How Strong Is Your Website?

Friday, July 29, 2016

16 comments
Assalamualaikum wbt..

How Strong Is Your Website?  |  Wahh speaking london rini tajuk entry.. haha.. Korang pernah tak check prestasi atau kekuatan website korang?? Aku baru jap tadi, gatai tangan mencari web yang boleh buat analisis prestasi blog aku ni.. Hehe.. Jom tengok sekuat mana blog aku.. Wahh sekuat mana tu.. Dah gaya cam badang jerk tu haaa...

website grader

THIS SITE IS GOOD..!! Holaaa... Gitu lee katanye tentang blog aku ni.. hehe.. Performance 12/30... Mobile 30/30... SEO 25/30... Security 10/10... Moga lepas ni ada peningkatan dari segi performance untuk blog aku ni.. Yang lain berada pada tahap ok-ok jerk.. Performance jerk agak lusuhhhh.. haha.. Tak pe boleh tingkatkan lagik dimasa akan datang.. Insyaallah..

Korang nak check jugak tak?? Kalau nak check, jangan memalu ye silalah klik link yang aku kasi kat bawah ni yekkk..



Selamat mencuba...!!


Read More

Tonton Dia Semanis Honey Raya [2016] Full Telemovie

No comments
Assalamualaikum wbt..



Tonton Dia Semanis Honey Raya [2016] Full Telemovie  |  Yessss baru selesai tengok telemovie raya ni... Dia Semanis Honey Raya.. Korang dah tengok belom?? Kalau korang belom tengok boleh la tengok kat sini ye.. Klik aje link yang aku kasi kat bawah ni... Best tau cite ni.. Tak caye sila lah tengok sendirik.. haha..!!

Jom Tonton


Haaa kalau korang tak berapa nak faham bila tengok cite Dia Semanis Honey Raya ni tak pe.. Kat sini aku sertakan sekali link untuk episod-episod drama bersiri Drama Dia Semanis Honey ni yang sebelum sebelum raya ritu.. Ahakzz.. Cerita ni sebenarnya bermula dari drama bersiri iaitu Dia Semanis Honey.. Pastu ada pulak sambungannya Dia Semanis Honeymoon.. Then last telemovie raya, Dia Semanis Honey Raya.. Kowt-kowt la korang tak faham jalan cite diakan bila tengok Telemovie raya ni aje.. ahakz..

Jom Tonton

[ 16 Episod ]

[ 5 Episod ]


Selamat menonton..!!


Read More

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi  |  Nampaknya ada lagik blogger mencari bloglist untuk di tempekkan di blog beliau.. Aku ape lagik, tak tunggu lama terus menjoinkan diri... Misi Pencarian Bloglist Myideakini.com.. Itulah tajuk segmen tersebut.. hehe.. 

Syarat yang ditetapkan mudah.. Beliau mencarik 10 orang bloglist wanita dan 10 orang bloglist lelaki.. Ahakz.. Adakah aku akan terpilih?? Kita tunggu dan lihat.. hehe..

Korang tamo join sekali ke.. Jom arrrr weh reramai memeriahkan lagi segmen ni.. Jom kesana.. Klik banner ye..


Read More

Rezeki Datang Bergolek

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Rezeki Datang Bergolek | Hi olls... Mownink.. Dah bekfes ke korang??  hehe.. Dua tiga hari ni agak membizi sampaikan tak sempat nak bermanja dengan blog aku ni dan nak blogwalking pown tak sempat.. huhu.. Bz sangat namanye tu.. 

Dalam bulan ni rezeki agak bergolek-golek datang dekat aku.. Haha.. boleh tak aku guna ayat cenggitu.. hehe.. Serius babe.. Memang rezeki datang bergolek dalam bulan ni.. Kalau dah rezeki tu datang bergolek kene la ucapkan apa?? Ucapkan Alhamdulillah.. Syukur kita kepada ALLLAH.. haaa camtu la baru betoi ye dak... Ni dak asek dok sebut rezeki datang bergolek je kan.. hiks..

