Design T-Shirt Sendiri Di Printcious.My

Monday, October 24, 2016

Assalamualaikum wbt..

Design T-Shirt Sendiri Di Printcious.My  |  Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi akibat anak tak sihat.. hehe.. Sepi aku tak de la sampai sepi sekuntum mawar merah.. Cuma sepi seorang perindu aje,.. Sebabnya aku masih munculkan diri dengan menjoinkan diri dalam segmen mahupown Giveaway yang kengkawan seangkatan anjurkan.. Hiks..

Oke lah..!! Bukan tu yang aku nak bercerita malam ni sebenarnya.. Yang aku nak ceritakan disini adalah tentang baju T-shirt yang aku DIY di Printcious.my satu ketika dulu.. Kenapa aku cakap 'suatu ketika', haaa sebabnya baju ni dah sampai ke tangan aku dah lama.. Cumanya aku aje yang tiada masa terluang yang panjang untuk update kisah ni... Hiks.. Malam ni agak lengang, so boleh la aku upkan entry ni.. Jom baca kisah DIY aku selanjutnya..


Bermulanya aku diperkenalkan dengan Printcious ni, aku dah mula ketagih untuk menDIYkan koleksi produk yang ada di laman web Printcious.. Semuanya menarik bagi aku.. Pengalaman pertama aku membeli di printcious ni boleh baca di SINI dan SINI... Firstime nak pilih barang tu pown dah rambang mata tataw nak pilih yang mana satu.. Rasa nak beli semua aje.. Dah bila terjebak dengan keseronokan menDIY barang sendiri, aku jadi teruja untuk membuat tempahan untuk kali keduanya.. Baca SINI.. Dannn untuk sekian kalinya, buat kali ketiga aku memilih untuk menDIYkan T-shirt yang sememangnya dah menjadi perhatian aku sejak pertama kali aku dok usha laman web Printcious ni.. Hehe.. Okeh, jom tengok hasil yang aku dah DIYkan.. 


Ni corak baju yang aku DIY tu.. Eceli gambar pada baju ni aku amek dari google aje sebenarnya.. Aku suka design ni.. Siapa lah agaknya yang cipta design ni ye... Credit untuk beliau.. Hiks.. Aku cuma tambah perkataan "Rasta Chenta" itu aje.. Ahakz.. Banyak kenangan dengan nama "Rasta Chenta" tu.. Sebab tu la aku abadikan nama tu dalam baju ni.. Selain tu, pemilihan corak ni adalah kerana aku minat muzik reggae.. Huhu..

T-shirt ni adalah dari material kain jersi.. Pada asalnya aku ingat cotton t-shirt.. Bila sampai, rupanya jersi.. Tapi best pakai tak panas.. Seperti biasa, bila beli baju T aku mesti beli saiz L.. Besar sikit.. Baru selesa nak pakai.. Tak gitu??


Apakah??

Haaaa inilah magnet fridge... Magnet Fridge ini ajaib tau.. Apa yang ajaib tu?? Haaaa mane tak ajaibnya, magnet fridge ni ada dwifungsi... Boleh dijadikan pelekat peti dan dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai pembuka botol.. Hebat tak?? Meh aku tunjuk sikit bagaimana rupa bentuk yang sebenarnya bende alah ni..

Magnet Fridge

Pembuka penutup botol

Hebatkan.. 2 dalam 1... Boleh dijadikan hiasan peti dan berguna bila nak bukak penutup botol.. Okeh, untuk gambar magnet fridge ni juga aku guna gambar yang sama.. Sebab apa?? Sebabnya AKU SUKA GAMBAR TUUUUU!!.. Haha.. Cuma di magnet fridge ni aku tak masukkan perkataan "Rasta Chenta"... 

Hiasan peti aku

Untuk kali ni aku shopping 2 barang sahaja.. Ada beberapa barang lagi yang masih dalam list aku untuk aku beli.. Insyaallah kalau ada modal lebih nanti, aku akan merealisasikan impian aku tu.. Cewahhh,.. Impian bagai.. Tak mudah ye k0 Lea.. haha..


Sempena Halloween Day ni, Printcious menawarkan diskaun sehingga 30% dengan menggunakan Code Voucher : HALLOWEEN semasa pembelian dan Code Voucher tersebut sah sehingga 31 Oktober 2016... Masih berbaki 7 hari lagi.. Kalau korang rasa atau ada plan nak kasi hadiah dekat orang tersayang, korang boleh la cuba-cuba jengok laman web Printcious ni.. Mana lah tahu kowt-kowt korang dapat idea nak DIYkan hadiah korang tu kan.. Baru lah rasa hadiah tersebut lebih bermakna untuk dihadiahkan kepada seseorang.. Nak-nak lagi kasi pada yang kita paling sayang... Fuhhh memang hadiah tersebut ada sentimental value la jawabnya..

Select a category to shop!!

Antara produk atau material yang ada di Printcious ialah :-


Banyak kan..!!  Pelbagai pilihan ada.. Semuanya menarik.. Antara yang dah aku DIYkan adalah Mug, Canvas, Cushions, T-Shirt dan Magnet Fridge... Magnet Fridge yang aku order tu dalam kategori Button Badges ye.. Hiks.. Kang korang pelik pulak, tak de kategori magnet fridge.. Hehe..

Oke lah.. Takat ni saja aku nak bercerita tentang baju dan magnet fridge aku yang terlebih ohsem dan terlebih bermakna bagi aku tu... Lain kali kalau aku bershopping lagi di Printcious aku akan up lagi entry kasi korang semua jeles.. Haha.. Jeles ke?? Tok sah jeles la.. Korang pown boleh buat kalau korang nak kan... So, apa yang korang menungkan lagik tu.. Jom la terjah laman web Printcious ni.. Hadiah korang akan lebih bermakna bila korang menDIYkan hadiah korang di Printcious... Bak kata pepatah Printcious sendiri "Printcious Gift From Your Heart"...


WHERE TO DIY AND BUY???




"Precious Gift From Your Heart"


3 comments: