Jom Cuba!! 5 Resepi Air Detox Yang Menyihatkan

Wednesday, November 9, 2016

Assalamualaikum wbt..

sumber pic : google

Mesti Cuba!! 5 Resepi Air Detox Yang Menyihatkan  |  Gigih aku mencari resepi air detox ni.. Biasa dengar orang bercerita aje tentang air ni.. Kali ni aku cari resepi nak cuba buat sendiri.. Tengok la nanti sama ada aku boleh telan atau tak air ni.. Haha.. Kire macam cabar diri jugak la ni.. 

Kenapa orang beria sangat minum air ni?? Apa yang istimewanya air ni?? 

Okeh, apa yang aku tahu, tubuh badan kita ni memerlukan banyak air iaitu lebih kurang 70% air.. Sebab itulah kita disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas sehari atau 2 hingga 3 liter sehari... Bila kita minum air yang mencukupi, ianya dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh kita sekaligus akan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus.. Lagi best, kulit akan kelihatan sentiasa lembap dan berseri.. Bukan kulit aje dapat manfaat tetapi rambut juga akan menjadi kuat dan bersinar..

Larat ke kita nak habiskan air sebanyak itu seharian.. Kalau yang memang suka minum air masak mungkin boleh.. Tapi kalau macam aku ni, yang susah nak minum air masak.. Haha.. Alamatnya, tak berdetox mane la.. Sebab tulah aku nak cuba pelbagaikan rasa air ni, supaya aku lebih teruja untuk minum air dengan lebih banyak.. 

Jadinya, sesambil dah mencari dan memilih resepi air detox ni, nak jugalah aku kongsikan dengan korang semua.. Mane tau kowt-kowt korang pown tengah mencari resepi air detox ni kan.. Boleh la kita mencubanya bersama..




KELEBIHAN MENGAMALKAN AIR DETOX
  • Membantu kuruskan badan secara sihat
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mencairkan lemak
  • Membantu sistem pencernaan dan penghadaman berjalan lancar
  • Mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Mengawal selera makan
  • Memperkukuhkan sistem imun tubuh
  • Menurunkan kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • Pemulihan dan pembinaan semua sel dalam tubuh
  • Membantu merawat pedih ulu hati
  • Merawat stress dan sakit kepala
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri

5 Resepi Air Detox Menjadi Pilihan




LIMAU NIPIS + OREN + LEMON

Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula dapat membersihkan sistem pencernaan.. Sangat berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit

Cara penyediaan :-

1/2 biji limau nipis, 1/2 biji oren dan 1/2 biji lemon dihiris dan direndam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong...  Boleh juga ditambahkan dengan daun pudina jika suka... Nak lagi best dan simpan dalam peti.. Esoknya baru minum.. Terbaikkk!!!



KIWI + STRAWBERRY + DAUN PUDINA

Campuran ketiga-tiga bahan ini berfungsi menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadapan dengan lebih baik.. Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah... Selain itu, buah kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang dapat membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit... 

Cara penyediaan :-

2 biji buah kiwi dan beberapa biji buah strawberi dihiris beserta 7 helai daun pudian dimasukkan ke dalam jag yang berisi air kosong... Sejukkan seketika di dalam peti untuk lebih sedap...



EPAL MERAH + EPAL HIJAU + KULIT KAYU MANIS

Campuran ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme..

Cara penyediaan :-

Masukkan hirisan sebiji epal merah dan epal hijau bersama 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air.. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.. Bahan ini boleh digunakan berulang kali sehingga 4 kali.. 



TEMBIKAI + STRAWBERI + DAUN PUDINA

Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik.. Campuran 3 bahan ni berfungsi sebagai anti radang dan mencantikkan kulit..

Cara penyediaan :-

Campurkan secawan Strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkan ke dalam 1 jag air.. Untuk mendapatkan aroma yang menyenangkan, masukkan beberapa helai daun pudina.. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa sahaja..


TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LEMON

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut.. Teh hijau memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan juga mampu mengurangkan berat badan.. 

Cara Penyediaan :-

Rendam 10 helai daun teh hijau dengan air panas.. Jika tiada daun teh hijau, boleh juga menggunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau.. Rendam seketika dan tapis habuknya.. 

Kemudian ambil perahan jus lemon dan 5 helai daun pudina.. Masukkan kesemua bahan dalam teko yang berisi air dan kacau... Air detox ini sedap diminum ketika suam mahupown sejuk..




Okey lah.. Untuk kali ni aku kongsikan 5 sahaja resepi air detox.. Mungkin dilain kali sekiranya berjaya aku amalkan kelima-lima resepi ni, insyaallah aku akan cari resepi lain lagi dan kongsikan dengan korang.. 


Sumber  :  Diari Kurus


6 comments:

  1. Memang dah lama nak cuba air detox tue, tapi tak sempat nak buat sebab buah dah habis dimakan... hihi camne tue... =)

    ReplyDelete
  2. bila la ada masa nk mcuba ni!! huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Akak selalu amalkan yang lemon ngan limau nipis..konon nak kurus rp x kurus2 jugak

    ReplyDelete
  4. Ni prlu komitmen yg tgi. Drp penyediaan smpai la prlaksanaan. Kne btol btol ready ;)

    ReplyDelete
  5. Mai suka bt detox guna lemon, botol jadi wangi je lepastu...

    ReplyDelete
  6. Best je.. suka yg guna epal tu..

    ReplyDelete