Selera Desa Kembara Iftar Di Ancasa Royale Pekan, Pahang | Terlalu cepat masa berlalu, tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan buat sekian kalinya.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan kepada kita.. Bila sebut sahaja Ramadhan, mulalah teringatkan suasana berbuka puasa di kampung halaman bersama ahli keluarga dengan menu berbuka masakan kampung dari air tangan bonda tercinta.. Sungguh meriah dan menyeronokkan.. Tak sabar rasanya nak berpuasa kan.... hehe.. Ok, entry kali ni aku nak berkongsi dengan korang satu tempat menarik yang menyediakan buffet ramadhan berkonsepkan "Selera Desa Kembara Iftar Di Pekan, Pahang".
Pada 19 April 2017 yang lalu, aku berpeluang merasai sendiri juadah berbuka puasa yang disediakan di Kembara Iftar di Pekan Pahang anjuran Ancasa Royale Hotel.. Ok, untuk kedatangan Ramadhan bagi tahun ini, AnCasa Royale Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk negeri Pahang di bawah satu bumbung... Jom kite tengok hidangan apa yang ada..
Selera Desa Kembara Iftar Di AnCasa Royale Pekan, Pahang |
Melangkah saje masuk ke Saffron Brasserie, aku dihidangkan dengan sajian Makanan Tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam Pahang... Teruja dibuatnya... Hidangan yang menyelerakan.. Tak sabar nak menikmatinya...
Opor Daging
Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak
Sambal Hitam Pahang
Haaa inilah tiga jenis makanan tradisi orang-orang Pahang.. Kalau korang nak tahu, Opor Daging sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang... Ia merupakan resipi Diraja Pahang tau... Resipinya dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang dan dicampurkan dengan beberapa bahan lain yang dapat membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan.. Manakala Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak pula terlebih femes di daerah Temerloh.. Kalau pergi Temerloh memang tak sah kalau tak pekene Ikan Patin Masak Tempoyak ni.. Sedapnya hingga menjilat jari tau... Hehe.. Populariti Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak ni sebenarnya tak perlu disangkal lagi kerana masakan dari Pahang ini mempunyai peminatnya yang tersendiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya penggemar-penggemar ikan sungai... Ok, Sambal Hitam pula merupakan pembuka selera yang sangat terkenal dan hanya boleh ditemui di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.. Ia merupakan makanan tradisi turun temurun yang hingga kini masih diingati..
Sajian dan juadah menarik ini sudah pastinya diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Hazlan Hamzah, Chef Syed Badrul Hisham, Chef Mohd Zamri dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman..
Menyediakan tempat makan yang selesa
Menu-menu yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini di AnCasa Royale Hotel pekan adalah secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.. Wahh banyak tu.. Boleh sawan kalau tak kuat iman uolls... Aku sendiri pun tak terpilih lauk yang hendak dirasa.. Terlalu banyak.. Semua sedap-sedap dan menyelerakan.. Jom tengok hidangan yang sempat aku rakamkan..
Kambing Panggang
Oleh kerana aku memilih untuk duduk di meja luar, makanya hidangan utama yang menjadi pilihan aku adalah Kambing Panggang... Kemain semangat pergi tadah pinggan dekat depan chef yang panggang kambing tu.. Hehe.. Aku suka hidangan ni.. Daging kambingnya lembut dan Black Pepper Sos nya pown superb sedap.. Katanya, Kambing panggang ni adalah hidangan utama sepanjang bulan puasa nanti.. Ini bermakna, hari-hari lah ada menu ni.. Memang terbaik.. Rugi kalau korang lepaskan peluang menikmati Kambing Panggang yang sedap ni..
Berjiran dengan Kambing Panggang adalah Roasted Chicken.. Aku juga tak ketinggalan untuk merasai keenakan ayam panggang ni... Tak rasa rugi tau..!! Haha..
Nasi Mandy (Nasi Arab Kambing)
foto credit : www.seorangsyed.com
Oh, Nasi Arab Kambing ni kalau tak de dalam senarai menu buffet ramadhan memang tak sah... Nasi Arab Kambing atau lebih dikenali dengan nama Nasi Mandy ini dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.. Kawan aku sempat rasa nasi arab ni.. Katanya boleh tahan sedapnya.. Terutama Ayam Berempah.. Memang terangkat.. hehe
Shell Out AnCasa Local
Chef yang menyediakan hidangan Shell Out yang sedap
Kawan aku ni tak sabar nak rasa Shell Out
Shell Out ni juga adalah hidangan utama di AnCasa Royale.. Pelbagai pilihan makanan laut yang ada.. Pilih saja yang mana korang nak makan dan Chef akan masakkan untuk korang.. Memang terbaik.. Masakannya pun sangat lah sedap.. Terlepas hajat aku nak makan Shell Out.. Alhamdulillah..
Satay Ayam & Daging
Steamboat dengan pilihan pelbagai sos
Bagi peminat satay dan steamboat, kat sini korang boleh nikmati Satay Ayam dan Daging dengan kuah kacang sepuas-puasnya.. Begitu juga bagi peminat Steamboat.. Pelbagai jenis sos yang dihidangkan memberi kelainan kepada hidangan ini..
Kueh Teow Goreng
Kueh Teow, Mee dan Bihun adalah hidangan yang disajikan secara bergilir-gilir.. Untuk kali ni, Kueh Teow Goreng yang dihidangkan.. Masakannya memang sedap.. Berselera aku makan.. Tu belum cuba Mee dan bihun lagi.. Pasti lagi sedap..
Roti John AnCasa
Haa korang ingat pasar malam jerk jual roti john.. Kat AnCasa pun ada dihidangkan roti john tau.. Tapi Roti John AnCasa ni special sikit.. Banyak bahan-bahan yang diisi dalamnya.. Tengok la tu sampai terkeluar sayur mayur... Rasanya pown sedap...
Habis dah hidangan dibahagian luar... Kita masuk bahagian dalam pula untuk melihat hidangan apa yang disajikan...
Daging Salai Masal Lomak Cili Api
Ketam Bercili
Ini adalah antara masakan kampung yang ada.. Daging salai masak lemak cili api, ketam bercili dan ada beberapa lagi masakan kampung yang tak sempat aku nak snap gambar... Kalau korang lebih menggemari nasi putih berlaukkan masakan kampung, korang boleh cuba Daging Salai Masak Lemak Cili api ni.. Aku dah cuba dan memang sedap melatop..
Lasagna
Salah satu masakan ala barat yang dihidangkan di AnCasa Royale Hotel iaitu Lasagna.. Pertama kali aku rasa Lasagna hokeh!! Selalunya aku tengok je orang makan tanpa rasa nak mencuba.. Tapi kali ni aku sendiri merasakan kelazatan Lasagna di AnCasa Royale ni.. Not bad!! Sedap dan cheese nya menikam kalbu.. Haha!!
Pelbagai Ulam-Ulaman
Kalau dah sebut masakan kampung ni, memang tak terlepas dari hidangan yang berasaskan ulam-ulaman kan... Di AnCasa Royale menyedikan pelbagai jenis kerabu yang boleh dinikmati.. Macam aku sendiri memang peminat kerabu.. Bila tengok pelbagai jenis kerabu yang dihidangkan, aku jadi rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.. Lastnya, aku ambil semua jenis dalam kuantiti sedikit untuk dirasai kesedapannya.. Ternyata semuanya sedap dan setanding dengan hiasannya.. Aku suka..
Yang dalam bekas petak-petak tu ikan masin dan telur masin ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian... Kemain lagi plating dia.. Sampai aku pun tak perasan tu ikan masin.. Hehe.. Ikan masin dan telur masin ni boleh dijadikan sebagai penambah rasa hidangan kita..
Pelbagai jenis Sambal
Tengok sambal-sambal yang ada ni pun dah rasa berselera makan nasi.. Ada sambal hitam, sambal mangga, sambal tempoyak, sambal cencalok, budu dan pelbagai lagi... Kalau dah ada sambal-sambal ni, aku rasa 2, 3 pinggan nasi pun boleh habis ni.. Bila ada sambal selera dia lain macam sikit.. hehe..
Gerai-gerai comel di AnCasa Royale
foto credit : www.seorangsyed.com
Konsep gerai jualan pun ada di AnCasa Royale.. Ini menampakkan lagi keunikan yang ada di sana semasa beriftar di AnCasa.. Antara juadah yang disediakan di gerai-gerai yang agak comel ni bagi aku adalah Nasi Ayam Royale, Mee Udang dan Ais Kacang... Jika korang nak kan satu hidangan yang lengkap bolehlah memilih Nasi Ayam Royale sebagai juadah berbuka puasa.. Menu Mee Udang juga disediakan.. Korang mintak baru chef masakkan untuk korang.. So, hidangannya boleh dinikmati ketika masih panas.. Bila singgah di gerai Ais Kacang ni, sampai tak tahu nak cakap apa.. Terlalu banyak pilihan bahan-bahan untuk ais kacang.. Tak tahu nak pilih yang mana satu.. Rasa nak isi semua je.. Tapi terlalu banyak la pulak.. Haha.. Korang pun pasti teruja kalau berbuka di sini nanti....
