Takut Orang Mengata...

Monday, May 15, 2017

Takut Orang Mengata...  |  Korang suka tak kalau orang mengata korang..?? Tak pun korang seorang yang takut orang mengata korang.. Rini aku nak bercerita tentang tajuk Takut Orang Mengata.. Tajuk ni aku ambil dari buku 20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail... Seperti yang aku janjikan di entry INI... Aku akan upkan kat sini kupasan Ustaz Elyas Ismail dibawah tajuk tersebut yang terdapat dalam buku ini...

20 sen untuk ke syurga
Takut Orang Mengata...

20 Sen Untuk Ke Syurga
Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia, Tapi ini bukan alasan untuk terus 'mengumpul harta' yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang 'harga yang tidak baik' itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?..


Takut Orang Mengata...


Salah ke kalau dulu kita beramal, tapi sekarang kita tak beramal sebab takut orang kata? Kalau nak kira orang nak mengata, sampai bila? Itu sebab kot mana pun, kembalilah kepada panduan ALLAH SWT dan rasul.

Kita mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah seekor keldai dengan seorang lelaki tua (ayah) dan seorang budak lelaki (anak). Ketika si ayah menunggang keldai dan membiarkan  anaknya berjalan, orang yang nampak mereka berkata, 

"Apalah orang tua itu, pentingkan diri. Tak ada rasa belas kasihan. Sanggup biarkan anak kecilnya berjalan sedangkan dia bersenang-lenang di atas keldai tunggangannya." 

Mendengar komen orang ramai, lelaki itu memberikan peluang kepada anaknya menunggang keldai dan dia berjalan seiring dengan anak dan keldainya.

Orang ramai berkata pula, 

"Apalah budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya yang tua berjalan, sedangkan dia selesa di atas keldai. Tak berperikemanusiaan betul!"

Mendengarkan komen itu, mereka berdua memutuskan untuk berjalan sahaja bersama-sama mengiringi keldai itu.

Tapi, kemudiannya mereka mendengar orang lain berkata,

"Bodohnya orang tua dan anaknya tu, ada kemudahan tapi tak digunakan."

Setelah mendengarkan komen itu, orang tua dan anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Mereka mendengar orang mengata mereka lagi,

"Zalim dan malasnya orang tua dengan anaknya itu. Sanggup berdua tunggang keldai yang kecil tubuhnya."

Ini satu contoh yang terbaik. Apa yang berlaku kalau kita bertindak kerana mengikut kata-kata orang dan sibuk memikirkan apa yang kita buat, takut apa orang kata. Pasti setiap yang kita mahu buat tak akan menjadi.

Itu sebab akhirnya buat amal kerana orang itu salah, tinggalkan amal kerana orang pun salah. Kata Fudhail bin Iyadh, meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah riyak manakala berbuat sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah syirik.

"Ismail, aku selalu nampak kau pergi masjid. Tapi kenapa hari ini tak pergi?"

"Aku malaslah sebab jiran mengata aku tunjuk warak."

Itu bahaya! Meninggalkan amal kerana orang itu salah. Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 162, "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana ALLAH."

Siapa yang buat kerja bukan kerana ALLAH SWT, dia akan rasa penat. Itu sebab jangan kita remehkan amal walaupun sedikit. Janganlah kisah kira orang nak mengata. Rasa nak buat amal yang sedikit pun, buatlah...

Contohnya ada kucing datang minta sisa makanan. Bagilah sikit makanan kita. Pernah tak kita berfikir kenapa kucing datang kepada kita minta makanan? Mungkin ALLAH SWT nak tingkatkan pahala kita, kurangkan dosa kita dan bersihkan hati kita.

Mungkin di situ laluan, ruang kita dan peluang kita untuk mendapatkan pahala. Jika maka sebab itu, teruskan beramal. Jangan kisah orang nak kata apa... Beristiqamahlah. Kata Nabi Muhammad SAW, "Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah."

Kata Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadus Salihin, istiqamah ada 4. Pertama, laksanakan yang wajib mengikut sunnah Rasulullah. Kedua, menambahkan ibadah sunnah. Ketiga, menjauhi yang haram. Keempat, konsisten dalam amalan kita.

Biar sikit tapi berterusan. Amalkanlah...

Oleh : Ustaz Elyas Ismail    



Jom kenali Ustaz Elyas Ismail..



17 comments:

  1. Setuju sangat.. Manusia memang suka mengata..
    Jadinya kalau apa yang kita buat dah memang baik.. Biarkan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. kalau ikut cakap org ni memang tak habiskan.. ada jerk tak kenanya..

      Delete
  2. susah jugak kalau ada org sekekliling yg suka mengata bukannya menyokong. tapi tu lah memang tak patut kita dgr cakap org kalau apa yg kita buat tu dah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu leyla.. Kalau dah betul teruskan aje.. :)

      Delete
  3. Sesetengah manusia memang tak lari dari mengata, ada saja yang tak kena di matanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shikin.. kalau teguran membina tak pe la jugak.. Ni tidak, asek nak mengata jerk..

      Delete
  4. Betul betul betul. Kalau hidup nak bergantung penuh dengan harapan dan cakap-cakap orang memang murunglah hidup ni. Itu tak kena ini tak kena, payah nak puaskan hati semua orang. Nasib baik jugak ira jenis telinga kuali hehehe. Buat dunno je dengan jenis "cakap-cakap" ni.

    Ehh panjang pulak membebel. HAHAHA. Apapun terima kasih Kak Lea 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak pe panjang pun.. Ni entry khas utk Ira tau.. Ritu Ira ada requestkan.. Hehe.. Kita pakat amek pengajaran darinya ok..

      Delete
  5. menarik tajuk buku tu buat kita sbg pembaca nak tahu pa yg di maksdukn dgn 0.20sen utk ke syurga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu... Rasa tertanya-tanya sebelum baca apa dimaksudkan dengan 20sen tu..

      Delete
  6. Biar sedikit...tapi berterusan...setuju sangat...sikit kalau berterusan lama2 jadi banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak pc.. Biar sikit janji berterusan..

      Delete
  7. Apa sahaja yg kita buat mesti akan ada org mengata. kalau dok takut dan peduli kata orang, ditakuti akan hilang identiti diri & mmg tak 'bernafas' lah jawabnya. apapun bermanfaat sangat buku ni :) dan menarik sangat utk memberi kesedaran kepada kita semua. :)

    ReplyDelete
  8. Takut memang takut tp sampai bila.buat je apa yg kita nak janji ikut landasan yg betul. Selalunya bila org mengata satu sebab mmg kita yg berkelakuan yg mengundang utk di kata. Lagi satu sebab kita berada setapak di depan dr mereka2 itu. Kena muhasabah diri selalu.

    ReplyDelete
  9. Betul..kalau nak ambik kira apa yang orang kata pasal kita, setiap hari ada je tak kena..letih nak hadap..Terbaik jadi diri sendiri & pedulikan apa orang nak kata...Mulut orang tak boleh nak tutup..biarkan dorang terus berkata-kata, janji kita tak kacau orang lain...

    ReplyDelete