Assalamualaikum wbt..
9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah | Seram pulak tengok gambar dekat atas ni.. Sakit.. pedih.. ngeri.. Hadoiiii.. Seksa wooo kalau bibir pecah dan kering... Sebelum terjadi, baik kita cegah.. Huhu... Macam mana nak cegah... Jom ikut petua ni..
9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering
GULA + MADU
Campurkan 2 sudu gula dan satu sudu madu.. Letakkan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit.. Lepas tu, gosok bibir perlahan-lahan dengan menggunakan jari bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir... Kemudian bersihkan dengan air suam..
MADU
Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.. Selain itu, boleh juga mencampurkan madu dan glycerin, kemudian letakkan pada bibir sebelum tidur.. Madu adalah pelembap semulajadi yang mempunyai antibakteria dan membantu untuk merawat bibir kering dengan pantas..
KELOPAK ROS + SUSU
Basuh segenggam kelopak ros menggunakan air... Rendam dalam susu selama beberapa jam.. Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.. Sapukan ia pada bibir kering sebanyak 2 atau 3 kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.. Kelopak bunga ros ini dipecayai boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir serta warnanya...
MINYAK KELAPA
Letakkan minyak kelapa pada bibir beberapa kali sehari.. Boleh juga mengunakan minyak zaiton atau minyak biji sawi.. Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi membantu merawat bibir kering yang disebabkan oleh cuaca sejuk mahupown panas..
KRIM SUSU
Sapukan krim susu segar pada bibir dan biarkan selama sepuluh minit.. Kemudian bersihkan bibir dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam air suam.. Amalkan rawatan ini setiap hari agar bibir pulih dengan pantas.. Krim susu yang kaya dengan lemak adalah pelembap bibir semulajadi yang terbaik..
LENDIR LIDAH BUAYA
Letakkan sedikit lendir lidah buaya pada bibir setiap hari... Ianya dapat membantu melegakan kesakitan dan melegakan kesakitan.. Mungkin lidah buaya mempunyai rasa dan bau yang kurang menyenangkan, tetapi ianya banyak kebaikannya.. Kebaikan lidah buaya dalam rawatan bibir kering ini sememangnua telah diketahui keberkesanannya..
TIMUN
Sapu timun yang dihiris halus pada bibir agar jusnya terkena pada setiap bahagian.. Biarkan selama 15-20 minit.. Kemudian basuh dengan air.. Amalkan petua ini beberapa kali dalam sehari.. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk rawatan bibir kering..
JELI PETROLEUM
Cara ini ramai yang guna.. Letakkan jeli petroleum pada bibir setiap hari.. Sapukan juga sebelum tidur agar bibir kekal lembap pada waktu malam.. Selain itu, dengan meletakkan sedikit madu pada bibir dan biarkan beberapa saat, kemudian sapukan jeli petroleum pula.. Biarkan selama beberapa minit dan basuh menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air.. Lakukan 2 kali sehari..
AIR
Pengambilan air yang cukup boleh membantu mencegah dan merawat bibir kering.. Penting untuk kita minum air dalam kuantiti yang mencukupi agar badan kita kekal hidrasi.. Selain itu, air juga mempu membuang toksin dalam badan...
Oke, itulah sahaja petua mengatasi masalah bibir kering yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang... Korang pilihlah yang mana korang rasa sesuai dengan bibir korang tu.. Mungkin setiap orang tak sama keserasiannya dan keberhasilannya.. So, cubalah ye.. Yang penting usaha.. Hiks..
Selamat mencuba..!!
Yg buat vaselline and air je. Pastu klau pkai lipstik pn cr yg lmbab :)
ReplyDeleteSUKE TUL NGN LEA NI BANYAK PETUA2..
ReplyDeleteada masa bibir cik renex pun kering.
ReplyDeletenanti nak cuba letak minyak masak. selalu ltk lidah buaya tu. memang menjadi.
salam perkenalan
ReplyDeletemmm selalu kena bibir kering ni nak pulak kerja dalam aircond...thank for info..
Lea,,yang timun tu akak pernah cuba...sejuk je..kalau serasi cepat pulih bibir yang kering tu..
ReplyDeleteDik...
ReplyDeletePada suatu masa dahulu bukan ada mengatakan yang vaseline tu dok halal???
selalu alami masalah ni, tq for the tips :)
ReplyDeletejemput singgah dan komen www.neezalife.com
Sha minum air banyak je. Tapi yg guna kelopak Rose tu cam menarik je..
ReplyDeletekbykan org akan guna vaselline. phew sakitnya tu kalau bibir kering! even luka sikit pun sakit!
ReplyDeleteBagus tips ni.
ReplyDeleteCuaca panas & hujan sekarang ni memang ramai yang ada masalah batuk, bibir kering, berkuping & ulser