Hidangan pencuci mulut pun tak kurang hebatnya tau.. Pelbagai pilihan ada... Jom tengok..
Chicken Ham Roll
Pelbagai jenis Jeruk
Pulut
Pengat Pisang
Bubur Lambuk
Pelbagai jenis Kuih Muih dan Manisan
Sampai sahaja bahagian kuih muih dan manisan ni, aku dah teruja dengan hiasan dan susun aturnye yang cantik dan menarik.. Kuih Muih dan Manisan di dalam sebuah sampan.. Hehe.. Comel jerk kan konsepnye... Kat sini ada disediakan pelbagai jenis kuih muih dan manisan.. Sampaikan aku terkedu melihatnya.. Banyak wehh!!
Haaa inilah chef yang bertanggungjawab menyediakan semua hidangan kuih muih dan manisan ni.. Hebatkan... Hiasan dan susun aturnye pun terbaik...
Manisan sebagai pencuci mulut
Puding Raja
Bagi penggemar manisan, AnCasa Royale menyajikan anda dengan Puding Raja.. Puding Raja pada asalnya merupakan hidangan istimewa santapan diraja.. Tetapi kini semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya di mana-mana sahaja.. Bukan itu saja, malahan ada kuih-muih melayu seperti Lepat Pisang, Binka Ubi, Kuih Talam dan pelbagai lagi dihidangkan untuk tetamu..
Kuih Muih tradisional melayu
Dibahagian kuih muih dan manisan ni aku sempat rasa cheese tart dan chocholate cake sahaja... Perut dah terlalu penuh time tu.. Memang dah tak larat nak makan lagi.. Tapi kalau tak rasa, rugi pulak kan.. So, aku amek 2 jenis aje la.. Aku suka kek coklatnya.. Memang sedap sangat dan terasa moistnya... Aku ni memang penggemar kek coklat.. Pergi mana-mana mesti nak cuba kek coklat kalau ada..
Makan dah tapi minumnya belum.. Hehe.. Hampir terlupa aku nak up gambar minuman yang disediakan di AnCasa ni.. Meh ikut aku, kita tengok minuman apa yang ada..
Ini adalah antara minuman yang disediakan.. Paling rare air mango dan air kelapa.. Kedua-dua jenis air ni aku ambil.. Nampak tak kerakusan disitu.. Haha.. Mane taknye, airnya memang super ohsem sedap.. Terasa kelapanya dan terasa mangonya.. Hilang dahaga aku...
foto credit : foto credit : www.seorangsyed.com
Sesambil makan sesambil dengar muzik, baru bestkan.. Berbuka puasa di AnCasa Royale, anda akan dihiburkan dengan nyanyian yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale... Baru semangat sikit nak habiskan hidangan kan.. Sambil makan sambil layan lagu.. Baru meriah suasana..
Di Kembara Iftar AnCasa Royale ini juga, aku berkesempatan bersua muka dengan blogger yang aku panggil "Budak Kecik"... Hiks... Nak tahu tak siapa?? Dialah Seorang Syed.. Rupanya dia tinggi dari aku.. Haha.. Dalam gambar nampak kecik aje.. Dekat luar, bila berdiri sebelah aku, lahai terasa diri aku pulak kecik.. HAha!! Thankz ya Syed.... (Dah kenapa aku nampak gemuk?.. Eh lupa aku preggy rupanye.. Kikiki)
Ok lah.. Rasanya semua dah aku kongsikan dengan korang tentang kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa di majlis Kembara Iftar di AnCasa Royale tempoh hari.. Secara keseluruhannya, aku sangat suka dengan juadah yang disediakan.. Menepati selera aku yang sukakan masakan kampung.. Terasa diri berada di kampung halaman sendiri.. Selain juadah yang pelbagai dan sedap, aku juga tertarik dengan service yang diberikan.. Bermula dari pintu masuk utama, aku dah disambut dengan penyambut tetamu dengan ramahnya.. Pendek kata semua staff AnCasa Royale ni sangat friendly... Sentiasa dengan senyuman manis.. Sejuk hati aku memandangnye.. Hehe.. Bukan itu saja, chef-chef pun turun padang dan sanggup terangkan kat aku ni tentang masakan yang dihidangkan.. Memang terbaik..