Dalam bulan ni saje aku dapat 3 pasang kasut hadiah dari adik dan rakan aku.. Sila jeles dari jauh ye... Haha..!! Nak tau kasut ape aku dapat... Sape yang follow IG dan FB aku mungkin dah tau.. Tak pe la.. Aku nak jugak tempek kat sini untuk kenangan aku.. 

Kasut by Jelly Bunny

Ni kasut hadiah dari adik aku.. Alia Azira.. ahakz.. Kasut Jelly Bunny.. Sebelum ni dok dengoo aje orang dok sebut jelly bunny jelly bunny.. Ingatkan sejenis kueh ke ape.. Rupenye kasoootttt... Ayoyoo... nampakkk takkk makcik tak ikut perkembangan fesyen kasott.. haha.. Teruja koooo aku dapat kasut ni.. Pakai pown selesa.. Thankz too adik.. hehe..

Hush Puppies

Ni kasut kedua aku dapat dari kawan opiz aku.. Hush Puppies.. Mahai kooo  kasut ni.. Tak sangka dapat hadiah kasut ni.. Haha.. Boleh pakai p keje... Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan di carik.. Ye dakk?? Pape pown thankz buat Vza.. Tahun depan kasi agik ekk.. Haha..!!

Jelly Bunny again...


Kasut ke-3 untuk aku daripada adik aku jugak.. Haisss rajin nye dia kasi adiah kat aku.. Segan lak aku.. Aku lak tak de ape boleh kasi.. Takat tudung AJ boleh la.. Haha.. Juga dari Jelly Bunny.. Tapi kasut ni sebenarnya tak sampai ke tangan aku dulu.. Gambar dulu sampai.. Tak pe la.. Bio mata dulu yang pakai.. Lepas ni leh la melaram dengan kasut-kasut ni.. Haha.. Thankz too adik again... Ahakzz... 


Read More

Pencarian Bloglist Ogos By Aisyhah Nyais

Thursday, July 28, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt

Pencarian Bloglist Ogos By Aisyhah Nyais  |  Pagi ni nak join segman by blogger Aisyhah Nyais yang ohsem ni... Blogger Aisyhah nak carik 15 blogger untuk menghiasi ruangan blogslist blog beliau bagi bulan Ogos.. Moga-moga blog aku terpilih diantara 15 blogger tersebut.. Wohaaa...!!

Jom join sekali... Farahanim... Perdu Cinta.... Mr. Is0NE....


Read More

Menang Hadiah Giveaway by Syazwani Mazlan 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Menang Hadiah Giveaway by Syazwani Mazlan 2016  |  Wohaaa..!! Mownink korang... Aku nak kongsi kegembiraan ngan koram-koram sume.. Baru-baru ni aku dah selamat terima parcel iaitu hadiah giveaway dari blogger Syazwani Mazlan... Kemain seronok lagik aku.. Haha.. Bukan senang nak menang giveaway tau.. Haha..!!


16 Jun 2016 yang lalu aku ada menyertai Giveaway by Syazwani Mazlan 2016... [ SINI ].. Tak sangka pula diumumkan sebagai salah seorang pemenang [ SINI ].. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih tak terhingga pada Wanie selaku penganjur GA tersebut.. hiks.. 

Hadiah GA yang aku menangi..

Hadiah yang aku terima sehelai shawl yang sangat cantik dan sekeping mask.. Wahhh teruja aku nak menggayakannya nanti.. 

Thankz Wanie.. :)



Read More

Jom Kurus Bersama Zinnia Inner Cleanse

Wednesday, July 27, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt..

Jom Kurus Bersama Zinnia Inner Cleanser  |  Kembali bersiaran kita ye di petang hari ni.. Hari ni sibuk betul dengan Majlis Jamuan Hari Raya kat tempat aku ni.. Macam-macam makanan dok ada... Kenyang sungguh.. Rasa tak larat nak bangun dah... Macam-macam aku bedal..  Boleh menaikkan berat badan lagi ni.. Haha..

Tapi sekarang aku dah tak risau, sebab aku dah ada teman karib yang menjaga berat badan aku dan men-slim-kan perut aku yang boncet.. Haha.. Nak tau tak siapakah teman karib aku tu?? Jom aku kenalkan pada korang.. Ahakz..

Zinnia Inner Cleanse

Zinnia Inner Cleanse.. Penah dengar tak tentang produk ni?? Ni la teman karib aku yang sentiasa menjaga dan mengawal berat badan aku.. Zinnia Inner Cleanse ni adalah produk yang diformulasikan daripada 100% rumusan herba untuk mengatasi masalah-masalah seperti berikut :-
  • Mengatasi masalah penghadaman dan melegakan sembelit
  • Mengempiskan perut.. ( ni paling penting ni.. haha )
  • Langsing dan menghapuskan Edema
  • Menghilangkan kembung perut

Fuyyoooo.. Kagum tak ngan produk ni??? Terbaikkk ohhh..!! Nak tahu apa ada dalam Zinnia Inner Cleanse ni?? Meh tengok...


Semua bahan yang ada dalam Inner Cleanse ni adalah berasaskan herba semula jadi dan telah diluluskan oleh KKM.. Ini bermakna produk ini selamat digunakan.. 



Produk ni sangat berkesan untuk aku.. Dengan pengambilan yang teratur tiada lagi masalah sembelit yang aku alami kini.. Berat badan pown dah turun sikit.. Biasa la hari raya banyak sangat juadah yang disediakan.. Makan ikut suka dan tak ingat dunia.. hehe.. Sampaikan aku timbang baru-baru ni, berat badan meningkat dengan mendadak... Pakai baju banyak yang dah ketat.. Punyalah risau aku.. 

Tapi dengan pengambilan Zinnia Inner Cleanse ni, berat badan kembali normal dan sembelit tiada lagi.. Alhamdulillah.. hehe.. Tapi aku nak tekankan disini ye... Kesan bagi setiap individu adalah berbeza ye.. Mungkin korang cepat sikit.. Aku pulak lambat sikit ke.. Haaa tengok atas individu itu sendiri... Badan manusia ni tak sama kan.. 

Keistimewaan Zinnia Inner Cleanse ni adalah ianya bukan serat atau mahupun julap, tetapi ia adalah produk kesihatan yang diperbuat daripada herba semulajadi, untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang 99% najis, sangat sesuai untuk penggunaan jangka masa yang panjang.. Hebatkann!!


Cara pengambilan Inner Cleanse ni adalah untuk sembelit korang hanya ambil 1 kapsul saje sebelum tidur.. Tapi kalau sembelit yang agak kronik, boleh la ambil 2 kapsul sebelum tidur.. Kalau kekerapan membuang air besar sebanyak 4 atau lebih, kena kurangkan menjadi 1 kapsul ye.. hehe

Ramai dah yang berjaya kurus tau dengan produk ni.. Meh aku tempekkan testimoni para pengguna produk ni kat sini.. Sila kagum dari jauh yeee...!! Haha..

Testimoni Pengguna Zinnia Inner Cleanse





Kagum takkkk?? Kalau tak kagum lagi tataw la korang ni... hehe.. Zinnia Inner Cleanse ni juga telah keluar iklannya di majalah tempatan ye.. 


Zinnia Inner Cleanse bersama Media

Produk ni dah femes sebenarnya.. Mungkin ada dikalangan korang yang tak suka baca majalah, makanya memang tataw la tentang kewujudan produk ni kan.. Haa kat sini la peranan aku memberitahu korang tentang kehebatan produk Zinnia Inner Cleanse ni... 

