Review Novel | Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff

Thursday, June 9, 2016


Assalamualaikum wbt..


Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff | Alhamdulillah semalam baru selesai aku habiskan baca novel ni... Bercita-cita jugak nak habiskan sebabnya dapat baca sikit-sikit aje dalam satu-satu masa... Tak punya masa dan kesempatan yang terluang... Sebelum aku buat review aku tentang novel ni, aku nak up dulu sinopsis novel ni... 

Sinopsis :-  

RINIETA AINI - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings. 

WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya... 

Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.” 

Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam. 

Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah. 

How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar. Berjela lagi Arfy marah di dalam Bahasa Inggeris sebaik melihat cleaner itu terkebil-kebil sahaja.  

Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar. 

Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini. 

NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan… 

Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy 

Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant 

Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini 

BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’!



Review aku :-

Ok aku cerita dulu yek serba sedikit jalan cerita novel ni..... Last nanti baru aku bagi bintang kat novel ni ekk... Aku buat review pendek aje la yek.. Masa tak mengizinkan aku menaip dengan lebih panjang.. haha.. First baca novel ni kita dikenalkan dengan watak Rinieta Aini, watak utama dalam novel ni.. Kira heroin la.. Hehe Panggilan manja dia Rin.. Rin ni datangnya dari kampung.. Dia anak yatim yang tinggal dengan Opah Milah di kampung... Ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya pula entah kemana menghilang.. 

Dah habis belajar dia tolong Opah Milah berniaga kuih di kampung nya.. Sampailah dia disuruh oleh Opah Milah untuk berhijrah ke KL bagi mencari pekerjaan disamping menjejak ayahnya... Fatimah rakan sekampung dengan Rin telah mendapat pekerjaan terlebih dahulu daripadanya di KL.. Ini memudahkan Rin untuk berhijrah ke KL kerana dia boleh menumpang tinggal di kediaman Fatimah kawan baiknya itu..

Rin hanya berkelulusan SPM.. Itu pown keputusan SPM nya tak berapa nak ok... Jadinya dia buat keputusan untuk mencari pekerjaan sebagai tukang cuci sahaja sebagaimana kelayakan akademiknya... Pada awalnya dia diterima bekerja sebagai kerani di syarikat Menara Mercu Holding... Itu pown bukanlah kerana kelulusan yang dia ada.. Ianya pertolongan daripada Ayman Heyqal adik kepada CEO syarikat tersebut yang Rin kenal sewaktu tragedi lemas di kampungnya tempoh hari... Dimana Rin telah menyelamatkan Ayman Heyqal daripada lemas... Dari situlah perkenalan mereka bermula..

Semasa Rin menjawat jawatan kerani tersebut, terjadilah kejadian yang tidak ingini, dimana dia telah merosakkan mesin fotostat syarikat tersebut dan telah dimarahi oleh CEO dan dia meminta maaf serta berjanji untuk menggantinya tetapi dia memohon untuk diterima bertugas sebagai tukang cuci disyarikat itu seperti yang menjadi cita-citanya sebelum ni... Ingin menjadi Cleaner yang hebat dan berjaya.. Haha.. Aduhaii Rin..

Rinieta Aini adalah seorang yang lurus bendul... Tetapi dia berpegang teguh akan ajaran Islam... CEO syarikat Menara Mercu Holding, Arfy Qhairant... Seorang yang bongkak dan sombong serta berego yang tinggi... 

Dipendekkan cerita, terjadinya perkahwinan antara Rinieta Aini dan Arfy Qhirant adalah angkara Tuk Mummy yang memaksa dorang supaya berkahwin di atas salah faham yang berlaku antara mereka bertiga.. Tuk Mummy ni nenek kepada Arfy Qhirant ni... Orang yang baik dan tidak memilih pangkat atau darjat untuk dijadikan menantunya... Cleaner pown okey ajee... Janji berhati baik... 

Dalam perkahwinan mereka yang tidak diikhtiraf oleh Arfy menyebabkan Rin dijadikan oleh suaminya sendiri sebagai Orang Gaji... Dia jijik dengan cleaner sebenarnya.. Tak suka.. Benci.. Kotor.. Jijik.. Itulah perasaan dia terhadap cleaner yang dah pown jadi isterinya tu... Sepanjang perkahwinan dia tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Rin.. Rin selalu diherdik.. Dikeji.. Dibenci... Dimaki... Tapi Rin hanya wat lek wat pisss aje.. Haha.. 

Dipendekkan cerita lagik... Rupa-rupanya Rin tu cucu kandung kepada Tuk Mummy sebenarnya... Pak Su Arfy atau lebih tepat anak Tuk Mummy iaitu Rashidi yang telah menghilang diri setelah perkahwinannya di pecah belahkan oleh Tuk Mummy sebelum ni adalah ayah Rienita Aini.. 

Nak tahu cerita selanjutnya... Bagaimana hubungan suami isteri Rienita Aini dan Arfy Qhirant seterusnya?? Nak tahu kene la beli novel ni.. Baca sendiri baru best...

Bagi aku cerita ni pada permulaannya agak bosan dan ayat yang digunakan agak detail dan tak berapa nak santai... Tapi lama-lama baca jadi syok dan dah tak kisah ayat yang digunakan yang agak membosankan tu... Cuba la korang baca... Best cite ni... Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang.. Haha...

Adoiii panjang jugak rupanya aku menaip... hiks.. K-Bai...!!



  

1 comment: