Cerita Raya Aidilfitri 2017

Thursday, June 29, 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017  |  Ramai betul yang up cerita raya masing-masing.. Aku pun tak nak ketinggalan nak la jugak bercerita raya family aku... Hiks.. Walaupun tak banyak gambar yang diambil, tetapi tetap jugak nak up cerita raya aku.. Macam manala nak snap gambar banyak-banyak kalau dah asyek berkepit dengan si kecik tu kan.. Memang tak sempat la nak pegang hp.. Nak harap encik suami memang tak de la gambar langsung jawabnya.. Huhu.. Tak pe la, kite up aje la ape yang ada yek sebagai kenang-kenangan.. Tak gitu.. 

cerita raya lea azleeya
Cerita Raya Aidilfitri 2017

Setiap tahun memang kami tak perlu bersesak-sesak dijalanraya untuk balik beraya ke kampung halaman kerana kampung kami hanya lah setempat di Kuantan sahaja.. Mak ayah semua ada dekat Kuantan.. Raya pertama, seperti tahun-tahun sebelum ni, pagi raya kami akan balik rumah keluarga encik suami dahulu untuk beraya.. Oh, memandangkan disinilah kampung halaman kami, aku memang tak tidur pun kat umah keluarga.. Pagi raya baru balik.. Hehe.. Dekat kan.. Lepas solat raya, kami pakat berkumpul untuk bermaaf-maafan sesama sendiri, bergambar dan menjamu selera... Lepas tu barulah balik rumah keluarga aku..

Nampak tak kolar baju Qhaliff tu.. Dia memang tak suka baju berkolar.. Asek suruh cabut jerk bajunya.. Rimas agaknya.. Sebab tu tak berkancing...

Ni sebahagian keluarga aku.. Ramai lagi sebenarnya.. Tapi ramai yang tak balik lagi.. hehe.. Aku rasa raya ni terlebih sakan sikit aku beraya.. Mane taknye, dari segi persiapan memang betul-betul aku lengkapkan.. Dari anak, aku dan suami memang cukup lengkap dan semuanya di-plan dengan baik... Tak seperti tahun-tahun yang lalu, main hentam kromo aje.. Mungkin tahun ni mood raya lebih berbanding tahun yang lepas.. Mungkin  juga pembawaan budak kot.. Haha!! Kemaheeenn lagik ye mak buyong ni!! Hehe.. Yang lebih sakan, siap buat kuih raya hokeh..!! Hah bab kueh raya ni nanti aku up entry lain ye.. [ Kuih Raya Homemade 2017 ]

Di rumah mentua, menu untuk pagi raya ada rendang daging, nasi impit, Kuah kacang, satay, nasi jagung berlaukkan ayam masak merah dan kuih muih... Kebanyakan menu yang terhidang disediakan oleh kak long encik suami.. Sedap-sedap belaka.. Cuma satay aje yang tempah.. Manakala menu untuk rumah mak aku pula, cam biasa haruslah nasi minyak yang terlobehhh sodap tu menjadi hidangan utama keluarga dan tetamu yang datang.. Berlaukkan ayam masak merah jugak.. Rendang daging kegemaran aku pun harus ada.. Kuah kacang tahun ni memang lazat.. Sampaikan aku terlupa rendang.. Biasanya aku memang tak pandang kuah kacang.. Kali ni kuah kacangnya memang sedap sangat.. Sampaikan aku makan kuah saja.. Hehe.. Ketupat pulut dan tapai memang tetiap tahun mak buat.. Satay pun ada jugak.. Hidangan kat rumah aku dibuat secara bergotong royong adik beradik dan ipar duai.. Tapi orang kuatnya kakak ipar aku la yang berbaju pepel dalam gambar tu.. Hehe.. Dia ketua chef... Ahakz..


Lepas dah bermaaf-maafan, menjamu selera dan bergambar bagai, kami dok tunggu aje lah tetamu yang datang... Ramai jugak yang datang beraya tahun ni.. Terutama bebudak... Sampai mak aku cakap, ramai betul budak yang datang beraya tahun ni sampai licin duit raya yang dia sediakan untuk bebudak... Biasa tak macam ni... Hehe.. Mungkin tahun ni bilangan bebudak bertambah kot.. Tu yang ramai yang datang beraya.. Haha!!..

Belah petang, bila dah tetamu surut kami pergi beraya ke rumah kakak sulong aku di Aspa Cottage.. Biasanya raya pertama kami tak akan kemana-mana hanya tunggu tetamu aje yang datang.. Tapi tahun ni, ramai adik beradik yang ada plan lain raya kedua sebab tulah raya pertama pun kami redah jugak pergi beraya umah kakak sulung kami.. Hiks.. Di rumah kakak sulung, kami dihidangkan dengan lontong, nasi impit, rendang daging, nasi minyak, ayam masak merah, serunding, pulut kuning dan kuih muih.. Haissss makan lagik... Aku pulun makan pulut kuning dengan serunding.. Punyelah sedap... Hadoii... Perut tak yah cakap la kenyang dia cam mane.. Huhu...Siap makan lontong pulak lepas tu... Semuanya sedap di mulut aku ni... Makan memang tak hingat dunia.. Lepas dah makan, kami pakat bergambar beramai-ramai..

