ENCHANTEUR PARIS Rahsia Kulit Cantik Dan Pesona Diri Yang Memukau

Saturday, October 29, 2016

Assalamualaikum wbt..


ENCHANTEUR PARIS Rahsia Kulit Cantik Dan Pesona Diri Yang Memukau  | Nahh!! Sebut aje Enchanteur Paris, siapa yang tak kenal kan dengan jenama yang 'besar' ni.. Aku yakin dan sangat-sangat pasti yang semua pown tahu akan kewujudan dan kehebatan jenama ni.. Mana tak nya, liputan yang meluas tentang jenama ini, di TV, majalah malahan di papan-papan iklan yang terpacak di bandar-bandar pown ada.. Pendek kata jenama Enchanteur Paris ni memang tak asing lagi di Malaysia... Dah berpuluh-puluh tahun jenama ini bertapak di dalam pasaran Malaysia dan sehingga kini masih terkenal dan mempunyai berjuta-juta pengguna.. Termasuklah aku sendiri memang menggunakan produk rangkaian Enchanteur Paris ni..

Aku pengguna Mandian Enchanteur Paris yang setia.. Aku suka sangat dengan harumannya.. Wangi gile kowt!! Selain haruman yang sangat wangi, Mandian Enchanteur Paris ni juga tak melekit seperti mandian-mandian dari jenama yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Panjang pulak aku membebel yek.. Oke la, jom aku kenalkan korang dengan lebih dekat tentang Enchanteur Paris ni..



Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHENTEUR PARIS


Kalau korang nak tahu, ENCHANTEUR PARIS ni adalah sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis dan rangkaian produk penjagaan peribadi yang juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari.. 

Dengan keadaan cuaca negara kita yang agak panas sekarang ini serta gaya hidup yang terlalu sibuk aku yakin setiap wanita di Malaysia ni pasti memilih untuk memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit meraka setiap hari serta mengenakan deodarant untuk keyakinan diri.. Betul tak?? 

Oleh sebab itu lah, Enchanteur Paris telah mengeluarkan rangkaian wangian penjagaan badan dengan 3 variasi wangian yang memukau.. Jom tengok yang mana satu menjadi pilihan aku..!!

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian  Enchanteur Paris Mon Amie

Rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie ini diinspirasikan dari keceriaan saat-saat yang indah sebuah persahabatan... Wangian yang menceriakan ini sangat sesuai digunakan ketika bersantai mahupun ke pejabat.. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan ini diadun indah untuk dipadankan dengan Light & Fresh Parfum Lotion Enchanteur Paris Mon Amie....

Enchanteur Paris Mon Amie ini turut menawarkan Double Moisture Parfum Serum. Ianya diperkayakan dengan Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie..

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant Enchanteur Paris Mon Amie atau Parfum Deo Mist Enchanteur Paris Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari...

Pilihan aku dalam rangkaian wangian penjagaan badan Enchanteur Paris Mon Amie??

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant 
Enchanteur Paris Mon Amie

Kenapa aku pilih Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant Enchanteur Paris Mon Amie ni??

Haaa kalau korang nak tahu, deodarant pilihan aku ini berasaskan losyen tau yang dapat memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam.. Aku ulang, PERLINDUNGAN BAU SEHINGGA 72 JAM!! dan anti peluh sehingga 24 jam.. Aku ulang lagi sekali ANTI PELUH sehingga 24 JAM!! hehe..

Ianya dapat mengekalkan kesegaran pangkal lengan dan memastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin.. Didalamnya pula terdapat butiran kristal mentol yang dapat memberikan rasa kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan kita rasa selesa...

Harga
50 ML  -  RM 8.70



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour


Rangkaian EnchanteurParis Belle Amour

Rangkaian Enchanteur Paris Belle Amour pula menggambarkan bibit-bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar sepadan dengan packagingnya yang berwarna pink itu... Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang.. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Triple Whitening Parfum Lotion Enchanteur Paris Belle Amour yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa yang panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3..

Dengan Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodarant Enchanteur Paris Belle Amour pula, dapat mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda.. Manakala dengan Parfum Deo Mist Enchanteur Paris Belle Amour, haruman dapat dikekalkan sepanjang hari..


Pilihan aku dalam rangkaian wangian penjagaan badan Enchanteur Paris Belle Amour??


Triple Whitening Parfum Lotion Enchanteur Paris Belle Amour


Kenapa aku pilih lotion belle amour ni?? Why???

Triple Whitening Parfum Lotion dibawah label Bella Amour ni menjadi pilihan aku kerana ianya dapat memberi manfaat pencerahan 3 kali ganda... Wow 3 kali ganda tu!! Lotion ni direka dengan kombinasi 3 ejan pencerahan iaitu dari ektrak Likouris, ekstrak Sakura dan juga Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona tidak sekata.. 