Terima kasih diucapkan kepada pihak AnCasa Royale, Pekan, Pahang kerana sudi menjemput diri ini untuk merasai sendiri kemeriahan dan keenakan juadah berbuka puasa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan nanti... Tak rugi spend duit untuk berbuka di AnCasa Royale Pekan, Pahang ni tau kerana hidangannya sangat enak, pelbagai dan berbaloi-baloi..
Berita baik untuk korang... !!!
Tawaran HARGA ISTIMEWA akan diberikan kepada anda yang mendapatkan baucer awal dengan harga serendah RM58 sahaja..!! Tawaran ini sah sehingga 15 Mei 2017...
Selepas tarikh tersebut, baucer akan dijual pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak...
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati lebih dari 100 juadah berbuka puasa di AnCasa Royale Pekan, Pahang dengan HARGA ISTIMEWA tersebut.. Dapatkan baucer sekarang sebelum 15 Mei 2017... Nikmati hidangan berbuka puasa dengan harga yang berbaloi-baloi..
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Telefon
09 - 424 6600
(Saffron Brasserie)
09 - 424 6700
(Faks)
Alamat
No. 2670, Jalan Pekan - Kuantan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur
Website
Kole kacang tu nampak menarik..
ReplyDeleteTinggi rupanya budak Syed tu ye.. hehehe
Tulaa.. semua sedap2 sha oii..
DeleteHahaha mmg tinggi.. ingatkan x tinggi mane... ekekee..
hahaha memang tinggi kak. hensem pulak tu. okbye.
DeleteCakes dia semua sedap! alahaiiii terbayang-bayang lagi hahaa.
Deletehahahaha.. cehh.. yelahh.. encem laa.. hehehe
DeleteKole kacang tu nampak menarik..
ReplyDeleteTinggi rupanya budak Syed tu ye.. hehehe
Menyelerakan betul! tapi awatnya jauh sangat..haha
ReplyDeleteHahaha jauh tu kan luas pemandangan luqman.. :)
DeleteSESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya kak lea. Memang sesuai jadi tempat santapan berbuka puasa.
Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Thankz uyul singgah blog akak..
DeleteMemang sodap dik oii.. semua sodap2 belako... :)
Wah shell out dan steamboat pun ada. Mmg terbaik dan berbaloi.
ReplyDeleteMemang berbaloi-baloi ana... moh le ramai2 berbuka kat sana,.. :)
DeleteWaaaahhhh inilah tempat berbuka puasa pilihan orang Pahang amnya atau pelawat yang akan berkunjung ke Kuantan khasnya.. Semuanya nampak sedap Lea, terliur dibuatnya..
ReplyDeleteBertuah Lea dan rakan-rakan blogger berkesempatan berjumpa dan bersua muka, sambil mengisi perut makan sedap, hehehe
Alhamdulillah sis..rezeki sempena nak masuk bulan ramadhan ni.. mmg semua sedap hidangan kat sana.. :)
DeleteSaya cuba nak berbuka kat sana.
ReplyDeleteBulan puasa tahun ni.
3 hari di sana.
Nak cuba.
Haaa cuba la adam.. pasti puas hati..
DeleteSaya tak mrmilih makanan, maksudnya tak cerewet. Saya lebih suka suasana sekitaran bila makan.
DeleteGambar yg 2nd last, holding the white envelope is that you?
bagus kalau x memilih sbb akan boleh makan apa saja.. x rugi.. yup saya la tu..
DeleteNanti saya update kalau saya pergi sana. Tapi bukan review makanan atau hotel. Just kesah yg ringan2. Kalau dpat pegi sebelum 15 mei.
DeleteBanyak pilihan nie, puashati kan.. harga pun berpatutan sangat
ReplyDeleteA'ah sgt banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana..
Deletewah dah ada dah selera iftar ni. sedap semuanya
ReplyDeleteDah start dah hana.. Macam2 ada kat sana..
Deletenyammmmm enaknyaaa..
ReplyDeletebkin laperrrrr liyat fotonya
hehehe.. kalau dtg malaysia boleh cuba.. :)
Deletesmuaaa sedapppp kak leaaaa.. hehe
ReplyDeletea'ah sodappppp busyra... moh kite berbuka kat sana..
Deletearghhh..laparrr..nengok gambar2 makanan tu, lagi la laparrr...
ReplyDeletehahaha kan... menyelerakan dan memang sedap...
DeleteMohon lea belanja CR berbuka kt sini. Hehe
ReplyDeletekikiki.. jom2.. :)
Delete