13 April 2017 Semakin Hampir

Friday, April 7, 2017

Assalamualaikum wbt..

Lelaki terhangat dipasaran.. Haha!!

13 April 2017 Semakin Hampir  |  Dah agak lama tak update tentang budak kecik yang cerdik lagi soleh ni kat blog kesayangan aku  ni.. Ada apa dengan tarikh 13 April 2017 tu yek?? Korang agak?? Hehe tak yah agak sangat la.. Aku jerk kasi tau.. Ahakz.. Sebenarnya, 13 April 2017 iaitu Khamis minggu depan adalah ulang tahun anak aku yang ke-2.. Maksudnya Qhaliff dah masuk 2 tahun pada tarikh tersebut... Sekejap jerk masa berlalu kan.. Dah 2 tahun dah usia dak tecik ni..

Untuk tahun pertama ritu, aku tak sambut pown besday dia.. Untuk tahun ke-2 nanti aku ingat nak bawak dia p makan.. Pastu beli kek untuk dia.. Hehe.. Cukup la sambutan cenggitu jerk untuk buat kenang-kenangan... Nak buat besar-besar akan memakan modal yang besar pulak.. Bukan kedekut tapi kene beringat untuk kelahiran baru nanti.. Banyak nak pakai duit.. Hiks.. Mungkin akan datang boleh rancang yang lebih baik untuk anak-anak... Mana tau ada rezeki lebih boleh pergi bercuti terus sempena besday dorang.. Syokk jugak kan...


Qhaliff dah semakin pandai bercakap sekarang.. Banyak dah perkataan yang boleh dia sebut.. Tapinya banyak sebut perkataan yang belakang aje.. Haha.. Paling win perkataan "KAKOK"... Nak tahu tak ape maksudnye.. hehe.. TAKUT sebenarnya.. Ekeke.. Paling syahdu perkataan "SIAP"... Syahdu jerk bila dengar dia sebut perkataan siap tu.. Hiks.. Paling mengharukan bila dia nampak masjid , dia akan sebut "ALLAHUAKBAR"... Cam orang azan tu.. Alhamdulillah... Satu lagi bila dia nampak Shell mesti dia sebut Shell dalam keadaan yang sangat dasyat.. Berbelit lidah sebut.. Tapi best dengar dia sebut Shell.. Unik.. Haha.. 

Makin seronok layan dia sekarang.. Cuma kesian dekat dia sebab kami jarang-jarang bawak dia pergi jenjalan.. Insyaallah aku akan usahakan selepas ini untuk lebih banyak masa bawak dia keluar jenjalan supaya dia lebih terbiasa dengan dunia luar.. Kalau tak asek "KAKOK" dia tu jerk.. Huh..

Last bawak dia jenjalan bulan lepas.. Bawak dia p pantai dan main mainan kanak-kanak.. Tu pown sebok dok sebut "KAKOK" dia tu.. Hadoiii laaa... Tensen mak nakkk.. Haha.. 

 Jenjalan Pantai Teluk Cempedak

Posing ala-ala model sikit.. Haha..!!

Buat seorang anak bernama Muhammad Qhaliff Amsyar
Ummi doakan Adik menjadi anak yang soleh, sabar, ikhlas, cerdik, penyayang dan mendengar kata orang tua serta pandai menghormati orang tua.. Semoga adik sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNYA... Ummi sayang Adik selamanya... 

11 comments:

  1. cantiknya anak mata Qhaliff <3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun ya umur Qhaliff..ada rezeki lepas ni tak kakok lagi..ada adik jadi peneman abg Qhaliff..hehe..

    ReplyDelete
  3. 6 hari lagi bufday Qhaliff ..takde buat bufday party ke

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah. Dah 2 Tahun Qhaliff ye. Comel je takut jadi "kakok"> Hii. Semoga Qhaliff menjadi anak yang soleh dan menyejukkan hati dan mata ibu bapa. Nanti Auntie Siqah g Kuantan, Auntie roger Qhaliff ye :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... semoga Qhaliff membesar dan menjadi anak yang soleh,menjadi penjaga ummi dan ayah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Kejap je masa.. Nak masuk dua tahun dah dan nak dapat adik baru. Yeayy! Hihi

    ReplyDelete
  7. Happy birthday in advance Qhaliff! Semoga menjadi anak yang soleh. haha curiouslah macam mana dia sebut shell dengan unik tu kak?

    ReplyDelete
  8. Happy birthday in advance adik 😘😘😘

    ReplyDelete
  9. Tak lama lagi Qhaliff dh jd abang Qhaliff la pulak...semoga Qhaliff menjadi anak yg soleh dan cemerlang didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  10. Alahai.. Comel je dia..
    Acik Sha nak wish in advanced lah.. Buat Muhammad Qhaliff Amsyar, Semoga menjadi anak yang soleh, penyayang dan mendengar kata orang tua serta pandai menghormati orang tua.. Semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNYA. Aamiin..

    ReplyDelete