12 Petua Murah Rezeki

Friday, December 9, 2016

Assalamualaikum wbt..


12 Petua Murah Rezeki  |  Rezeki datangnya dari Allah S.W.T.. Namun kita sebagai manusia haruslah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.. Bukan hanya duduk goyang kaki dan tunggu rezeki itu datang dengan sendiri,... Ahakz.. Itu malas namanya ye.. Memang betul, setiap orang Allah dah tentukan rezeki masing-masing.. Dah kalau malas camne rezeki nak datang ye dak?? Hehe..

Kunci untuk murah rezeki adalah dengan bersedekah.. Jom kita tengok, sedekah yang bagaimana yang boleh kita amalkan.. 


12 PETUA MURAH REZEKI



Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang bertandang


Asingkan sedikit hasil dari gaji atau upah jerih perih anda untuk disumbangkan kepada anak yatim atau orang miskin


Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan


<
Letakkanlah dibilik sebuah kotak... Setiap kali anda rasa anda telah berbuat dosa, masukkan wang kecil kedalamnya.. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut


Jika anda hadir dalam acara keramaian (keluarga @ kerabat @ sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral dan niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya.. (Orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain)


Jika anda membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)


Belilah mushaf (Al-Quran) dan letakkan di dalah satu masjid.. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda akan dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..


Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang anda temui.. Berikanlah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah

Jangan biarkan anda tertidur, melainkan telah anda ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepada anda dari menghina, menyebarkan fitnah dan menzalimi anda...


Setkan pada handphone anda penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa anda sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

Jangan lupa untuk mengasingkan wang gaji anda untuk ibu dan ayah anda


13 comments:

  1. Replies
    1. Insyaallah.. Moga2 ianya berguna untuk kita bersama.. :)

      Delete
  2. thanks. good sharing dear ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankz cik zue.. Insyaallah, moga ianya bermanfaat utk kite ye cik zue.. ;)

      Delete
  3. No 4 saya rasa tak oerlu kotak sebab kita lupa apa yg dosa kita buat. Kalau nak letak duit dlm kotak pun tak tau berapa yg patut. Kan elok kalau setisp bulan ketepikan untuk bersedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu adam.. Sama-sama kita praktik kan ye..

      Delete
  4. terima kasih kongsi tips. nanti sy amalkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe baik cik itah.. kita sama2 ye amalkan.. ;)

      Delete
  5. Entry yang sangat bagus Kak! Keep on writing! :)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus my fwen..
    muah ciked..

    ReplyDelete