Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid | Huwaaaa makin bertambah koleksi bacaan aku... Kali ni terjebak dengan Laksamana Sunan The Series by Ramlee Awang Murshid pula.. Koleksi kisah Laksamana Sunan ni aku pinjam dari sahabat aku, Yatt.. Lepas aku berjaya habis baca novel Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir, dia cabar pulak aku baca kisah Laksamana Sunan ni.. Hehe.. Aku sahut jerk cabaran dia tu... Tapi tak tahu la yek bila agaknya aku boleh mula baca dan habiskan koleksi kisah ni pula... Hehe
Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid |
Apa-apa pun aku akan cuba baca dengan jayanya.. Banyak tu, 7 buah buku kesemuanya.. Tahun depan belum tentu habis lagi ni.. Haha.. Sape dah baca, ANGKAT TANGAN!!! Hehe.. Kalau mengikut susunannya, kisah ni bermula dengan novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir dan Sunan... Meh aku up sinopsis setiap novel ni.. Mane tahu ada jugak dikalangan korang yang nak terjebak sama.. Leh usha sinopsis novel ni dulu.. Hehe..
BAGAIKAN PUTERI
Sinopsis
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."
Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza..
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani.. Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21..
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani.. Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21..
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Bagaikan Puteri...
Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik..
Hanya kerana cinta..... Manusia sanggup berperang!
CINTA SANG RATU
Sinopsis
Cinta Sang Ratu,
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.
Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."
Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur. Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lekaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta
HIJAB SANG PENCINTA
Sinopsis
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya.. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana..
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
Hijab Sang Pencinta
Pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggetar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikuti epik thriller ini..
CINTA SUFI
Sinopsis
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.. Bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan PUteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
SUTERA BIDADARI
Sinopsis
SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.
SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Sutera Bidadari
Bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
SUNAN MUSAFIR
Sinopsis
ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531, Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggi Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
Lebih banyak bermain dengan ruang dan waktu. Lebih menitikberatkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah, pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
SUNAN
Sinopsis
Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Acheh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Sifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.
Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.
Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Acheh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Acheh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun, Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.
Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
Menerapkan unsur cinta dan aksi dalam karyanya kali ini. Merungkaikan perjalanan hidup seorang anak remaja bernama Saifudin dalam menempuh onak dan cabaran.
Baca juga :
Macam best je jalan cerita novel Sunan ni.. 😍
ReplyDeleteMmg best..saye baru bce 2 buah pun mmg dh jatuh cintan dgn sunan 😍😍
DeleteAna dah baca. Novel no 1 dalam hati ana. Rasa dekat sgt bila baca koleksi sunan ni. Cuma novel yg terbaru tergantung sebab RAM cerita semula kisah sunan dari first novel. Tp dengan lebih details. Enjoy reading Lea 😍😍😍
ReplyDeleteMemang best siri ini..
ReplyDeleteSha dah baca semua kecuali Sunan (Yang last Tu)..
Nasib baik baca entry Lea nie..
Bolehlah sambung membaca sunan lak.. hehehe
Terjebak lagi ye Lea :)
ReplyDeleteSiqah suka Laksamana Sunan series. Tapi tak habis baca lagi Sunan Cinta Nan Sakti dan Sunan Nanggroe.. Entah bila nak baca... 😍
Bila baca sinopsis ada unsur klasik ya Lea..
ReplyDelete"Kalau dpt ku capai awan,maka saktilah Hamba"~ wuu~ I peminat kipas sush mati laksamana sunan youu😍 zmn sklh dlu lah...hehe
ReplyDeletekagumnya ....
ReplyDeletekalau lah mrs pip, ntah bila la mrs pip boleh habiskan buku2 banak mcm ni :(
Ramlee Awang Murshid mmg legend when it comes to thriller genre... :3
ReplyDeletebest kan..tak jemu baca
ReplyDeleteJanjiKita
OMG Laksamana Sunan series ni memang my favourite! Best gila, memang worth the time to read all 7 books! Rasa macam kena re-read the books je, hype dengan your post ni XD
ReplyDeleteDah baca semua 😁 Alhamdulillah, berjaya kumpul 7 novel tu 😄
ReplyDeleteSalam Sis..come across your blog masa cari info pasal novel Sunan ni..saya baru terjebak sebenarnya..selama ni tak pernah ada keinginan nak baca Sunan ni eventho mmg peminat novel2 RAM...ingatkan trilogi tu je..rupanya ada 7 novel kesemuanya...anyway tq..Salam Ramadhan
ReplyDeleteSaya dah baca dua koleksi.
ReplyDeleteTengah cari lagi nie
Saya ada koleksi ni gak lama tersimpan loni baca balik hahahahahaha.. Ralik bila baca novel xsedar jam pukul berapa dah..
ReplyDeleteHi awak. Nak tanya. Mana beli ya koleksi sunan ni. Sy da banyak tmpat cari dri kedai smpai la yg online. Smua out of stock. Dpt baca dri fes smpai yg ketiga sj. Tp sy still nk kumpul smua dri bagaikan puteri smpai la yg last. Tp xjumpa. 😟
ReplyDeleteKalau ikutkan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara tu cerita yang paling awalkan... sebab dia menceritakan dari kelahiran Saifudin, zaman kanak2nya, hingga remaja serta kehebatannya semasa remaja... tetapi novel yg ini tiada kesudahan ia bersambung di saat kemuncak ceritanya... tak tahu mana satu sambungan dari novel ini..boleh sesiapa share maklumat...
ReplyDeleteApakah yg terjadi selepas Engku Aminah dibunuh didepan Saifudin oleh Ratna Ratu Sulaman, di saat Saifudin juga cedera parah... Saifudin hanya mampu memandang mata Aminah yg masih terbuka walau tidak bernyawa.... adakah Luna dtg menyelamatkan Saifudin utk kali ke 3... tak tahu apa yang terjadi selepas itu ceritanya hanya berakhir disitu BERSAMBUNG LAGI... geramnya.
Kalau ikutkan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara tu cerita yang paling awalkan... sebab dia menceritakan dari kelahiran Saifudin, zaman kanak2nya, hingga remaja serta kehebatannya semasa remaja... tetapi novel yg ini tiada kesudahan ia bersambung di saat kemuncak ceritanya... tak tahu mana satu sambungan dari novel ini..boleh sesiapa share maklumat...
ReplyDeleteApakah yg terjadi selepas Engku Aminah dibunuh didepan Saifudin oleh Ratna Ratu Sulaman, di saat Saifudin juga cedera parah... Saifudin hanya mampu memandang mata Aminah yg masih terbuka walau tidak bernyawa.... adakah Luna dtg menyelamatkan Saifudin utk kali ke 3... tak tahu apa yang terjadi selepas itu ceritanya hanya berakhir disitu BERSAMBUNG LAGI... geramnya.
Nak tnye ade buku yg ke8 ke?
ReplyDeleteSetakat ni yg dah habis baca BAGAIKAN PUTERI. Dan sekarang dgn gigih nk habiskan SUNAN pulak. Ingatkan ada 2 siri je buku ni, rupa2nya ada 8.
ReplyDeleteSo, masa PBAKL2019 nanti kena beli lagi yg 6 tu....
yea.. ade 1 lg.. Sunan Cinta Sufi..
ReplyDelete