Pigeon Newborn Pure | Produk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir | Pigeon adalah jenama yang tak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia ni malahan di seluruh dunia.. Aku sendiri adalah salah seorang pengguna produk jenama Pigeon.. Sebelum ni aku menggunakan botol susu jenama Pigeon untuk Qhaliff.. Dan sekarang aku berpeluang untuk mencuba produk penjagaan kulit bayi pula iaitu Pigeon Newborn Pure, produk penjagaan kulit bayi baru lahir..
Pigeon Newborn Pure | Produk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir |
Baru-baru ini, Motherhood.com.my telah menghadiahkan aku 2 produk terbaru keluaran Pigeon iaitu Newborn Pure Purifying Body Wash dan Newborn Pure Moisturizing Lotion.. Kemahenn cantik lagik bungkusannya.. Rasa sayang pulak nak buka.. Haha!!
Sebelum tu, jom ambil tahu serba sedikit tentang jenama Pigeon ni terlebih dahulu..
Jenama Pigeon ni sebenarnya dah lama bertapak dalam pasaran.. Dengan pengalaman dan kredibiliti lebih 40 tahun, Pigeon kekal dibarisan hadapan dalam teknologi penjagaan kulit untuk bayi yang baru lahir.. Jenama Pigeon ini disokong oleh kajian yang meluas dan terus berusaha untuk mewujudkan inovasi terkini.. Salah satu inovasi terkini yang dihasilkan ialah Pigeon Newborn Pure Skincare Series yang mengandungi formula trademark yang unik iaitu Natulayer yang menyediakan lapisan dwi perlindungan dan keselesaan untuk kulit halus bayi yang baru lahir..
Natulayer ini menawarkan dua lapisan perlindungan dan pelembapan. Ia merupakan Mimic Vernix iaitu lapisan pelembap untuk kulit bayi yang baru lahir.. Manakala Ceramide pula untuk membantu mengekalkan kelembutan kulit, terhidrat dan terpelihara.. Ia juga mengekalkan lapisan perlindungan kulit dengan memastikan tahap pH yang seimbang..
Ok, sebenarnya Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni ada 5 jenis produk iaitu :-
- Pigeon Newborn Pure Calming Oil
- Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion
- Pigeon Newborn Pure Nourishing Shampoo
- Pigeon Newborn Pure Protective Cream
- Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash
Apa yang menariknya dengan Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni? Haa ni nak habaq kat hangpa semua, produk pigeon ni telah pun diuji secara Dermatologi bagi memastikan penggunaannya selamat pada semua jenis kulit.. Paling penting produk ini bebas dari Paraben, Formaldehyde dan Alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.. Produk ini juga diperbuat di negara Jepun dengan menggunakan teknologi tinggi untuk menghasilkan kualiti yang baik..
Orite, aku dapat 2 produk, so aku cerita satu persatu ye.. Hiks..
Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash
Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash ini merupakan salah satu daripada 5 produk penjagaan kulit Newborn Pure untuk mencuci badan yang dirumus khas untuk membersih secara perlahan-lahan kulit bayi yang halus tanpa menyebabkan sebarang iritasi.. Purifying Body Wash ini mengandungi bahan-bahan pelembap semulajadi bagi melindungi kulit bayi yang baru lahir...
Sepatutnya aku simpan dulu mandian Newborn Pure ni untuk baby baru nanti.. Tapi bila dah ada depan mata tu, rasa nak jugak cuba gunakannya walaupun sekali.. Jadinya, baru-baru ni aku cubalah mandikan Qhaliff dengan mandian ni.. Wahh, memang best la.. Bau dia wangi.. Paling penting senang dibilas hokeh!! Aku paling tak suka kalau mandian yang susah nak bilas dan rasa melekit-lekit walaupun dah dibilas banyak kali.. Mandian Newborn Pure ni senang dibilas.. Aku suka!! Qhaliff pun macam syok jerk dapat guna mandian baru... Hehe..
Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion
Oke, ini produk kedua yang aku dapat.. Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion.. Moisturizing Lotion ni memberi kelembapan pada kulit bayi yang baru lahir.. Bukan takat memberi kelembapan sahaja tetapi juga boleh menyegarkan dan melembutkan kulit bayi kerana lotion ni diperkaya dengan bahan-bahan pelembab semulajadi untuk memberi pelindungan pada kulit..
Yang paling aku suka tentang lotion ni ialah cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak.. Bau lotion ni pun best.. Bila pakai pada Qhaliff, terasa kelainan pada kulit Qhaliff.. Lembut aje.. Best je pegang kulit dia..
Bagi aku, kedua-dua produk pigeon ni best dan aku suka.. Paling penting produk ni Free Paraben.. Biasa kalau aku nak beli produk baby ni, aku mesti check dulu ada tak tercatat Free Paraben pada pembungkusan produk.. Kalau tak de memang aku tak beli.. Huhu.. So, bagi ibu-ibu diluar sana yang ada baby dan yang bakal ada baby macam aku ni, aku sarankan korang mencuba produk Pigeon Newborn Pure ni.. Korang pasti puas hati.. Anak pun selesa dan selamat..
Mesti korang nak tahu berapa harga bagi setiap produk Pigeon Newborn Pure Skincare ni kan.. Jom kite tengok satu persatu..
HARGA PRODUK
Pigeon Newborn Pure Skincare
**************
Pigeon Newborn Pure Calming Oil - RM 59.00
Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion - RM 59.00
Pigeon Newborn Pure Nourishing Shampoo - RM 55.00
Pigeon Newborn Pure Protective Cream - RM 49.00
Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash - RM 59.00
Dah tahu harga mesti nak tahu pulak kat mane nak beli kan.. Hehe.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni, boleh dapatkannya di :-
Website
Untuk maklumat lanjut tentang produk, boleh layari :-
Website
Facebook
pigeon salah satu produk penjagaan baby yang di percayai. ana pun pernah guna prdouk pigeon ni.
ReplyDeletewah. harganya pun boleh tahan ni. hehe
ReplyDeleteterbaik..:)
ReplyDeleteBestnya.. hehehe
ReplyDeleteBaru 1st time dgr produk ni. Nti kalau ade ank sndri boleh la try. *Kahwin pun xtaw bile ag ni. Hehehe
ReplyDeleteBagus tips ni , yang ada anak boleh cuba kan . :)
ReplyDeletehttp://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
macam best je.. e'in tak penah guna brand pigeon nie..
ReplyDeleteBest, lembut je..org dewasa pun best guna
ReplyDeleteProduk bayi ni bagus sebab lembut untuk kulit. Bau dia pun harum saja
ReplyDeleteBestlah produk bayi nie.. tapi tak de baby.. mak baby leh pakai kan.. hehehe
ReplyDelete