Ekstrak Likouris dan ekstrak Sakura dalam lotion ni dapat mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.. Manakala Vitamin B3 pula bukan sahaja dapat mencerahkan kulit bahkan dapat memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Sebenarnya, dengan kombinasi ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan bukan 3x ganda manfaat pencerahan malah 5x ganda manfaat pencerahan dapat diberikan... Terbaikkk!!

Kebiasaannya, kita ni sebagai wanita selalu sangat menghadapi masalah kulit gelap dan tak sekata kan..!! Paling ketara dekat bahagian belakang leher, lutut dan juga siku.. Betul tak?? Dengan menggunakan lotion ni, korang bukan saje dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tau tetapi lotion ni dapat juga memberikan seri kepada kita dengan haruman wangian Belle Amour ni.. Best kan?? Jom tengok harganya pula..

Harga
RM 7.50  -  100 ML




ENCHANTEUR PARIS Adore

Rangkaian Enchanteur Paris Adore


Rangkaian Enchanteur Paris Adore ini adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting.

Antibacterial Care Parfum Lotion Enchanteur Paris Adore berfungsi bagi memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang kekal berpanjangan..

Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodarant Enchanteur Paris Adore pula memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan, melindungi kulit dan terasa segar.. Manakala Parfum Deo Mist Enchanteur Paris Adore dapat memberikan haruman yang semerbak, memukau dan menyegarkan...

Pilihan aku dalam rangkaian wangian penjagaan badan Enchanteur Paris Adore??

Parfum Deo Mist Enchanteur Paris Adore

Pilihan aku untuk rangkaian Adore adalah Parfum Deo Mist... Korang rasa, kenapa aku pilih Parfum Deo Mist bagi rangkaian Adore ni?? Hehe.. Mesti korang tak tahukan kenapa?? Meh aku kasi tau..

Ianya hanya satu sebab..

Aku pilih Parfum Deo Mist Adore ini kerana semburan pewangi ini dapat memberikan aku keyakinan yang berpanjangan sehingga 24 Jam.. Haaa tu dia.. Lama tu.. hehe..

Harganya berapa daaaaaa??

Harga
RM 10.10  -  100 ML

Okeylah.. Sampai sini aje la ye aku bercerita tentang produk yang ohsem, Enchanteur Paris ni.. Produk yang menjadi pilihan aku pown korang dah tahu... So, kesimpulan yang aku boleh buat kat sini adalah aku dah JATUH CINTA sekali lagi dengan rangkaian wangian penjagaan badan Enchanteur Paris ni.. Haruman yang tak boleh dapat dimana-mana.. Hanya ada pada Enchanteur Paris.. 


WHERE TO BUY???


Dekat mana nak beli produk Enchanteur Paris ni??

Haaa rangkaian produk penjagaan peribadi Enchanteur Paris ini boleh didapati di semua rangkaian pasaraya, pasaraya besar dan farmasi..

Berapa harga untuk setiap rangkaian produk Enchanteur Paris ni??

Untuk harga rangkaian produk Enchanteur Paris ni pula, korang tak perlu risau kerana harga bagi setiap produk adalah HARGA MAMPU MILIK... Tak percaya, jom tengok senarai harga dibawah :-

MON AMIE

Double Moisture Parfum Serum
RM 7.90 ( 85 ML )
RM 18.00 ( 275 ML )

Light & Fresh Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )


BELLE AMOUR

Triple Whitening Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )


ADORE

Antibacterial Care Parfum Lotion
RM 7.50 ( 100 ML )
RM 16.95 ( 300 ML )

Whitening & Shooting Parfum Anti-Perspirant Deodarant
RM 8.70 ( 50ML )

Parfum Deo Mist
RM 10.10 ( 100 ML )


Murahkan!! Lepas ni boleh la serbu pasaraya yang berhampiran.. Kita pakat borong produk Enchanteur ni ye.. Hehe.. Boleh juga dijadikan hadiah buat yang tersayang.. Romantik gituuu!!


Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :-

Website

Facebook





"Create Magical Moments Every Day"




6 comments:

  1. Bonde suka bau losyen pink tu.. soft dan wangi.. i like

    ReplyDelete
  2. Favourite brand! Hehehe

    Jemput join giveaway saya! Hadiah Shade Dough [Lip Bait] Hanis Zalikha utk 5 pemenang!
    http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

    ReplyDelete
  3. bestkan enchanteur ni, zaman sekolah dulu pakai bedak ni la pegi sekolah, wangi je..

    ReplyDelete
  4. berkenannya siqah tengok!! SUka produk enchanteur. Siqah guna perfume je, yang lain tak pernah cuba lagi. Boleh try lah pasni :D

    ReplyDelete
  5. SA agak skeptikal sebelum ni..tp bila dh guna sendiri..ok i ngaku..produk ni setanding dengan jenama antarabangsa lain...

    ReplyDelete