Kalau korang nak KURUS... Nak atasi masalah SEMBELIT yang membelenggu... Nak KEMPISKAN PERUT yang memboncet...?? Boleh la cuba produk ni... Harga??? Ohh harga aku belum kasitau ye berapa.. Harganya tidak mahal.. Murah sahaja.. Harga mampu milik yang ditawarkan pada korang semua.. 

Tu dia harganya.. Beli banyak-banyak lagik untung dik nonnnn...!! Harga normal untuk sekotak Zinnia Inner Cleanse hanya pada harga RM 68.00 sahaja... Murahkan.. !!

Harga Istimewa Untuk Pembaca Blog Lea Azleeya

Khas buat pembaca belog Lea Azleeya, korang boleh dapatkan Zinnia Inner Cleanse dengan harga yang melatop iaitu RM 60.00 sahaja sekotak dengan menggunakan code seperti dibawah semasa pembelian..

VTB009
Valid from 25 Julai 2016 hingga 30 Ogos 2016

Minat untuk membeli?? Atau nak bertanya sesuatu berkenaan Zinnia Inner Cleanse?? Haaa korang boleh contact no. seperti dibawah ni ye..

Sebarang pertanyaan atau pembelian :-


Contact No. : 019-6744 557 ( Wawa )



1 Kapsul 1 Hari Zinnia Inner Cleanse



Read More

Hadiah Giveaway Pertama Edisi Raya

Tuesday, July 26, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Hadiah Giveaway Pertama Edisi Raya | Korang dah join ke belum giveaway by blogger SYF.DEAN ni...?? Kalau belum silalah join beramai-ramai bagi memeriahkan lagik GA ni ye korang semua.. hehe.. Aku adalah salah seorang sponsor untuk giveaway ni.. Dalam GA ni aku mencari 2 orang pemenang sahaja untuk memenangi sehelai tudung bawal Aidijuma untuk setiap seorang..

Nak tengok tak corak mana menjadi pilihan aku kali ni untuk para pemenang.. Jom lihat..


Ni lah corak yang aku pilih.. Diharapkan GA ni mendapat sambutan dari para blogger malaysia dan aku berharap sangat para peserta melunaskan syarat-syarat yang ditetapkan dengan sempurna.. Jangan pula nanti, pemenang dah diumumkan tetiba syarat tak lengkap lagi diselesaikan oleh para pemenang... Tamo la cenggitu ekkk korang-korang semua... hehe..

Tarikh tutup GA ni 31 Julai 2016.. Ini bermakna masih berbaki 5 hari lagi untuk korang join yang mana belum join... Kalau nak join boleh klik banner yek.. hiks..

Babai korang.. Good Luck ye...!!



Read More

Mamypoko Pants Memudahkan Hari-Hari Ku

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Mamypoko Pants Memudahkan Hari-Hari Ku | Hi olls.. Morning..!! Aku nak tanya korang sikit ni.. Apa cabaran bagi korang dalam seharian..?? Bagi aku, cabaran hari-hari aku adalah bila nak pakaikan Qhaliff pampers.. Huwaaaa sangat lah susah hokeh..!! Sampai pengasuh dia pown dah merungut, susah sangat bila nak pakaikan pampers untuk dia.. Dia tak nak pakai.. Dok pusing sana.. Pusing sini.. Mengelak dari dipakaikan pampers..Kebiasaan bila time nak pakai pampers, mesti dia merengek.. menangis.. tak nak pakai.. Aduiii.. Naik pusing kepala aku memikirkannya.. 

MAMYPOKO PANTS PILIHAN HATI


Setelah puas berfikir jalan penyelesaian bagi permasalahan ni.. Aku buat keputusan untuk belikan qhaliff pampers jenis 'pants'.. Mudah pakai.. Sarungkan aje.. Tak payah dah nak paksa-paksa dia pakai..Terus aje nak pakai macam pakai seluar... Hehe.. Jenama yang menjadi pilihan aku adalah MAMYPOKO - Mamypoko Pants... Nak tahu kenapa aku pilih jenama ni.. Haaa meh aku kasi tau keistimewaan Mamypoko Pants ni bagi aku...


