Assalamualaikum wbt..
Tanda, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis) | Kebelakangan ini ramai betul yang batuk-batuk.. Kadang-kadang ada yang sampai berminggu-minggu tak baik-baik lagi.. Mungkin kah batuk biasa atau telah dijangkiti penyakit batuk kering atau lebih dikenali dengan penyakit Tibi... Kalau korang perasan di televisyen sekarang pown kerap ditayangkan iklan tentang penyakit Tibi ni.. Mungkin sekarang musim ramai yang terkena Tibi kowt.. Bahaya ke Tibi ni?? Ofkos bahaya... Jom ambil tahu serba sedikit tentang Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ini..
APA ITU PENYAKIT TIBI?
TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI

Batuk yang berterusan selama 2 minggu

Kahak yang mengandungi darah

Demam dan berpeluh, lazimnya pada sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera makan

Sakit dada bila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah letih dan lemah badan
CARA JANGKITAN
Kuman TIBI disebarkan melalui udara.. So, bila pesakit TIBI bersin atau batuk, kuman TIBI akan bertebaran di udara... Individu yang menyedut udara tercemar tersebut akan terdedah kepada jangkitan kuman TIBI ini..
GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN TIBI

Perokok tegar

Pembawa HIV

Warga tua

Pengidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang

Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
CARA MENGESAN TIBI

Melakukan pemeriksaan kahak

Menjalankan pemeriksaan x-ray
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

Dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru dilahirkan dan murid sekolah darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut BCG dilengan.

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami batuk berterusan lebih 2 minggu

Ahli keluarga / individu yang terdekat/rapat dengan pesakit TIBI hendaklah tampil bagi menjalani pemeriksaan.
TIPS UNTUK PESAKIT TIBI

Mendapatkan rawatan yang berterusan sehingga betul-betul sembuh

Amalkan cara hidup yang sihat dan memakan makanan yang seimbang

Mendapatkan rehat yang secukupnya

Pastikan pintu dan tingkap rumah dibuka pada waktu siang supaya mendapat pengudaraan yang baik bagi mencegah kuman TIBI merebak.

Cahaya matahari juga penting bagi membunuh kuman TIBI yang bertebaran di udara dengan membiarkan cahaya matahari memasuki rumah seberapa banyak yang boleh

Berhenti merokok
Dah tahukan tanda-tanda penyakit TIBI ni.. So, kalau korang mengalami tanda-tanda tersebut, cepat-cepatlah ke klinik untuk membuat pemeriksaan... Cegah sebelum parah..!!
Sepintas lalu, pesanan dari KKM...
Penyakit tb ni memang bahaya. Sampai boleh bawak meninggal '(
ReplyDeletebestnya . lawa betul ;)
Jemput lawat blog <3
https://airitanaka.blogspot.my/search/label/hadiah
bahaya sgt smpi org y mhidap ckp ngn kita pun x blh sbb blh kena jangkita.. Ty infonya
ReplyDeleteBahaya owh penyakit nie..
ReplyDeleteNice info lea..