Cara Simpan Makanan Yang Betul

Saturday, September 5, 2020

Assalamualaikum wbt..


Cara Simpan Makanan Yang Betul  |  Korang simpan makanan camne kat umah? Betul ke cara korang simpan tu? Hari ni aku nak kongsi sedikit panduan cara penyimpanan makanan yang betul.. Panduan ni hasil dari pembacaan aku dari artikel-artikel yang berkaitan penyimpanan makanan.. Jom tengok cara penyimpanan makanan yang betul..


Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidka betul boleh menyebabkan ia mudah tercemar sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.. Antara kesan ketara akibat makan makanan tercemar adalah seperti sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan.. Kadangkala makanan yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpannya dengan baik serta betul, makan kuman dan bakteria mudah menghinggapinya.. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga..

Panduan Penyimpanan Makanan Secara Asas


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan sebenarnya bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ianya bertujuan untuk kita mengikuti arahan tersebut agar makanan tidak tercemar.. So, sila baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka setiap bungkusan.. Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruangan sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja..


BIJIRIN

Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak.. Sebagai contoh, beras mudah dihinggapi kumbang/kutu beras jika sering terdedah kepada hawa sejuk..


SUSU & PRODUK TENUSU


Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak.. So, pastikan anda mengenali jenis susu yang dibeli..

Susu Segar Pasteur

Haruslah diletakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 - 4 darjah celcius.. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemari bakteria..


Susu Ultra Tinggi / Susu U.H.T

Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.. Selepas kotak dibuka, lebihan susu hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 - 4 darjah celcius...

Keju

Mestilah sidimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk.. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju..

Nota kaki :-
Elakkan mengimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyi bau yang kuat..


TELUR


Telur sebaiknya disimpan di ruang pendingin pada suhu 0 - 4 darjah celcius bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan, elak basuh telur sebelum disimpan.. So, semasa nak guna barulah basuh,... Itu lebih baik bagi mengelakkan telur rosak..


DAGING, AYAM & IKAN


Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi tiga hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara 2 darjah celcius atau kurang.. Untuk penyimpanan yang lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku iaitu kurang daripada 0 darjah celcius..

Untuk hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan didalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan bagi mengelakkan berlakunya proses kekeringan dan baunya 'menjangkiti' makanan lain pada ruang penyimpanan yang sama..


BUAHAN & SAYURAN



Untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh membungkusnya menggunakan plastik pembungkus makanan sebelum dimasukkan ke bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.. Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

Nota kaki :-
Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ia boleh merosakkan tisu buahan dan sayuran selain tidak segar..





16 comments:

  1. Cuti hujung minggu adalah hari yang sesuai mengemas Peti Ais.. Kalau hari bekerja mmg x dan...

    terima kasih info ni Bonde suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bonde.. Hari minggu ada kelapangan.. Itu pown kalau tak de xtvt family.. hehe

      Delete
  2. nice tips kak lea. kat rumah aina ni main campak je. hehe tapi bila nak kemas macam ni kononnya nak berubah tapi last-last jadi 'serabut' balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kengkadang akak pown camtu jugak bila tak punya masa untuk mengemas.. Tak disiplin betulkan kita..

      Delete
  3. Bagus tips ni..sangat membantu..terima kasih Lea :)

    ReplyDelete
  4. tq kak lea atas perkongsian. yg bab ayam ikan tu mmg betul apa kak lea ckp. kalau simpan lebih dri 3 hari dh tak fresh kan. rasa lain dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Tulah yang masalahnya bahan basah ni..

      Delete
  5. Tulah.. kalau dah berkongsi rumah memang susah sikit nak atur.. Setiap orang tak sama cara kan..

    ReplyDelete
  6. kena pandai simpan mknn untuk pastikan xtcemar satu hal, bila mknn tsusun, peti sejuk pun lebih kemas & jimat ruang =)

    ReplyDelete
  7. dekat rumah pun buat macam nie letak dalam bekas, tapi ada masa main campak jugak haha

    ReplyDelete
  8. nice sharing kak...

    ReplyDelete
  9. naseb baik betul lagi setakat ni. ahahhaha

    ReplyDelete