Wahhh muka selebet aku... Gemokknya mak buyong oiii.. Makan tak hengat doneya.. 

Habis dah cerita raya pertama.. Untuk raya kedua pula aku ke Dungun, Terengganu.. Rumah keluarga kakak ipar aku... Kat sana pulun lagik makan nasi beriani ayam kari dengan mee kari... Huhu.. Lepas tu kami ke rumah adik ayah aku di Kemaman pula.. Kat sana kami dihidangkan dengan kuih muih sahaja.. Selamat sikit perut.. Haha.. Kalau tak makan banyak lagik aku ni... 


Wajah kami diraya ke-2.. Hadoiiii gambar dalam kete jerk la yang ada... Tu pun nasib baik ada... Nak harap orang amekkan gambar, memang mimpi disiang hari jerk la.. Haha.. Dah setel raya di kemaman, terus balik rumah dalam keadaan yang sangatlah letih... Jalan jauhkan.. Rasa melayang-layang jerk badan...


Hahaha sekali lagi gambar dalam kereta di raya ke-3... Jangan maraahhh ekkk.. Raya ke-3, kami beraya di rumah saudara belah suami pula.. Tak sempat nak beraya rumah sepupu aku.. Plan bercanggah sikit.. Huhu.. Kat rumah saudara encik suami dihidangkan nasi impit kuah kacang dan kuih muih... 


Belum sampai rumah saudara encik suami lagi budak kecik ni dah melabuhkan kelopak matanya.. Hehe.. Terlebih letih kot sebab beraya non-stop 3 hari berturut-turut... Dah nak balik tu, dia 'verak' pulak.. Kiki.. Terpaksalah cuci dulu sebelum balik... Kalau tak harum semerbak dalam kereta... Lepas tu, kami beraya di rumah tok ayah (pakya) budak kecik ni... Sampai aje dah berlari kejar ayam itik.. Hadoii... Tu sebab dia suka sangat datang rumah tok ayah dia... Dah setel semua, kami gerak ke rumah mak aku pulak untuk mencari makan... Haha.. Perut dah berkeroncong weh mintak diisi dengan nasi... 

Di raya ke-3 mak aku buat nasi minyak lagi sebab ada tetamu nak datang... Aku pun tumpang la sekaki memenuhkan perut aku dengan nasi minyak lazat mak aku tu... 

Nak dijadikan cerita, malamnya time nak tidur perut aku mula meragam... Sakitnya lain macam... Rasa nak muntah... Terus pergi toilet untuk membuang... Tapi tak jugak membuang sebaliknya muntak berjelanak dengan banyaknya... Semua isi dalam perut keluar... Nahhhh itu penangannya makan tak hingat dunia... Lembik aku dibuatnya... Mane taknye, semua yang dimakan habis keluar... Lepas muntah, terasa perut sedikit lega dan lapang.... Alhamdulillah...

Itu aje lah cerita raya aku... Agak panjang ceritanya.. Hehe.. Raya ke-4 dok rumah santai-santai sambil berehat menanti hari ini untuk mula bekerja semula...



20 comments:

  1. Syafi pun tak suka baju berkolar tapi mama paksa juga haha.. budak2 mmg x selesa.. panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun mama.. Bebudak kalau baju melayu berkolar tegak tu memang rimas..

      Delete
  2. MERIAHNYA RAYA Lea..akak takde gambar ramai2 macam ni sebab adik beradik semua balik umah mertua diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahai ye ke kak.. Tak pe, raya haji nanti mesti ramai punye.. hehe

      Delete
  3. Tula.. bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai.. Setahun 2 kali.. hiks.. :)

    ReplyDelete
  4. Comelnya gambar2 raya lea. Meriah nampak. Dah mula kerja ye. Selamat kembali bekerja ya lea. Take care.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya raya Lea.. Macam Sha pula, tak payah nak bersusah tempuh jem.. hehehe

    ReplyDelete
  6. meriah dapat kumpul reramai kan ,,btw salam aidilfitri yer

    ReplyDelete
  7. Ini baru raya... haaa. Asyik makan jee kerjaa.. maklumlah raya haa.. x pe lah lepas ni kena jaga makan lah dah yaaa..

    Family lea semua berkompol satu tempat.. lagi senang nak raya.. ..

    ReplyDelete
  8. Meriahhh raya lea. Menu2 pun best!

    ReplyDelete
  9. meriahnya raya tahun ni..rabia umur 21 tahun dah.tp still dpt duit raya.paling best dpt jumpa sanak saudara..selfie wefie pulak..penuh gambar raya je thun ni

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa rayaaa, ehehe~ dekat je...mudah.com

    ReplyDelete
  11. Salam aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  12. Seronoknya raya apabila dapat bersama sanak saudara..

    Meriah dan kecoh

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya kak lea azleeya :) maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya lea.. ooo dekat je pahang tu.. hehe..

    ReplyDelete
  15. bestnya kan dpt berkumpul ramai2.. smpi trtido haaa part last tuu.. hehe. comel diaaa. btw selmt hri ry kak leaaa <3

    ReplyDelete
  16. Suka baca kisah Hari Raya Lea.. Meriah sungguh.. LZ seronok baca..

    ReplyDelete
  17. Bestnya keluarga besar juga tu. Meriah ja tengok hehe.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri hakak!! :)

    ReplyDelete