Tonton 7 Hari Mencintaiku [2016] Full Episod

Wednesday, December 14, 2016

Assalamualaikum wbt..


Tonton 7 Hari Mencintaiku [2016] Full Episod  |  Wohaa.. Korang tengok tak drama ni.. Drama adaptasi dari sebuah novel yang mana penulisnya memang penulis feberet aku.. Siti Rosmizah.. 


Eceli, novel ni dah lama aku baca.. Aku pown dah tak berapa ingat jalan ceritanya.. Tapi yang pasti memang novel ni best dan sedih.. Drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku ini bersiaran di Slot Akasia TV3.. Drama ini terbitan Pena Creative Pictures dan diarahkan oleh Jamal Khan.. 

Para pelakon :-
Shukri Yahaya, Siti Saleha, Aman Graseka, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin, Zarynn Min, Anne Abdullah, Idris Md Diah, Lia Natalia, Rosnah Johari, Shahruddin Thamby, Mohd Ariff, Mak Wan Latah, Faye Kusairi, Megat, Jaja Iliyes DFKL, Ira Ghani, Nor Amisah, Nurfatin Amalina, Dato' Ahmad Fauzee, Shadip Azan dan ramai lagi..

Sinopsis drama :-


Drama 7 Hari Mencintaiku mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia. 


Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.



Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. 



Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.



Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. 



Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.



Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? 



Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?


Credit to http://www.kbergetar.com

Kalau korang tak mengikuti drama ni dari awal, bolehlah korang tonton drama ini full episod di pautan kat bawah ni ye.. Aku pown baru nak tonton balik drama ni.. Sebelum ni ada yang aku sempat tonton, ada yang tak sempat.. Hari ni aku nak tonton drama ni sampai habis.. Jom follow aku tonton drama 7 Hari Mencintaiku ni..


Tonton Full Episod





6 comments:

  1. Untung buntat tu boleh blakon dgn siti saleha kan? ahaha..nak jugak tapi tak ada bakatlah :P

    ReplyDelete
  2. best juga citer ni, tapi tak dpt tengok sepenuhnya. time maghribkan

    ReplyDelete
  3. lea thanks link drama tu.. sejak2 trending buntat unni jadi nk tgk sgt cerita ni..hihi

    ReplyDelete
  4. dapat tgk jarang jrang je. ni dh nk last kan? agak agak kawen tk dengan syakila tu?

    ReplyDelete
  5. Sha tgk start minggu lepas.. sebab makin menarik..
    Rasa cam nak cari je novel dia nie.. Baca lagi feel..

    ReplyDelete