Gangguan Bekalan Air Di Kuantan

Thursday, November 3, 2016

Assalamualaikum wbt..


Gangguan Bekalan Air Di Kuantan  |  Masalah gangguan bekalan air ni sebenarnya dah lama.. Hari tu dekat dengan seminggu lebih juga air tak de.. Kalau ada pown sekejap-sekejap aje tetapi sangatlah halus dan slow airnya.... Baru dua tiga hari lepas ada air, tetiba hari ni terputus lagi bekalan air.. Hadoiii.. Tataw apa masalahnya.. 

Aku tengok juga dalam berita tv kowt-kowt lah ada berita tentang masalah air di kuantan ni.. Tak de pulak beritanya.. Atau aku yang tak perasan?? Masalah gangguan air di Selangor ada la.. Hurmmm.. Tadi aku p jengok jugak dekat FB Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kowt-kowt ada notis tentang gangguan bekalan air di kawasan aku ni.. Hurmm Tak de pulak.. Ke aku tak perasan sekali lagi?? Hadoii.. 

Notis untuk ganguan bekalan air berjadual bagi daerah kuantan hanya yang ini terbaru di apdet 13 jam yang lepas...



Adakah kawasan aku ni termasuk kawasan sekitar bagi paya bungor, semuji, resort semuji dan kawasan sekitarnya itu?? Tapi aku tinggal area pandan.. Jauh kowt dari tempat tu.. Adehh buntu aku dibuatnya.. Susah ohh tak de air.. Nak masak susah.. Nak Basuh kain baju susah.. Nak basuh pinggan mangkuk susah.. Pendek kata semua kerja jadi tergendala.. 

Sape-sape yang tinggal di kuantan, kowt-kowtlah ada info tentang masalah ni, leh la kongsi dengan aku ni haaaa yang berkurangan informasi ni.. Adehh.. Hakak terkonfius sekejap dekkk..

Aku harap masalah gangguan bekalan air ni dapat di selesaikan dengan secepat mungkin oleh PAIP dan sekiranya betul-betul tak dapat dielakkan, mohon agar pihak PAIP keluarkan notis yang jelas bagi kawasan yang terlibat... Tak de la kitorang tertanya-tanya kenapa dan mengapa... ye dak??!!



4 comments:

  1. Sedih kalau bekalan air terputus ni..rasa serba tak kena nak buat kerja rumah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nasib baik tak kena tempat saya. Kalau tak memang siap-siap kena tadah air laa jawabnya :)

    http://minimeyra.blogspot.my/2016/11/promosi-shaklee-november-2016.html

    ReplyDelete
  3. Alamakk...Sabtu ni saya nak pergi Kuantan.. Harap2 masalah bekalan air ni cepat selesai..

    ReplyDelete
  4. kalau da bekalan air tputus apa pun tak jadi

    ReplyDelete