Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak

Monday, February 15, 2021

Assalamualaikum wbt


Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak  |  Bila bercakap tentang penjagaan gigi anak ni, aku sekarang dah mula risau sebab gigi anak aku si Qhaliff tu dah banyak yang tumbuh... So, penjagaan gigi untuk dia amat penting.. Tapinya, nak berus gigi dia amatlah susah ye.. Suruh bukak mulut pown tak nak.. Camno tuu?? Anak korang macam mane pula??

Permulaan penjagaan gigi untuk anak ni, seeloknya dilakukan bermula gigi susu pertama tumbuh dengan membersih menggunakan tuala lembut dan basah.. Pernah jugak beberapa kali aku sempat buat untuk Qhaliff.. Lepas tu, ya ampunnn susah amat nak bersihkan gigi dia.. 


Sebenarnya, penjagaan gigi susu yang baik sangatlah penting bagi memastikan kedudukan gigi kekal tumbuh rata atau tidak berlapis.. Ibubapa sepatutnya mengambil berat penjagaan mulut anak-anak seawal usia bayi menerusi pemeriksaan gigi secara berkala sebaik sahaja gigi pertama bayi tumbuh dan membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan..

Wahh siapa tu yang hebat buat semua ni?? Kalau ada, dialah ibu yang terbaik dalam donea ini... Hiks... Aku pown nak usaha buat untuk Qhaliff lepas ni walaupown dia berkeras tak nak aku cuci gigi dia.. Arapnya berjayalah.. Aku pown nak jadi ibu yang terbaik dalam donea jugakkk.. Haha!!

Jom aku kongsikan tip penjagaan gigi untuk anak..

  • Galakkan anak anda makan makanan berkhasiat

  • Gunakan ubat gigi berflorida.. Sekiranya usia anak anda kurang daripada tujuh tahun, letakkan ubat gigi dalam jumlah yang kecil pada berus gigi mereka

  • Berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali bagi membantu mengatasi gigi rosak.. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun

  • Jangan beli atau simpan stok snek di dapur rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh menyediaakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek diantara waktu makan

  • Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya membebankan... Anda boleh nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti menggosok gigi seperti satu permainan..

  • Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi..

  • Biar anak anda memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

  • Bacakan buku mengenai gigi, kebaikan menggosok gigi dan juga berjumpa doktor gigi..

  • Jangan gunakan paksaan ketika memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus, nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberusnya..




5 comments:

  1. Terima kasih atas tipsnya. Maznee pun mencabar nak ajar anak gosok gigi di rumah

    ReplyDelete
  2. Take note tu masa hadapan.. Huhuh

    ReplyDelete
  3. Singgah blog ini. Terima kasih diatas info. Anak saya dah masuk 2tahun. Gigi pun dah tumbuh semua.

    ReplyDelete
  4. Adoi ai lea.. bila dah pandai gosok sendiri lagi seksa nak bersihkan gigi dia.. semua nak buat sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  5. mek pegi klinik hr tu dapat ceramah dental skali. untuk yg cam ank mek, belum ade gigi pnuh lg ni pn dah start gsok gusi dia dlu. guna napkin. so that baby akn trbiasa dengan mnggyoh tu :)

    ReplyDelete