Sayur Dan Buah Membantu Mencegah Kanser

Monday, December 12, 2016

Assalamualaikum wbt

cegah kanser

Sayur Dan Buah Membantu Mencegah Kanser |  Sejak kebelakangan ni banyak betul dengar berita orang yang mengidap kanser.. Ada juga dikalangan rakan taulan aku sendiri yang mengidap kanser... Adehh... Aku hanya mampu mendoakan kesihatan dan kesembuhan untuk mereka.. Sebab itu juga, tergerak hati aku untuk mencari sesuatu yang berkaitan dengan kanser....

Kali ni aku nak senaraikan sayur dan buah yang dapat membantu mencegah kanser.. Yelah kita hanya mampu merancang tetapi segalanya tuhan juga yang tentukan.. So, kita berusaha selagi terdaya.. Betul tak?? Hehe.. Jom tengok senarai dibawah :-

tip cegah kanser

Senarai sayur-sayuran yang dapat membantu mencegah kanser :-

01: 98.7% - Ubi Keledek Kukus
02: 94.4% - Ubi Keledek Mentah
03: 93.9% - Asparagus
04: 82.8% - Kubis Bunga
05: 91.4% - Kubis
06: 90.8% - Brokoli
07: 83.7% - Daun Saderi
08: 74.0% - Kulit Terung
09: 55.5% - Lada Benggala
10: 46.5% - Lobak Merah
11: 37.6% - Bunga Lily Kering
12: 35.4% - Kubis Cina
13: 34.7% - Kailan
14: 32.9% - Sawi 
15: 29.8% - Mizuna / Sawi Jepun
16: 23.8% - Tomato


Air Lemon pown banyak manfaatnya tau.. Air Lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan kita hidup lebih lama... Air Lemon panas juga boleh membunuh sel kanser... Caranya, tambahkan air panas dengan 2 - 3 hirisan Lemon dan jadikan ianya sebagai minuman harian... Air Lemon panas ini boleh mengawal pertumbuhan kanser...

Kalau korang nak tahu, kepahitan dalam air Lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser.. Air Lemon sejuk hanya mempunyi vitamin C, tiada pencegah kanser..

Teruskan pembacaan korang ye... Kat bawah ni aku senaraikan pula tip untuk mencegah kanser...
TIP MENCEGAH KANSER

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.



9 comments:

  1. baru tahu nie.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak pantang larang masa period eh. Takleh minum teh lah... Minum air suam jelah kalau period. Selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan.. byk pantang larangnye.. So, minum air suam aje.. ekekee

      Delete
  3. Wah!! Info yang menarik..
    sha suka ubi kukus.. Manis dimakan..

    ReplyDelete