Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim

Saturday, May 20, 2017

Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim  |  Yeahhh!! Sebuah lagi novel dari penulis Muhammad Fatrim atau lebih dikenali dengan panggilan sweetnya Ayim.. Pemangsa... 

Pemangsa by Muhammad Fatrim

3 hari aku ambil masa untuk baca novel Pemangsa ni.. Dari 15 hb  hinggalah 17hb Mei 2017... Novel Pemangsa ni boleh dikatakan sebagai novel sambungan dari kisah Revenge kerana ada watak dari novel Revenge di dalam Pemangsa.. Novel ni juga bersifat dendam kesumat.. Bersifat hokeh!! Haha.. Tapi bezanya, cara balas dendamnya agak berbeza dari Revenge.. Mungkin disebabkan wujudnya watak dari siri Revenge tersebut.. Biasalah orang terdahulukan lebih berpengalaman.. Bak kata pepatah terlebih dahulu makan garam.. Hehe..


Aku up sinopsis novel ni dulu ye.. Korang boleh baca dan hayatinya.. Cerita Pemangsa ni juga ada kelainannya tersendiri cuma persamaannya adalah jalan ceritanya bertunjangkan dendam kesumat..

Review Aku

Jalan cerita menarik.. Masih mengekalkan kisah pembunuhan.. Terdapat sedikit kisah seram dalam novel ni.. Watak heroin dalam cerita ni juga bertukar identiti diri seperti Revenge... Mungkin novel ni kesinambungan dari Revenge tu sebab watak heroin tu ada persamaan.. Kisah yang digarap dalam novel ni, seorang suami yang sanggup membunuh isterinya dengan melemaskannya di tengah laut untuk hidup bersama isteri pertamanya.. Pelikkan.. Dah kenapa pulak nak bunuh isteri kedua.. Biasa-biasa isteri pertama jadi mangsa.. Hehe.. Sebabnya perkahwinan pertamanya disorok dari pengetahuan orang termasuk keluarganya kerana isteri pertama adalah seorang artis terkenal yang mementingkan kerjayanya.. Lepas dah sampai masa nak dedahkan perkahwinan, cara camtu yang dorang pilih dengan bunuh isteri kedua yang naif dan tak tahu pape.. Gila meroyan betul dorang ni..!!

Lepas tu wujudlah watak Fattah Amin.. Adehh nama pelakon terus penulis amek.. haha.. Tersedak mak nakk!!  

Fattah menyelamatkan Aisha dari lemas.. Kebetulan si Fattah ni dok tepi pulau dan nampak kejadian tersebut.. Si Aisha ni ingat suami dia si Amsyar tu dah mati lemas.. Sebenarnya suami dia dah diselamatkan oleh isteri pertamanya.. Plan dorang jugak tu semua.. Sian pulak Aisha diperbodohkan camtu jerk.. 

Bermulalah dendam Aisha bila dah tahu semuanya.. Bermula juga kehidupannya yang baru dengan keluarga barunya iaitu keluarga Fattah tadi.. Dengan nama barunya Indah Suraya Abdullah, dia memulakan langkah untuk membalas dendam terhadap mereka-mereka yang telah menghancurkan hidupnya.. Cara dia balas dendam bukan dengan membunuh atau apa-apa cara yang kejam.. Tapi dengan bangkit semula dalam hidup dan berjaya menjadi usahawan terkenal dan menjatuhkan perniagaan musuhnya.. Cara bijak kot.. Tapi dalam pada tu pelbagai dugaan jugak dia harus tempuh kerana pemangsa ada dimana-mana..

Korang nak tahu siapa pemangsa?? 

Kalau nak tahu moh pakat order buku ni.. Leh la tahu siapa pemangsanya.. Haha.. 

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini, novel ni tak rugi aku beli sebab jalan ceritanya menarik dan tak membosankan.. 

7 comments:

  1. team Fattah Amin ka tulis buku ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Suka novel thriller mcm ni. Satu lg kena masuk dlm list nmpknya :)

    ReplyDelete
  3. wow...nasib baik la Fattah Amin tak patenkan nama dia..hehehe tapi dari review Lea ni mmg best novel ni...

    ReplyDelete
  4. wawwww macam menarik giler cara lea review.. ternanti2 plak sambungan

    ReplyDelete
  5. Mama mmg minat citer2 gini

    ReplyDelete
  6. Macam menarik baca review ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Memang best thriller dia mengancam kan Lea..

    ReplyDelete