Assalamualaikum wbt..
Hobi Segarkan Mata | Haaa inilah hobi yang dapat menyegarkan mata aku.. Menanam pokok bunga.. Gile tak segar, pepagi nak pergi kerja dah boleh hadap bunga-bunga yang ada kat laman rumah.. Segar aje mata... Macam-macam bunga aku beli.. Encik somi pown suka bunga jugak.. So, senanglah sikit.. Aku beli bunga, dia tukang jaga.. Hehe.. Kire ok la tu kan..
Buat masa ni, bunga-bunga ni aku park dulu kat lantai camni.. Nenanti kalau ada duit lebih, aku tempah le rak pokok bunga ni dengan adik aku.. Mahal jugak kos buat rak bunga weh.. Leh pengsan seminggu..
Cara susun tu, dah cam nak jual pokok bunga jerk kan.. Dulu aku susun kedua-dua belah pagar aku.. Yang boleh aku susun camni tu, sebabnya kat sebelah lagi tu, bila time siram bunga, air masuk kawasan rumah jiran aku.. Pastu berlumut rumah dia.. Tak best la.. Kat sebelah sini pown masuk jugak, tapi tak berlumut pulak.. Ada la sikit-sikit, aku dah kasi sental dah..
Mesti korang pelikkan, camne aku boleh sental simen jiran sebelah.. Pagar dorang berkunci hokek.. Yang sebelah sini tak de orang tinggal.. Aku sental melalui lubang-lubang pagar hijau tu jerk.. Bersih wooo.. Licin berkilat.. Hehe.. Sental lumut jerk la.. huhu..
Jom tengok pokok kesayangan aku..
Nin dia.. Korang tau tak apa nama pokok ni?? Huhu.. Sebenarnya, aku sendiri pown tak tahu apa nama pokok ni.. Dah alang-alang tak tahu tu, baik kite tarok nama kan.. Jadi, aku telah namakan pokok ini dengan nama pokok reggae.. Haha!! Korang tengok la dedaun dia tu, dah macam rambut dreadlock aje.. Tu sebab aku kasi nama tu..
Ni pokok kesayangan aku.. Satunya, sebab keunikannya.. Selain tu, time nak beli bunga ni, hanya sepokok ni aje yang ada dekat kedai bunga tu.. Pastu mahal pulak tu.. Sebab dah minat, aku beli la jugak.. Tengok kat kedai lain ada je pokok ni tapi tak seunik yang ini..
Oklah, habis dah cerita bunga aku.. Hobi korang apa pulak??
rajinnya lea tanam pokok... mmg menyegarkan mata lea... best tgk pokok bunga byk kat umah... tp akak ni bila blk keje dh masuk umh tak keluar dh... pokok2 dlm pasu pun hband yg siram... hikhik
ReplyDeletewah bagusnya. pagi2 melihat benda hijau kan. sihat mata :)
ReplyDeleteRajinnya awak...Hihi saya suka jugak bunga tapi tak banyak lerr.. Masa mula2 pindah rumah baru, memang rajin beli bunga tapi sekarang, hangat2 taik ayam jerkk... =)
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletebagus hobi gitu.. boleh neutralkan mood
memang segar dan menjimatkan. senang nak masak petik jew
ReplyDeleterajin lea berkebun..:)
ReplyDeleteCantiknya pokok² dia. Dh lama berangan nak buat sudut pokok² bunga macam ni. Bila la nak direalisasikan. Hihi
ReplyDeleteCantik tersusun pokok2 tanaman kak lea.. Keep it up. Salah satu aktiviti yang bagus untuk melapangkan minda kita.. 😉
ReplyDeletewah cantiknya
ReplyDeleteCantik.. menyegarkan dan mendamaikan..
ReplyDelete