Goodreads | 2017 Reading Challenge

Thursday, May 25, 2017

Goodreads | 2017 Reading Challenge  |  Bagi pencinta novel atau ulat buku mesti dah sedia maklum tentang kewujudkan laman web Goodreads ni kan.. Laman web yang boleh kita save buku-buku yang dah dibaca, sedang baca atau akan dibaca... Kita juga boleh tengok review dari pembaca-pembaca.. Ini memudahkan untuk kita kenal pasti buku mana yang best dan tak best... Memang bagus web ni tau..

Lea Azleeya Goodreads, 2017 Reading Challenge
Goodreads | 2017 Reading Challenge

Aku mula daftar akaun Goodreads ni bulan Disember 2016.. Itu pun dapat tahu dari sahabat aku Sha Mohamad.. Kalau tak mesti lagi lambat la aku dapat tahu tentang kewujudan web ni.. Dapat tahu tu terus aje aku daftar.. Di Goodreads juga korang boleh cabar diri korang untuk habiskan sejumlah buku dalam masa setahun.. Terdapat slot Reading Challenge dalam web Goodreads ni.. Memandangkan aku start akhir tahun lepas, makanya tahun ni aku cabar diri aku yang selalu sibuk dan tak punya masa terluang yang banyak  ni untuk habiskan 30 buah buku dalam setahun.. Boleh ke?? Haha!!


Setakat bulan Mei 2017 ni, aku baru habiskan 12 buah buku... Tinggal lagi 18 buah buku untuk aku habiskan dalam tahun ni.. Berjayakah aku dalam cabaran membaca ni.?? Sama-samalah kita tunggu di hujung tahun nanti ye.. Hurmm time tu aku tengah bercuti lagi kot.. Cuti berpantang.. Hehe.. 


Ini adalah 12 buah buku yang telah aku selesai baca.. Tak sabar nak baca buku seterusnya dan habiskan dalam masa yang singkat... Kalau kat rumah, time aku membaca adalah time anak aku sedang asyik menonton cerita karton dalam tablet dia.. hehe.. Itu pun sempat lagi dikacaunya aku.. Dok tarik-tarik buku yang aku baca.. Memang tak mudah untuk aku habiskan sebuah buku dalam masa sehari.... Akan mengambil masa yang agak lama jika sesebuah buku tu terlalu tebal.. Huhu..


2 buah buku yang sedang aku baca... Mesti korang pelikkan, kenapa pulak 2 buah buku terus aku pulun baca... Boleh ke macam tu.. Memang boleh la.. Novel Rindu Awak Separuh Nyawa tu agak tebal.. Memang tak boleh nak tumpu dan baca secara terusan.. Kalau tak memang berbulan lamanya makan masa sebab aku akan stop baca kerana kebosanan melanda... Jadi aku selit-selitkan dengan baca novel nipis.. Agar aku tak bosan membacanya... Now, aku baru nak buka novel Kisah Seram Malam Jumaat untuk dihadam.. Novel ni nipis aje.. Rasanya sekejap je boleh habis.. Insyaallah.. 

Korang dah daftar ke Goodreads?? 
Kalau belum, boleh daftar kat sini ye --->> https://www.goodreads.com/


8 comments:

  1. wahh best juga kan ada macam ni. kita boleh tahu berapa dah buku kita baca. kc pun banyak baca buku tapi tak catat haha.

    ReplyDelete
  2. Yeah!! Bertambah geng kat Goodreads.. Chayook Chayook Lea..

    ReplyDelete
  3. Wohooo.. Good luck ye sis. Nampaknya dah makin ramai yg habiskan separuh buku. haish... Kena challenge jugak ni.

    ReplyDelete
  4. Yeayy! Kawan baru Siqah kat Goodreads :) Best Goodreads sebab boleh track buku dan jumlah buku yang kita baca. Lea cepat tau baca buku sekarang. Sentiasa ada je update Lea. Good ☺️👍🏻

    Siqah pun ada je baca 2 buku dalam masa yang sama. Pernah sampai tertukar watak. Hehe. Layankan je asalkan baca. Ikut mood jugak membaca ni kan 😊

    ReplyDelete
  5. alamak aih baru tau,.dulu rajin baca novel, sekarang tak sempat membaca dah
    JanjiKita

    ReplyDelete
  6. addinfarhani baru jer tahu ttg goodreads nie😱!!
    nanti nak challenge jugak la...😁😊

    ReplyDelete
  7. akk dh lama jengah tapi tak berkesempatan nak daftar...nak join jugak la jd boleh tahu berapa byk dh akk baca kan...rasa bersemangat nih..

    ReplyDelete