu lah pentingnya kita melaksanakan tanggungjawab ini..
Okeh jom kita tengok lagi yang berkaitan dengan zakat fitrah ni.. Kiranye macam ulangkaji balik la ni.. hehe..
Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Oke la sampai sini aje la kita ulangkaji yek... Jangan lupa bayar zakat fitrah tau...
No comments
Post a Comment