Assalamualaikum wbt..
Rahsia Disebalik Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Dengan Formulasi Baru Dipertingkat & Berwajah Baru! | Woohaaaa!! Panjang berjela ohhh tajuk!! Haaa mari rapat-rapat aku nak stori mori tentang Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni dengan korang... Tentang kebaikannya.. Tentang kehebatannya.. dan tentang keOHSEMannya.. Hiks..!! Kaum hawa sila beri perhatian ye.. Haha dah cam cikgu sekolah aje aku ni..
Okeh, perkara pertama yang aku nak habaq kat korang adalah berkenaan penukaran packaging Sumber Ayu ni.. Untuk makluman pengguna-pengguna Pembersih Sumber Ayu termasuklah aku, korang jangan pulak pergi kedai nak beli Pembersih Sumber Ayu tetapi tak jumpa pulak mencarinya.. Sebab apa tak jumpa, sebabnya Pembersih Sumber Ayu dah bertukar wajah yeee.. Dah ditukar packaging nya menjadi lebih ohsem dan menarik.. Meh aku tunjuk packaging baru dan lama..
Packaging baru
Packaging lama
Nampak tak perbezaannya.. Bagi aku packaging baru ni lebih menarik.. Rasa nak minum jerk.. Haha.. Aku memang pengguna setia Pembersih Sumber Ayu ni... Sejak dulu lagik aku dah guna produk ni.. Aku suka bauan rose.. Sangatlah wangi baq hang..!! Penggunaan pembersih Sumber Ayu ni, memberi keselesaan pada aku sepanjang hari... Tu sebabla aku masih setia dengan produk ni... Tambahan pulak harganya adalah harga mampu milik membuatkan aku terus setia dengan Sumber Ayu.. Paling penting ianya HALAL ye..
Jom aku ceritakan kat korang tentang rahsia disebalik Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu dengan formulasi dipertingkat dan berwajah baru ni..
Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih dan Sihat
Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Tahukah anda??
Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.
Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan menggangu keseimbangan semulajadi, lantas mendedahkan kepada risiko jangkitan.
Wangian Rose untuk aku!!
Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim anda sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
Daun sirih bahan utama SUMBER AYU
Bahan utama ekstrak daun sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah...
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita disetiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian 6 wangian yang menarik dan pelbagai...
Jom kite terjah wangian apa yang ada??!! Kita selongkar satu persatu..!!
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ROSE
Wangian kegemaran aku ni..
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantik..
** Romantik ke aku??? Haha!!
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FLORAL
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang hari. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja..
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - GAMBIR
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ORCHID
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - MUSK
Aroma semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FRUITY
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Dah tahukan wangian apa yang ada... Lepas ni boleh la korang pilih yang mane satu sesuai dengan korang antara variasi wangian yang ada tu... hehe.. Dah tahu wangian yang ada, mesti nak tahu jugak harganya kan.. ?? Meh aku kasitau kat korang harga Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni..
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 90ML
Harga : RM 3.60
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 200ML
Harga : RM 5.80
Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.. Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan juga farmasi..
Sha pun dah dapat tapi x sempat lagi up entry.. Sha suka pakai musk.. Tapi bila bau yg fruity ngn orchid nie pun best gaj..
ReplyDeleteSuka semuanya..rasa fresh bila guna kan?
ReplyDeleteDaun sirih tetap menjadi pilihan siqah 😍
ReplyDeleteKinah pakai fruity. Memang best
ReplyDelete