5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit

Friday, August 21, 2020

Assalamualaikum wbt..


5 Tip Kekal Cantik Elak Perut Buncit  |  Tajuk kemain lagik ye.. Haaa sape kat sini perut buncit, angkat tangan?? Eleh malu-malu lak nak ngaku dia tu.. Hehe.. Rini nak kongsi dengan korang bagaimana nak elak perut daripada memboroi.. Nak tahu tak?? Jom baca terussssss..


Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat

Korang sendiri tahukan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ni sangatlah bahaya kepada kesihatan kita.. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya.. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya..

Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat.. Pleaseeeeeeeee gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekali gus dapat menjaga kesihatan korang juga..


Kurangkan Gula

Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang ni terlalu banyak makanan yang manis-manis malahan terlalu manis di pasaran.. Mungkin sebab tu jugak kowt sekarang ni macam-macam penyakit dok ada dan menyinggah pada kita.. Makanan bergula ni lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut.. So, pilihlah makanan yang kurang gula ataupun mengandungi guna semula jadi seperti madu ataupun buah-buahan.. 


Jangan Kurang Atau Terlebih Tidur

Kalau ban kurang tidur dan terlebih tidur ni aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini.. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur... Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur.. Begitulah sebaliknya.. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul-betul cukup tidur.. 

Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan, sekali gus menyukarkan pembakaran lemak berlaku... Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.. 2 tabiat ini lah yang boleh menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.. Jadi, sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye.. Hiks..


Perbanyakkan senaman Kardio

Korang tau tak apa itu senaman Kardio? Senaman Kardio ini adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu.. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa, haaa itulah dinamakan senaman Kardio.. Contohnya, berlari atau jogging, futsal, skipping dan lain-lain lagi..

Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk.. Hehe..


Bersenam Dengan Bijak 

Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula.. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan... Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar... 



Selamat Mencuba..!!



16 comments:

  1. Ok..boleh mula kan ni...lemak dah bermastautin serta beranak pinak dengan jayanya...terima kasih Lea perkongsian ini...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Lya tak buat any of the tips above, no wonder buncit *stares at belly* hiks

    nice tips, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Perlu amal ni sebab dah tergolong dalam GPB, geng perut buncit. Walaupun saya memang tak minum air berkarbonat. Haha

    ReplyDelete
  4. part senaman tu susah sikit nak komit

    ReplyDelete
  5. bab bersenam tu yang payah sikit.

    ReplyDelete
  6. kena rajin bersenam ni baru hilang lemak tepu

    ReplyDelete
  7. aduhhh..susah nak buat semua tips tu hahaha

    ReplyDelete
  8. Tak tergolong perut buncit lagi lea.. haa.. tapi selalunya kurang tido la plak

    ReplyDelete
  9. Good tips sangat. Thanks for sharing. Orang Malaysia ni memang ramai perut buncit. Huhu...

    ReplyDelete
  10. Nice sharing! Will practic this, InshaaAllah ;)
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete
  11. Bab tido tu payah betul.. maklumlah mak anak tiga..

    ReplyDelete
  12. kurangkan gula tu mmg betul. bagus sngt!

    ReplyDelete
  13. Gula... hm... memang kena kurangkan...

    ReplyDelete
  14. elsa dah creditkan kak lea. thanks for sharing. much love <3

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/01/5-tips-kekal-cantik-elak-perut-buncit.html

    ReplyDelete
  15. tq sharing tips, wajib konsisten amalkan semua tipa ni

    ReplyDelete