Assalamualaikum wbt
Titipan Buatmu Wahai Isteri dan Kamu Yang Bergelar Wanita | Titipan ini sebagai renungan kita bersama.. Khususnya untuk para isteri dan anak-anak perempuan di bumi ALLAH ini.. Moga ianya menjadi nasihat terbaik buat kita yang bergelar wanita..
❤ Wanita tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah berpesan, tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT kelak..
❤ Wanita jika ada kekasih/boyfriend yangtak solat, elok tinggalkan dia.. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang boleh membimbing ke jannah bukan ke jahanam!!
❤ Wanita yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya..
❤ Wanita yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jadi dia dan suaminya ada...
❤ Wanita yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin
❤ Wanita yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, makan haramlah ia mencium bau syurga
❤ Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki.. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki..
❤ Wanita yang soleh lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh kerana wanita yang solehah sukar ditemui
❤ Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan akan menjaga batasan seorang wanita
❤ Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tetapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga
❤ Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh..
❤ Wanita adalah hiasan dunia.. Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah
❤ Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur
❤ Haram bagi seorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya
❤ Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad
❤ Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.. Dialah biadadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah..
❤ Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami..
Ya betull tu
ReplyDeletenice entry akak. suka baca ni!
ReplyDeleteNasihat yang bagus untuk Perempuan, wanita dan kaum hawa.. hehehe..
ReplyDelete