Review Novel Fixi | Asrama By Muhammad Fatrim | Karya Muhammad Fatrim yang ke-3 berjaya aku baca... ASRAMA... Sebelum ni aku dah baca buku karya beliau berjudul Revenge dan Pemangsa... Aku memang berpuas hati dengan kedua-dua buah novel tersebut.. Dan kini novel ke-3 hasil dari karya beliau juga berjaya menambat hati aku.. Sebenarnya Asrama ni terlebih dahulu diterbitkan sebelum Revenge dan Pemangsa.. Cuma aku aje yang baca selepasnya.. Hehe.. Biasa la nak baca novel ni kene amek feel dulu.. Baca yang rasa menarik hati dulu.. Tak gitu??
Asrama By Muhammad Fatrim |
Eceli novel Asrama ni aku beli yang Preloved punye dari seorang blogger... Dah jumpa yang terlajak murah, kasi beli aje la kan.. Tak kira la preloved pun.. Janji kondisi novelnya masih mengancam.. Haha!! Orite, aku baca novel ni pada 23 Mei 2017 dan selesai membacanya pada 24 Mei 2017... Sila kagum ye dengan aku sebab dapat habiskan dalam masa 2 hari aje novel ni.. Haha!! Bukan senang oh aku nak habiskan dalam masa yang singkat... Ok, kalau nak tengok review aku dekat Goodreads boleh klik SINI ye...
SINOPSIS ASRAMA
*******
Disebabkan tak berapa nak rajin untuk menaip sinopsis buku ni, aku up ajelah gambar kulit belakangnya untuk korang tahu seco'et kisahnya... Novel Asrama ni tak de la tebal mana sebenarnya.. Hanya 287 muka surat sahaja.. Mungkin kalau korang yang banyak masa terluang, hanya beberapa jam aje dah boleh habiskannya..
REVIEW AKU
*****
Mula-mula aku nak ucapkan tahniah pada penulis, Muhammad Fatrim kerana menghasilkan karya yang jalan ceritanya best... Novel Asmara ni mempunyai kelainan bagi aku sebab jalan ceritanya adalah cerita dalam cerita... Kira cerita bertindih-tindih la gayanya.. Cerita alam roh orang mati yang tidak tenteram... Cerita roh yang menolong roh lain untuk tenteram.. Haa mesti korang dah peningkan.. Aku sendiri pun bila baca buku ni, dok terfikir-fikir, apakah penyebabnya.. Siapakah dorang ni.. Siapa punca kematiannya... Siapa yang hidup siapa yang mati sebenarnya.. Bila baca novel ni, akan banyak tanda tanya berterbangan atas kepala korang.. Rasa tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya.. Lagi dibaca lagi nak tahu..
Gitulah gambaran keadaan aku semasa baca novel Asrama ni.. Nasib baik tak jadi mereng aje.. Haha!!
Ok, novel ni mengisahkan seorang pelajar dari sekolah yang cemerlang ingin bertukar ke sekolah biasa... Dahlia namanya... Pada awalnya si ayah membantah tetapi akhirnya akur dengan kehendak anak.. Dia ditempatkan dibangunan asrama lama bersama 3 orang rakan sebilik.. Pada awal kemasukan dia di asrama sekolah itu, pelbagai perkara pelik dia telah alami.. Cuma mungkin dia pelajar baru dan tidak perasan akan keadaan itu..
Sepanjang dia belajar disitu dan menginap di asrama tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Dari satu kejadian ke satu kejadian.. Tak terlepas juga dari kes buli.. Biasalah kalau budak-budak baru mesti kene buli punye dengan senior.. Dahlia juga tak terkecuali... Sehinggalah timbul rasa dendam dalam diri dia.. Bila dah berdendam mesti ada plan nak membalas kan.. Sehinggalah Dahlia dan rakan sebiliknya melakukan perbuatan syirik.. Mereka main permainan "Spirit of the coin".. Menyeru roh untuk membalas dendam terhadap senior yang membuli pelajar-pelajar baru kat situ.. Bermula dari situlah lagi banyak kejadian yang menyeramkan berlaku....
Panjang pulak aku nak cerita keseluruhan novel ni.. Hehe.. Aku pendekkan la ye..
Rupanya banyak roh yang tak tenang atas perbuatan seseorang.. Siapakah?? Yang ni malas aku nak cerita.. Korang baca sendiri k kalau nak tahu.. Haha!! Si Dahlia ni aje yang boleh tenteramkan semua roh tersebut sebab dia yang dok seru roh-roh tersebut akibat dari permainan syirik tersebut.. Kalau korang nak tahu, roh-roh yang tidak tenteram tersebut menginap kat pokok Ara besar belakang Asrama tersebut... Tu sebab cover novel ni sebuah pokok besooo.. Lepas si Dahlia ni kembalikan roh-roh tersebut ditempat asal, barulah tenteram asrama tersebut...
Sebenarnyakan.. Kalau korang nak tahu, bangunan asrama lama tu dah lama tak berpenghuni tau.. Dah 5 tahun dikosongkan dan terbiar.. Siapa yang tinggal bersama-sama dahlia tu ekk?? Hehe.. Nak tahu?? Jom pakat beli buku Asrama ni.. Mesti korang teruja nak tahukan... Ada lagi misterinya tentang Dahlia tau... So, korang kene jugak beli dan baca sampai habis kalau nak tahu kesudahannya.. Haha!!
Jangan marahhh arrrrr!!
REVIEW AKU DI GOODREADS
******
My rating: 4 of 5 stars
Novel ni buat aku rasa berada di dalamnya.. Mengisahkan tentang sebuah asrama sebuah sekolah yang penuh misteri dengan cerita-cerita seram.. Sepanjang membaca membuatkan aku berfikir, siapa sebenarnya punya angkara.. Mereka siapa.. Siapa roh yang tidak tenang dikalangan mereka.... Haha... Memang rasa tak sabar nak tahu dan nak sampai ke penghujung.. Cerita atas cerita dan lagi sekali atas cerita... 3 lapis cerita...
Sampai ke penghujungnya baru tahu siapa punya angkara dan siapakah roh-roh yang tidak aman tu.. Huhuhu.. Watak utama dalam cerita ini juga adalah roh yang tidak aman.. Bila dah tamat baca novel ni, rasa macam perasaan aku tergantung sebab penghabisannya tak secara detail.. Berhenti secara mendadak dan begitu sahaja.. Huhu..
Apa-apapun novel ni memang best... Aku suka jalan ceritanya.. Novel yang membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya...
sebelum ni pernah baca review novel ni di blog seseorang..memang best..dan mendebarkan
ReplyDeleteJanjiKita
Tu dia. Mood membaca semakin aktif. Tahniah lea.
ReplyDeleteMemang misteri dan menakutkan.. hehehe
ReplyDeleteRajinnya kak Lea baca buku. Saya ni satu buku pun susah nak habis huhu
ReplyDeleteRajinye membaca...bila fara nk rjin mcm lea? :D
ReplyDeleteAdeh baca sinopsis pun dah meremang bulu roma..dh la iolls penakut...
ReplyDeleteMacam best je ni, kalau tak salah ni penulis novel Patung jugak kan?
ReplyDelete