Mamypoko pants ni adalah Jenama no. 1 yang menjadi pilihan mommy-mommy di Jepun.. Haa no. 1 hokeh.. Aku ulang.. No. 1...!! Sepanjang pemakaian Mamypoko Pants ni pada Qhaliff, aku dapati Qhaliff sangat serasi dengan pampers ni.. Selesa aje dia pakai sebabnya material Mamypoko Pants ni sangat lah lembut selembut kapas dan elastik.. So, pergerakan Qhaliff sangat lah bebas dan tak terbatas.. Bila sarungkan pampers ni, ayat pertama yang keluar dari mulut aku adalah "Wahh sangat kemas dan selesa".. Serius wehh.. Pampers ni kemas sangat bila di pakai.. Tak seperti jemana-jenama lain yang pernah qhaliff guna sebelum ni.. Bila dah kemas dan rapat pada tubuh, kebocoran pown tak berlaku.. Aku sangat suka mamypoko pants...!!!


Selain tu, Mamypoko Pants ni yang bestnya dah tersedia tempat nak buka ye.. Tak perlu susah-susah nak koyak rabakkan plastik tu.. Boleh bukak kat tempat yang disediakan cam gambar kat atas tuuuu.. hehe.. Nak tahu ape lagik yang best dengan Mamypoko Pants ni?? Teruskan pembacaan yee.. hiks..


Korang nampak tu.. Dah tersedia pita penggulung (pelekat) untuk memudahkan kite gulung-gulung pampers bila dah digunakan.. Lekatkan dan buang.. wahh mudah kann... Ajaib betul.. haha..!! Kalau sesetengah jenama tu mana ada pita pelekat ni.. Mamypoko Pants ni lain dari yang lain.. Sangat memudahkan...


Mamypoko Pants adalah pilihan paling tepat bagi aku untuk mommies yang ada masalah untuk pakaikan anak pampers... Bagi anak yang lasak juga, sangat lah sesuai memakai Mamypoko Pants ni ye.. So, apa lagi mommies di Malaysia dan juga seluruh dunia, jom la bertukar kepada Mamypoko Pants ni.. Tak rugi.. Banyak kelebihan.. Serius babe...!! Jom layan gambar si Qhaliff dengan Mamypoko Pants nya..hiks..


Qhaliff bersama Mamypoko Pants..

Jom Shopping Mamypoko Pants Di Lazada


Haaa ni aku nak kasitau satu berita baik buat mommies yang kaki shopping online.. LAZADA akan mengadakan BIG BABY FAIR pada 27 - 31 Julai 2016.. Potongan sehingga 80% tau.. So, mommies sekalian jangan lepaskan peluang ni untuk shopping sakan di LAZADA dan boleh la kita memborong Mamypoko Pants banyak-banyak kan.. Rugi tak shopping ni.. hehe..


Kalau korang nak shopping dekat BIG BABY FAIR di LAZADA boleh la gunakan Code Voucer seperti di bawah ni ye bagi mendapatkan potongan sebanyak 20 % untuk pelanggan baru..

Code Voucer
20LAP20
For New Customers (20% OFF)

U Ollsssss...!!!

Lazada Big Baby Fair will be live from 27 to 31 July 2016. 
Don't miss all the great deals..!!


Read More

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

Monday, July 25, 2016

11 comments
Assalamualikum wbt..

Klik banner untuk join plzz..!!

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa  |  Bila dah tengok hadiah pown berbentuk BUKU, makanya dengan senang hati aku join giveaway by Eeca Shyaa ni.. 


Nampakkk?? 2 buah notebook.. Kalau korang nak join jugak klik banner kat atas nun yee.. Jom la memeriahkan GA ni sahabat-sahabat ku.. 

