Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

Monday, November 21, 2016

Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa  |  Wohooo!! Aku tengah berusaha untuk menghabiskan membaca novel ni.. Hadoii tebal engkooo tahu takkk!! Terkejooo kejoo hakak nak habiskannya....

Hakak nak kongsi sinopsis novel hebat ni.. Korang baca ekk... Hehe


SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

"Kasih Maisarah!!!"

Kemarahan papanya tidak diendahkan.. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri.. Ditambah pula dia menyalahkan papanya di atas kematian arwah mamanya..

Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya.. Maisarah bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

"Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa.. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!!"

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

"Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya.. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemu, Nazril pergi begitu sahaja...

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan dihatinya!

"Mulai hari ini, awak tutup pintu awak serapat-rapatnya untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"

Ya Allah! Begitu bisa stiap patah katanya.

"Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat kali terakhir kali imamkan jenazah saya.. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!" Jelas kelukaannya. 

Kini, Kasih Maisara telah pergi.. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

"Maafkan abang sayang, maafkan abang... Hati abang tak pernah mati buat sayang.. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang."

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan..

"Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata...



Sob sob sob.. sedihnya.. Baca sinopsis pown dah sedih.. Tu belum baca sampai habis novel ni.. Kena cepat-cepat habiskan ni.. Harap punya masa yang terluang yang banyakkkk gitu supaya dapat baca habis dengan cepatnya.. Haha..

Korang dah baca ke novel ni?? Sedih takkkkk?? Hehe




4 comments:

  1. Hari tu dah jeling-jeling juga di kedai buku POPULAR..huhu..tapi tak beli lagi la Lea..

    ReplyDelete
  2. bestnya tajuk!! hnya mampu huhuhuu

    ReplyDelete
  3. Tk bace lg. Mek bru start dengan senafas rindu --' nk kne beli jugak satu novel ni. Knp la si maisarah tu egonya smpaikan laki ckp mcm tu. Bookmark !

    ReplyDelete
  4. Sinopsis dia best.. mcm nk baca jugalah..

    ReplyDelete