Assalamualaikum wbt..
Kenapa Tudung Bawal Yang Menjadi Pilihan? | Petang ni aku nak kongsikan dengan korang kenapa tudung bawal menjadi pilihan aku berbanding tudung-tudung jenis lain... Okeh, aku cite sikit ye bila bermulanya aku terjebak agak serius dengan tudung bawal ni.. Sebetulnya, mula firstime kerja aku memang dah pakai bawal ni.. Tapi time tu tengah femes bawal yang ada batu batan dekat tepi tu.. Entah apa nama pown aku tak tahula.. Yang aku tahu orang selalu sebut bawal no.1.. bawal no. 2.. Gitu le gayanya..
Lepas pada tu, tudung express pulak muncul dan terfemes.. Aku pown mula terjebak dengan tudung express pulak dan tinggalkan zaman tudung bawal buat seketika.. Sampailah satu tahap aku kenal dengan tudung Aidijuma beberapa tahun yang lepas.. Maka aku terus terjebak secara serius yang menyebabkan kepada pengumpulan tudung AJ secara besar-besaran.. Haha.. Aku dah tahap kronik time tu beli tudung AJ.. Sampai bertimbun-timbun.. Sebab AJ keluar design baru hampir setiap minggu.. Mane tak gile meroyan aku... Virus AJ time tu agak teruk.. Akulah salah seorang mangsanya.. Haha..
Koleksi Bawal aku.. Mungkin dah bertambah lagi jumlahnya..
Oke, kenapa aku pilih bawal berbanding tudung-tudung yang lain?? Ni jawapannya..
KELEBIHAN TUDUNG BAWAL
Senang dipakai/dikenakan
Pakai bawal ni bagi aku sangat mudah.. Tak perlu berlama-lama depan cermin.. Berbanding dengan shawl.. Siap kene lilit-lilit dan banyak pin.. Kengkadang aku layan jugak shawl tetapi time aku rajin dan time aku tak perlu solat.. Hehe.. Kalau bawal ni mudah, dah siap solat mudah aje nak pakai.. Tak perlu masa yang lama untuk mengenakannya..
Boleh dipelbagaikan gayanya/Kepelbagaian fesyen
Bawal ni juga boleh dipelbagaikan gaya dan fesyennya.. Kebanyakan aku tengok ramai yang suka pelbagaikan fesyen bawal ni.. Tapi bagi aku pulak, aku lebih selesa pakai macam biasa aje.. Tak pandai sangat nak berfesyen-fesyen bagai.. Hehe..
Dah cam kumpulan nasyid tu..
Pengawas sekolah tingkatan 6
Labuh yang boleh diselaraskan
Ini yang paling penting.. LABUH..!! Kenapa aku suka pakai cam biasa-biasa ni adalah sebab pakai camni ofkoslah untuk dapatkan kelabuhannya itu.. hahaa.. Selain tu aku memang tak pandai nak pakai fesyen pelik-pelik ni... Hehe.. Oldskul makcik ni nakkk!! Bawal ni best sebab labuhnya boleh dilaraskan.. Nak labuh camne..?? Haaa boleh diejas sendiri.. Hiks..
Selesa
Selain tu ianya sangat selesa dengan materialnya yang sejuk.. Kalau kite pilih baju pown kite mesti pilih dari material yang selesa dan sejuk kan... Inikan pula tudung yang nak pakai atas kepala, lagi la nak kena yang selesa.. So, bawallah tudung yang paling selesa bagi aku...
Lebih Muda
Hahahaha aku gelak dulu.. Yang ni tataw la betul ke idokkk ye.. Tapinya ramai yang berpendapat cenggitu.. So, aku grab jugak la pendapat ni untuk dimasukkan dalam senarai ni.. 'Lebih muda' tu terlalu subjektif.. Ianya atas pendapat masing-masing.. Bak kata orang atas mata korang sendiri menilainya..
Jimat Masa
Yang ni ofkos tepat!! Jimat masa.. Lipat 3 segi terus pakai dan pin.. Setel.. Tak yang nak mengadap cermin lelama.. Betul tak??
Luv choc!!
Sesuai dengan semua bentuk muka
Marilah bentuk muka camne pown, akan sesuai dengan tudung bawal ni.. Kerana tudung bawal akan terbentuk mengikut bentuk muka kita.. Pakai senget benget pown masih cute lagik nampak.. Haha.. Boleh gitu ekk??
Harga murah
Paling best tudung ni harga murah aje.. Tak yah la dikire tudung bawal yang beribu tu ye sebab yang tu di luar kemampuan.. Aku cerita ni yang murah-murah aje di pasaran yang mampu dibeli.. Contohnya AJ, AQ, Kekaboo dan paling murah kangaroo.. So, harga bawal ni memang tak membebankan hokek!! Itu hakak suka..!!
Pelbagai corak
Dulu-dulu mungkin bawal dijual hanya plain sahaja.. Sekarang ni pelbagai corak dah dok ada.. Naik gile nak pilih... Rambang mata.. So, bawal sekarang dah banyak pilihan dan lebih seronok nak pakai dengan pelbagai corak yang up to date..!!
Itu sajelah pendapat aku tentang bawal kesayangan aku ni.. Aku dan bawal dah tak dapat dipisahkan.. Haha.. Korang camne lak?? Apa tudung yang menjadi kegemaran korang?? Sama dengan aku tak?? Jom la kongsi cerita...
banyaknya tudung bawal kak lea.. hehe. boleh buat koleksi da.. smua corak cantik!
ReplyDeletealamak, sy kalau pakai tudung bawal lagi ambil masa sbb susah nk jadi, hahaha...selalu pakai shawl je, tp......instant shawl, kekeke. (pemalas)
ReplyDeleteAssalamualaikum Lea,
ReplyDeleteBanyak sungguh koleksi tudung bawal Lea.. Memang sesuai sgt Lea dgn tudung bawal, nampak ayu & sweet sgt.. :-)
Lama dah tak pakai bawal.. Sha sekarang pakai tudung sarung je..
ReplyDeleteShawl sesekali..
PEMINAT AJ NIE...KITA GENG HIHI
ReplyDeletewah..tuannya comey betul
ReplyDeletebanyaknya! saya pun suka tudung bawal. tapi kat tempat saya tak byk jual yg murah dan jenis kain pun agak limited. sy suka kain yg agak keras sikit dan tak lembik sbb senang guna untuk yg pakai spek mcm saya huhu!
ReplyDeletebanyak nya!!! sama la Unni pun jenis tudung bawal je bnyak.. AJ memamng best guna orang ckp la sbb Unni x penh guna Aj pun.hihihi
ReplyDeleteTudung bawal ni selain dari pada jawapan diatas nampak sopan skit bila tgk
ReplyDeleteBab nampak lebih muda tu reen setuju sangat. Hihihi
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian tudung Saya pun Nak belikan untuk seseorang
ReplyDeleteIzzat
https://izzatsabyan.com/blog/5-cara-hilangkan-jerawat-dengan-mudah/