2. Kak PC

Read More

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..!!

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh | Holaaa..!! Kembali bersiaran kita hari ini setelah 2 hari bercuti.. Rindu takk?? Haha.. Ada keh yang merindui diri ini?? Ahakzz... Iskk mengarut aje aku pepagi ni ekk.. Okeh pagi ni aku nk join giveaway by blogger Spendalusuh.. Ni kali kedua dah aku sertai GA blogger ni...  

Kalau korang nak join jugak sila lah klik banner kat atas tu untuk keterangan lebih lanjut.. Leh tengok kat sana syarat-syarat mudah yang ditetapkan.. hehe.. 

Gut luck koranggg untuk aku jugak.. Haha..!!


Read More

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan

Friday, July 22, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan | Kalau bercerita tentang asma, mesti aku teringatkan Abang, Adik dan anak saudara aku yang mengidap asma... Time sakit tu datang, seksa tengok dorang 'menghadam' rasa sakit tersebut.. Pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mengubati penyakit asma mereka.. Tetapi mereka tetap juga setia dengan 'kawan karib' mereka iaitu 'inhaler'.. Bukan mudah sebenarnya untuk mengubati asma ni kan.. 


MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Korang pernah dengar tak tentang Minyak Herba Asma Mujarab?.. Haaa kalau tak pernah dengar dan  tak pernah tahu pown kewujudan minyak ni, meh aku nak kongsikan dengan korang... 

Penawar Asma - Minyak Herba Asma Mujarab

Usaha adik aku yang seterusnya untuk mengubati asma dia adalah dengan menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni laa... Dengar ceritanya, minyak ni sangat bagus untuk mengubati asma dan ramai yang dah berjaya dengan minyak ni.. Moga dengan penggunaan minyak ni akan menjadi asbab untuk abang, adik dan anak saudara aku sembuh dari asma.. Insyaallah.. Minyak ni  bukan sahaja menjadi penawar kepada penyakit asma tetapi banyak lagi khasiat minyak ni sebenarnya.. Meh aku cite...

Minyak Herba Asma Mujarab ialah minyak yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habbatussauda dan juga herba-herba terpilih. Minyak ini juga dijamin selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa.. Selain dapat mengubati asma minyak ini juga mujarab untuk :-
  • Batuk
  • Lelah/semput
  • Menghilangkan kembung perut
  • Sakit perut
  • Luka
  • Terkena Api
  • Digigit binatang berbisa
  • Sakit gigi
  • Terseliuh
  • Dan lain-lain lagi

Banyakkan khasiatnya.. Untuk aku pulak, memang aku dah lama cari minyak ni untuk kegunaan anak aku terutamanya.. Anak aku Qhaliff, kerap sangat mengalami batuk-batuk dan selesema.. Bila batuk, kahak mesti banyak dan susah nak dikeluarkan.. Budak kecik mana pandai nak keluarkan sendirikan.. Dengan minyak ni, mudah sangat kahak keluar... Senang ati aku.. Cara aku guna minyak ni :-

Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab 
  • Sebelum guna goncang dulu yee..
  • Tebuk lubang pada penutup dalam minyak supaya senang digunakan dan bolehlah jimat dengan saiz tebukan yang sederhana..
  • Sapu dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang. 
  • Sapu sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi. 
  • Guna dengan konsisten ye.. Jangan sekadar 'angat-angat tahi ayam' aje kata orang-orang tua dulu.. Kalau tak berkesan mula la salahkan minyak.. hehe..
Qhaliff juga selalu kembung perut.. Bila dia kembung perut aku sapu minyak ni dekat perut dia.. tapak kaki dan labu betis.. Tau tak labu betis kat mana?? Kalau tak tahu pergi tanye mak korang,.... haha..!! Pendek kata, minyak ni sangatlah berkesan untuk si Qhaliff ye.. Gembira hati aku.. hehe.. Pasni boleh la korang cuba untuk diri dan keluarga korang lak.. Bagus tau minyak ni.. Aku nak tempek testimoni sikit kat sini untuk rujukan korang semua..


