Assalamualaikum wbt
Caj Wad Dan Rawatan Hospital Kerajaan Naik Mulai Januari 2017 | Ping!! Naik lagi... Terkini, caj wad dan rawatan hospital kerajaan pula dinaikkan bermula 1 Januari 2017.. Berita tentang kenaikan kadar bayaran hospital ini telah pown disahkan oleh Menteri Kesihatan sendiri..
Kenaikan Caj Wad Tidak Menjejaskan 1.97j Pesakit
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kenaikan caj perkhidmatan wad dan rawatan bagi kelas pertama dan dua pada 1 Januari 2017 tidak akan memberi kesan kepada pesakit kelas tiga yang mewakili 1.97 juta daripada dua juta jumlah keseluruhan pesakit di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan hanya memberi kesan kepada 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang kebanyakannya merupakan golongan berkemampuan.
Katanya, ketetapan itu dibuat berikutan tiada kenaikan caj dilakukan sejak 34 tahun lalu, selain kerajaan mahu mengurangkan pembiayaan subsidi kepada pesakit berkemampuan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa peratus kenaikan caj perkhidmatan wad akan dikenakan.
“Kenaikan caj seperti yang dilaporkan di surat khabar kebanyakannya cuma berlaku pada kelas pertama dan separuh daripada rawatan yang diberikan di kelas dua. Dari dahulu lagi perkhidmatan di kelas satu dan dua perlu dibayar, kita tidak menaikkan kadar bayaran untuk jangka masa panjang lebih kurang 30 tahun.
“Walaupun tiada kenaikan caj, kerajaan masih menyediakan subsidi yang tinggi untuk perkhidmatan kelas satu dan dua, oleh itu, kami perlu pastikan kumpulan miskin serta berpendapatan rendah diberikan keutamaan. Prinsip menjaga kebajikan rakyat tetap terpelihara walaupun berlaku kenaikan caj,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Akhbar hari ini melaporkan Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan kelas satu dan dua di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini.
Kenaikan tersebut didakwa turut melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri, namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas tiga, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.
Subramaniam menjelaskan, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua adalah individu berkemampuan dan mereka berminat mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mungkin kerana faktor doktor yang merawat mempunyai kredibiliti tinggi.
“Mungkin caj yang dikenakan kepada pesakit terbabit boleh membantu hospital untuk mendapatkan ubat tambahan bagi pesakit kelas tiga,” katanya.
sumber : Utusan Malaysia Online
Kenaikan sebanyak 50 peratus ini hanya melibatkan Kelas Petama dan Kelas Kedua sahaja.. Bagi Kelas ketiga pula tiada kenaikan yang dikenakan... Jom tengok caj apa yang dinaikkan..
Banyak juga yang naik tu ye... Lepas ni kenalah menabung awal-awal buat persediaan kalau nak duduk di kelas pertama atau kelas kedua kan.. Kalau tak, kita pilih ajelah duduk di kelas ketiga... Sama jerk kowt.. Cumanya kelas pertama dan kedua tu lebih selesa la sikit..
Banyak juga yang naik tu ye... Lepas ni kenalah menabung awal-awal buat persediaan kalau nak duduk di kelas pertama atau kelas kedua kan.. Kalau tak, kita pilih ajelah duduk di kelas ketiga... Sama jerk kowt.. Cumanya kelas pertama dan kedua tu lebih selesa la sikit..
Makin lama makin mengarut je dunia sekarang..
ReplyDeletekerajaan tkde duit eyh nk tlg rakyat? gst duk declaire berbilion tu mane p?
ReplyDeletekebanyakan untuk kelas pertama dan kedua je.. :D
ReplyDeletesalam singgah dari blog www.neezalife.com
semua benda naik ....apa la nak jadi gov nie..
ReplyDeleteemmm makin menjadi2 da kenaikan ni:(
ReplyDeleteNaik je.. Turunnya tak tau bila..
ReplyDeleteishh3..
ReplyDeletemalaysia bolehhh huhuhuhu
ReplyDeleteHoapital putrajaya caj rawatan mmg hanya ada kelas pertama je.. x de pun kelas kedua dan ketiga.. kata boleh buat pilihan.. saya bukan org kaya.. terpaksa bayar untuk caj kelas pertama.
ReplyDelete