Assalamualaikum wbt..
13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul | Sedap pulak kebab kat atas ni.. Hehe.. Aku dapat sedikit info berkenaan pengendalian makanan dari kawan aku melalui group whatapps.. Bila aku baca, aku rasa perlu dikongsikan dengan korang... Sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua orang.. Izinkan aku kongsikannya disini ye.. Hiks..
13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul
1 Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yakni tidak dimasak perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli..
2 Petua beli ayam segar - beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti beku sebelum dimasak bagi mematikan bakteria... Masak ayak dengan sempurna.. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk..
3 Panaskan makanan setelah sejuk.. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.. Perlu dipanaskan sampai mendidih..
4 Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita..
5 Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak
6 Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan
7 Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk.. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria.. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas..
8 Pastikan tukang masak berada dalam keadaan yang bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.. Itu sebab orang berniaga kena amek suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain..
9 Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.. (tin tu basuh dulu.. hehehe)
10 Jika makan dikedai, pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu.. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan.. Sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemana-mana pencuci tangan bersama kita.. Sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan..
11 Khasnya ayam golek, pastikan ayam itu panas.. jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong..
12 Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik.. Kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekar pada ayam dan daging yang dicincang..
13 Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin..
terima kasih atas perkongsian..sangat berguna ni
ReplyDeletethanks for sharing kak lea :* tapi jagalah macammana pun, kalau jenis yang macam elsa yang tak makan sayur pun tak jadi jugak kan huhuhu
ReplyDeletetips yang sangat berguna ;)
ReplyDeleteblogwakling
LiaHasty
www.liahasty.com
Kuman atau bakteria tidak terlihat..itu yang harus peka...tq Lea..noted...
ReplyDeleteTedi follow dan menabung Tokyo :)
ReplyDeletePerkongsian yang menarik..
ReplyDeleteGambar tu membuatkan sha telan air liur.. mengancam..