TESTIMONI PENGGUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB







Ini beberapa testimoni yang korang boleh baca dan ramai dah menggunakan minyak ni ternyata berpuas hati dengan keberkesanan minyak ni.. Dengan izin ALLAH SWT... InsyaALLAH..


PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI
Kenapa kena pastikan original baru beli?.. Haaaa korang jangan tak tahu ye, kalau dah produk laris macam goreng pisang panas dan mujarab pulak tu, mestilah ada yang mengambil kesempatan untuk meng-klon-kan produk tersebut.. Termasuklah Minyak Herba Asma Mujarab yang ohsem ni... Dah ada yang meng-klon-kannya yee.. Sebab tu aku tekankan kat sini, kalau korang nak beli kenalah PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI..!!!! Jom, aku cite lak tentang TIRUAN dan ORIGINAL nya..

Untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan..

Peng-klon-an Peringkat Pertama

Ciri-Ciri Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN
  • Tidak berkesan
  • Minyak berbau seperti asap rokok
  • Warna jernih
  • Cair
  • Tidak berangin
  • Menggunakn 'seal' berwarna jernih

Peng-klon-an Peringkat Kedua

Licikkan dorang..!! Okeh, untuk memastikan yang original pula, setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri di belakang botol minyak tersebut... Seperti gambar di bawah ye..


Korang boleh scan QR Code tersebut dengan menggunakan smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor sisi berbeza didalam sistem..




APA LAGI YANG KORANG KENE TAHU..!!

Minyak Herba Asma Mujarab ini tidak pernah diproses melalui kilang bertaraf GMP ye.. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang pakcik tua di sebuah kampung. Ianya diproses secara "HOMEMADE" sejak 40 tahun yang lalu...

Minyak Herba Asma Mujarab ini juga didaftarkan dibawah syarikt Enterprise (SSM) yang sudah 5 tahun ber-operasi secara onlin dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali didaftarkan dibawah  Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.

Okey, korang dah tahukan perbezaan antara TIRUAN dan ASLI kan.. So, lepas ni kalau nak beli PASTIKAN YANG ORI BARU BELI ye.. !! hiks..

HARGA
RM 39.00 
Tidak termasuk pos


Untuk keterangan lanjut :-

Laman Web : Herba Asma
Laman Web : Penawar Asma
Facebook : Penawar Semput, Lelah dan Asma

Contact No. :-

Pn. Nurul (Product Owner) : 017-623 9935
En. Hafis (Bhgn. Pemasaran) : 013-480 6787


Kemana sahaja pasti bersama Minyak Herba Asma Mujarab..!!



Read More

Qhaliff Sakit Mata

Thursday, July 21, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Qhaliff Sakit Mata | Allahuakbar... Qhaliff sakit mata pulak.. Pagi tadi dia bangun tido, mata sebelah kanan dia bertahi.. Banyak sangat.. Sampai tak boleh bukak mata.. Semalam elok lagi... Tadi pengasuh call cakap memang sah qhaliff sakit mata.. Risau betul aku.. Sekejap lagi nak bawak pergi klinik.. Harapnya cepat la sembuh.. 

Korang ada tak petua untuk pulihkan sakit mata ni?? Kalau ada boleh la kongsi.. Mane tau anak korang pernah alamikan.. 

Read More

Lagu Raya Reggae : Salam Lebaran - Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS

Wednesday, July 20, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Lagu Raya Reggae : Salam Lebaran - Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS | Korang nak tau tak yang aku baru jerk tahu lagu Salam Lebaran ni dinyanyikan oleh Mark Adam.. Haha.. Sebelum ni dok dengar aje lagu ni.. Syokk punye layan.. Baru beberapa hari yang lepas aku tahu yang lagu ni dinyanyikan oleh Mark Adam and the geng.. hoho..

