Assalamualaikum wbt..
6 Tip Kekal Sihat Ketika Bercuti | Bercuti!!! Wahh seronoknya... Memang seronokkan kalau dapat bercuti.. Dapat kenal tempat orang.. Tenangkan fikiran.. Paling best dapat menikmati keenakan pelbagai makanan yang ada di tempat orang.. Pergilah mana pown, mesti nak rasai keenakan apa jua hidangan yang memberikan keseronokan saat bercuti...
Tapi korang kenalah beringat dan berpada-pada juga dalam segala hal yang dilakukan semasa bercuti ye.. Kerana semasa bercuti ni, mungkin tenaga yang diperlukan agak lebih sikit.. Mana tak nye, ke sana ke sini.. So, kenalah berhati-hati kerana kengkadang keseronokan yang kita kecapi tu mungkin boleh membuatkan kita jatuh sakit.. hah gituuu!!
Satu lagi perlu korang ingat, bukan semua jenis makanan yang ada dalam dunia ni sesuai dengan perut kita.. So, berhati-hatilah dalam memilih menu untuk santapan.. Jangan main bedal aje.. Nanti mudarat diri.. Hiks..
Jadinya, untuk tetap sihat sepanjang bercuti, naahhh aku kasi tip untuk korang... Mungkin dapat membatu korang sepanjang bercuti nanti..
1 BERSENAM
Walaupun bercuti, bersenam juga perlu dilakukan.. Jika anda perlu menempuh penerbangan yang jauh, cuba berjalan di sepanjang laluan tengah di dalam pesawat untuk merenggangkan tubuh setiap satu jam..
Manfaatkan juga kemudahan gimnasium jika ia disediakan di hotel penginapan anda..
2 MAKANAN BERSIH
Cari tempat makan yang bersih.. Walaupun percutian anda itu percutian 'cari makan', anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya..
Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut.. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.. Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk gel dan tidak perlu dibilas, ke mana saja anda pergi..
3 BEREHAT
sebelum memulakan percutian, rancang jadual perjalanan anda sebaiknya.. Jika hari pertama anda seharian di luar dan banyak berjalan atau aktiviti lasak, biarlah hari berikutnya dimanfaatkan untuk beristirehat atau melakukan aktiviti yang membolehkan tubuh anda berehat..
Pilih juga aktiviti yang lebih santai seperti memanjakan diri di spa atau menonton pertunjukan teater, wayang dan jangan berjaga malam kerana anda memerlukan tidur yang cuku untuk aktiviti pada keesokan harinya.
4 ALAHAN
Jika anda mempunyai alahan tertentu, pastikan rakan anda tahu mengenainya.. Hal ini penting supaya rakan anda dapat membantu jika anda memakan sesuatu yang membuatkan anda alahan..
Beritahu juga cara pertolongan yang bagaimana harus dilakukannya jika reaksi alahan muncul..
Lakukan hal serupa jika anda memiliki penyakit tertentu..
5 KRIM PELINDUNG MATAHARI
Sinar matahari yang terik dapat memberi kesan buruk untuk kulit terutamanya bercuti di pantai atau berjalan-jalan di daerah panas terik..
Oleh itu, rajin-rajinlah memakai krim sun block dengan SPF25 atau lebih.. Sapukan juga pada tubuh anda setiap 1/2 jam hingga 1 jam sekali..
Dengan pemakaian krim sun block, kulit anda tidak gelap ataupun alahan kerana terdedah dengan sinaran matahari yang terik..
6 UBAT-UBATAN
Selalulah bawa ubat-ubatan yang biasa anda ambil/guna.. Walaupun anda tidak menghidapi penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, bawalah ubat biasa seperti ubat sakit kepala, selesema, cirit birit, mabuk dan banyak lagi..
Justeru itu, jika nada sakit, anda sudah bersedia dengan ubat, sekali gus dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan..
Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubat pada saat diserang sakit..
Ubat yang anda cari juga adakalanya suka rdiperolehi di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara.. Jadi, ubat yang dibawa dapat membantu anda..
nice entry :)
ReplyDeletehttp://hello-vitamin.blogspot.com/
Tips yang ohsem Lea..
ReplyDeleteUbat-ubatan tu memang penting...
Assallammuallaikum Ka..salam ukhuwah dari Indonesia.
ReplyDeleteBagus tips leaazleeya ni. Kalau dah travel jauh jauh, lepas tu demam kan dah sia sia. 😅
ReplyDelete⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔
Tips tips yg bgus lea. :)
ReplyDeleteRehat plg utama especially bila bawa anak kecik macam saya. Bila anak tak sihat kita punya runsing sampai nak bercuti pun tak seronok dah.
ReplyDeleteterima kasih tipsnya sis
ReplyDeletetips yang berguna ketika bercuti...
ReplyDeleteperut kena jaga...
kalau yang ada sakit tertentu kena pastikan ubat diambil pada waktunya...untuk elakkan percutian menjadi teruk
ReplyDeletetk sabarnya nk bercuti tahun depan !
ReplyDelete