Aku suka lagu ni sebabnya lagu ni berentak reggae.. Aku memang peminat lagu-lagu reggae.. Biasa dok layan lagu dari kumpulan Pure Vibration la.. Kumpulan reggae paling ohsem bagi aku.. haha.. Dah minat dengan reggae, tetiba ada lak lagu raya rentak reggae memang layan arr... Kalau korang pown minat reggae, kita geng.. hehe.. Jom layan lagu ni..


SALAM LEBARAN
by Mark Adam ft Eyza Bahra & WARIS

************

Syawal telah tiba
Berkumpul kita sanak saudara
Teman-teman setia dan kasih yang di cinta

Udara hening pagi
Tak ku bising mulakan hari
Lebaran menjelma lagi
Masing-masing tampak berseri

Berdoalah kita agar dirahmati
Dengan keharmonian kasih dan cinta di hari bahagia ini

Bersamalh kita merai pemberian
Senyuman tawa riang insani

Salam hari lebaran
Sambutan kemenangan
Hari mulia untuk kita meraikan segala kebahagiaan

Salam hari lebaran
sambutan kemenangan
Hari mencipta untuk kesalahan dilupakan

Bahagia bersama
Jari disusun tanda kemaafan
Penghapus duka lara
penghubung sesama kita

Selamat hari raya
Ayuh kita semua gembira
Menziarah keluarga dan sanak saudara

W.A.R.I.S
Bongka la poit buang ghoba
Nijam dogheh poei mandi
Buju melayu dah gosok ko
Apo ekau buek malam tadi
Wan dah tanyo, bilo nak ko sojid?
Kuthbah dah mulo, nak solat ghayo
Polak den tunggu ekau tak bongka juo
Angek lak ati, kang den lak kau bonci
Ghondang itik, sodap bona
Itik eh boli kek juasseh
Dogheh bongka, dogheh bongka
Ghayo ghumah mato air
Kisah di pagi ghayo, bermacam tawo, bermacam hibo
Lomang ketupek tosodio, Apo ekau tunggu laei,
Makan..!!


Read More

Segmen VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) By Azlan Rumadi

Tuesday, July 19, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Segmen VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) By Azlan Rumadi | Join segmen again..!!! Jom sama-sama memeriahkan segmen by Azlan Rumadi ni.. Dapat jadi VVIP uolls kat blog beliau.. Ohsemm gituuu..!!

PEMENANG - PEMENANG BERTUAH
 
Pemenang - pemenang akan dipilih dan diundi melalui web Random.org
Satu blog Bertuah akan terpilih akan menjadi blog VVIP dalam blog saya dimana blog tersebut akan dipaparkan pada Banner yang telah disediakan Khas untuk pemenang.
3 blog yang terpilih akan direview dalam blog saya sepanjang bulan Julai 2016 nanti.
Keputusan akan diumumkan pada 30 Julai 2016
 
Gut luck babe..!!


Read More

Contest Doodle family Raya by Merahitujambu

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Contest Doodle family Raya by Merahitujambu  |  Contest ni agak menarik.. Jadinya aku agak teruja nak join.. Walaupown dah tahu blogger Merah Itu Jambu hanya mencari seorang sahaja pemenang.. Jom tengok syarat-syarat contest ni..

Syarat-Syarat Contest
  • Letak tajuk Contest Doodle family raya by merahitujambu
  • Letak gambar Raya anda Maximum 3 orang ahli sahaja
  • contoh 3 orang ahli merahitujambu :- mama,baba dan husnaa
  • 1 gambar yang menarik akan di pilih dan di doodlekan oleh merahitujambu
  • letakkan link anda di komen ini.
  • contest tamat bila tamatnya Raya 2016

Ni gambar raya yang aku pilih...(Ummi & Qhaliff)




Read More